Wednesday, December 26, 2018

Shibuya

Shibuya. The busiest interchange in the world.

Di Tokyo ni, bila tiba waktu pejalan kaki melintas, semua simpang pun lampunya merah. Maknanya jika giliran kereta yang bergerak, tiada siapa yang melintas. Jika tiba waktu orang melintas, semua kenderaan berhenti. Hebat la kan hihi
Masing-masing bersikap bertimbangrasa di sini.

Dan dalam kesesakan manusia tu, terasa selamat je dari pickpocket. Tapi walau apa pun, kena sentiasa berhati-hati juga.

Di Shibuya lah kita boleh nampak betapa ramainya rakyat Tokyo ni.
Dan sangat modern. Bergaya sungguh dia orang ni.


Tokyo Trip 2018











Ini kali pertama kami pergi trip keluarga dengan menggunakan servis travel agent.
Orang selalu kata pergi dengan Travel agent mahal. Tak berbaloi.

Saya memang biasa ke luar negara. Tapi dengan syarikat Mary Kay. Yang fully arranged and fully sponsored by the company.

Pernah ke Hong Kong sendiri-sendiri saja dulu sebab orang kata Hong Kong tak susah sebab di sana mereka pandai berbahasa Inggeris. Tapi saya tetap kena buat banyak homework. Masuk ke forum pelancongan untuk dapatkan tips. Banyak kena luangkan masa di internet.

Kali pertama bawa keluarga ke Korea tahun 2016, saya pilih untuk ambil local tourist guide. Sebab dari pengalaman trip bersama Mary Kay, local guide sangat banyak beri tips dan guide mereka memang terbaik. Banyak kisah sejarah dan negara mereka share dengan kami.
Dan kami pilih private tour. Sebab bimbang tak dapat ikut jadual group bila bawa anak ramai. 
Saya sangat puas hati dengan Korea.

Trip ke Jepun asalnya nak gunakan local tourist guide juga. Tapi disebabkan syarikat di Jepun lewat reply, dan Arba Travel minta kami decide cepat, maka Arba jadi pilihan.
Dari awal lagi saya happy dengan Arba.
Persediaan dibuat awal.
Banyak reminder dikongsi dalam group wassap.

Tiba di Haneda Airport, tourist guide dah menanti.
Team Leader juga ada bersama sepanjang trip. Sabar menanti dan sangat membantu.
Tourist guide kami banyak bercerita. Sebab dia sendiri dah ada banyak pengalaman di Jepun dan juga sebab dia rajin bercerita. Terasa banyak juga saya dapat belajar tentang negara Jepun. Ala-ala tourist guide Jepun juga lah tapi pandai cakap Melayu. Boleh lah nak cerita dengan kawan-kawan lain pula tentang Tokyo lepas ni. Yang buat mereka juga mula tertarik untuk ke Jepun selepas ini.

Tourist guide banyak membantu. Pasal makan tak payah cerita. Memang best sangat. Walaupun waktu dibawa ke kedai Alladin mula-mula agak kecewa. Tapi lepas try roti naan nya, memang kalah roti naan di restoran Hameediah di Kota Damansara ni. Bento pun sangat best. Dapat rasa wagyu di negara asalnya pula lagi. (Lepas ni steak biasa kat menate tu dah tak heran la nampaknya)
Pasal shopping, tak silap kalau saya katakan itu antara agenda utama dalam setiap trip. Kami di bawa untuk shopping di shopping mall, outlet dan juga tourist center. Bukan saya je happy tapi suami dan anak-anak pun happy. Ni bukan sebab kami ni kaki shopping tapi memang semua tempat ni ada tarikannya yang tersendiri lah. Kraftangan, baju, coklat, macam-macam lah.
Lokasi penting yang sinonim dengan Jepun juga kami sempat pergi. Tokyo Tower. Mount Fuji. Shibuya. Dah sampai. Dah boleh cerita dengan orang apa yang ada di situ. 

Overall, saya puashati. Sebab kami sekeluarga semua happy.
Pengalaman yang sangat menarik sepanjang berada di Tokyo. Walaupun cuaca pada hari Free & Easy terlalu sejuk hingga tak dapat nak enjoy Disneyland sepenuhnya. Dan kecewa juga sebab tak dapat bergambar dengan Mount Fuji.

InsyaaAllah trip seterusnya kami akan pergi lagi bersama Arba Travel.
Dan jika ada yang nak ke Tokyo, InsyaaAllah akan rekomen tourist guide kami itu juga.

Shibuya. The busiest intersection in the world. Ada masanya pejalan kaki yang melintas di sini mencecah 3000 orang.

Aquacity

Disneyland. Sejuk sampai ke tulang.

Wednesday, December 19, 2018

Never Stop Learning

Hari ini saya berpeluang ke MKU.
Apa itu MKU? It's Mary Kay University.

Bagaimana saya terpilih?
Kami perlu ada sekurang-kurangnya 8 orang Offspring Directors termasuk DIQ untuk layak ke kelas ini.

Wow! Bukan sebarangan training kan? Sebab itu saya suka sistem di Mary Kay ini. Kami ada banyak education. Dan tak semua boleh attend sesuka hati. Perlu ada pencapaian baru layak walaupun untuk pergi belajar.
It is a serious business 

Anyway, training seperti ini sangat eksklusif dan sangat tinggi nilainya. Kerana ia bertujuan untuk menjadikan kami leader yang lebih baik.

We never stop learning in Mary Kay!

20 achievers daripada 1000 orang Sales Directors yang terpilih untuk ke training ini

Keluar dari zon selesa




Kisah si katak hijau

Katak hijau dimasukkan ke dalam periuk berisi air.
Katak hijau rilex je. Rasa selesa je.
Kemudian periuk itu dipanaskan. Dengan api perlahan.
Air mula rasa suam-suam kuku. Katak hijau yang tak peka dengan perubahan sekitarnya cuba sesuaikan dirinya. Bila dah rasa selesa, katak hijau mula rilex.
Api dibesarkan sikit.
Air dah mula rasa panas.
Katak hijau masih tak perasan dan cuba sesuaikan lagi dirinya. Ok je. Lama-lama rasa selesa juga. Dan katak hijau rilex lagi.
Tiba-tiba air menggelegak. Katak hijau tak perasan juga. Tak sempat nak melompat keluar dari periuk untuk selamatkan diri. Dah terlambat. Katak hijau mati katak dalam periuk berisi air panas menggelegak. Dalam keadaan masih tak perasaan akan perubahan sekitarnya.
- author Unknown

Itulah kisah katak hijau yang tak ambil tahu untuk berubah dan bertindak sebab suka duduk dalam zon selesa.

Jika kita pilih untuk berada dalam comfort zone saja, bila tiba-tiba keadaan berubah, kita yang akan terus ketinggalan. Orang lain makin maju ke depan. Tetapi kita yang akan stuck dalam keadaan yang sama, dari dulu hingga sekarang.