Monday, December 29, 2014

Mary Kay vs kaum lelaki

Lama rasanya saya tidak menonton drama Melayu.  Hanya bertumpu pada K-drama saja sejak setahun yang lalu. Hingga tidak kenal ramai artis-artis baru. Tiba-tiba terpandangkan satu wajah di billboard di tepi highway. Boleh tahan kacaknya. Ini adalah wajah asli. Tiada surgeri seperti kebanyakan artis Korea ..
 
Agak-agak apakah produk penjagaan wajah pilihannya? Jangan terkejut. Sekarang ramai lelaki metroseksual. Menjaga wajah seperti wanita juga. Atau mungkin lebih dari sesetengah wanita. Saya kagum dengan mereka. Wajah adalah aset kurniaan Allah yang perlu dijaga sebaiknya. Kerana ia mungkin sumber rezeki bagi sesetengah orang.
 
Mary Kay juga ada rangkaian produk penjagaan wajah untuk kaum lelaki.  Malah cc creamnya juga sangat sesuai bagi mereka yang mahukan finishing  yang natural dan berseri.

Friday, December 26, 2014

Tabahlah wahai saudara-saudaraku ..



Hari ini saya ke Pusat Pengumpulan Bantuan Mangsa Banjir di Seksyen 8, Shah Alam. Rakyat Malaysia memang sangat prihatin. Begitu banyak sumbangan yang dihulurkan. Yang saya lihat, bahan makanan kering seperti beras, biskut, makanan dalam tin dan air mineral. Juga lampin pakai buang berbeg-beg. Warga Shah Alam sangat pemurah. Selain dari itu, pakaian juga sungguh banyak. Pakaian terpakai mahupun yang masih baru. Kasut, telekung, dan tudung juga tidak dilupakan. Sesungguhnya mereka telah memikirkan apa yang sangat diperlukan. 
 
Terimakasih rakyat Malaysia  yang prihatin. 
 
Jika anda tidak mampu menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan barang-barang keperluan, ada banyak lagi cara untuk membantu. Luangkanlah sedikit masa untuk membantu  mengasingkan barang-barang yang didermakan oleh saudara-saudara kita. Curahkanlah sedikit tenaga untuk mengangkut barang-barang yang didermakan ke atas lori. Jika ini juga tidak mampu dihulurkan, panjatkanlah doa agar bencana alam ini berhenti setakat ini. Dan disurutkan segera air yang melimpah ini. Dan diberikan kekuatan mental pada mangsa-mangsa banjir. Dan diringankan bebanan yang menimpa. Segalanya datang dari Allah. Untuk memberi keinsafan pada kita semua. Untuk memberi amaran supaya kita bersedia menghadapi ujianNya. Dan untuk menyedarkan kita bahawa hanya Allah yang mampu memberi dan mengambil segala nikmat di dunia ini.

Ini semua hanyalah peringatan buat kita. Hari ini rakyat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Perak dan Kedah diduga dengan banjir besar. Dugaan untuk kita pula bagaimana? Adakah kurang atau lebih besar dari ini? 


Di sinilah lokasi pilihan saya pada hari Jumaat terakhir 2014 ini. Tiada aktiviti berkaitan dengan Mary Kay samada SCC, facial ataupun follow up hari ini. Allah dah rancangkan semuanya.  Tetapi perkara baik tetap dibalas baik. Tiba-tiba saja ada yang cari saya untuk membeli produk. Alhamdulillah ..

Barangan keperluan yang didermakan di sini hari ini
 
Ini pula aktiviti kaum perempuan. Pakaian yang didermakan kami asing-asingkan mengikut kategori wanita, lelaki dan anak-anak. Semua dimasukkan ke dalam plastik hitam dan dilabelkan mengikut kategori. Banyak pakaian terpakai. Ada juga yang masih baru. Ada juga yang sudah begitu lusuh. Dan pakaian dalam juga. Mana-mana pakaian yang sudah terlalu lusuh dan pakaian dalam terpakai terpaksa dibuang. Kasut masih kami terima. Permainan, beg tangan, karpet terpaksa kami asingkan sebagai bahan rejection.  Ada juga yang mengambil kesempatan untuk menjadikan pusat ini sebagai  tempat bahan buangan. Walau apa pun, inilah tugas kami. Mengasingkan barangan yang boleh dihantar kepada mangsa banjir.  Harapan kami, ianya segera sampai dengan selamat ke destinasi.

Antara mangsa banjir yang rasanya tidak dapat diselamatkan. Rasa belas kasihan tetap ada walaupun ia hanya binatang. Pasti banyak lagi nyawa haiwan yang terkorban. 
 
Antara pengorbanan jururawat di Hospital Kota Bharu.  Anak sendiri dan suami di Pusat Pemindahan.  Semoga pengorbananmu dibalas dengan kebaikan yang berganda.
 
Kepada yang ingin menghulurkan bantuan, anda boleh melakukannya di sini.
Dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.