Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Friday, May 17, 2013

Bengkel Kecantikan di Kota Bharu

Bengkel Kecantikan di Kota Bharu kini kembali lagi!!

Bila?  Tarikh yang telah saya pilih adalah pada 14 Jun ini.  Bertempat di Dynasty Inn.  Pada jam 10 pagi hingga 3 petang.
Apa yang menarik?
Anda akan tahu jenis kulit anda.
Anda akan belajar melakukan facial sendiri di rumah.
Anda boleh merasa kebaikan produk Mary Kay di atas wajah anda sendiri.
Anda boleh melihat perbezaan tangan anda selepas melakukan handspa dengan Satinhands Pampering Set.
Anda boleh melihat perubahan pada bibir anda selepas melakukan lipspa.
Anda boleh belajar teknik mekap asas yang mudah dan cepat dan sangat sesuai untuk dibawa ke pejabat atau ke majlis biasa.

Inilah peluang anda untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat sempena Hari Raya yang bakal tiba dua bulan lagi.

Hubungi saya di 016-361 0628 untuk tempahan.  Tempat sangatlah terhad.  Jangan tunggu lagi ya.











Monday, May 6, 2013

Kelas Penjagaan Wajah Mary Kay di Melaka

Salam semua ..
Lamanya saya tidak mengadakan bengkel penjagaan wajah Mary Kay kan?
Saya lebih bertumpu pada kelas individual sejak akhir-akhir ini.

Tapi mulai bulan Mei ini saya akan memulakan kembali sesi bengkel kecantikan ya ..
Bermula dengan 25 Mei ini bertempat di Melaka.

Jom warga Melaka .. kita ke bengkel penjagaan wajah Mary Kay dan mekap asas.  Semuanya percuma dan  tools semua disediakan ya.

Waktu dan lokasi akan saya beritahu kemudian ya


Friday, May 3, 2013

Pencarian Gadis Majalah Yours pada Mei 2013

Saya telah terpilih untuk mewakili Mary Kay untuk memekapkan finalis Pencarian Gadis majalah Yours yang diadakan pada 4 Mei 2013 di Sungei Wang Plaza Kuala Lumpur.

Tetapi sebelum itu,  kami telah mengadakan kelas penjagaan wajah bersama mereka di studio Yours.
Masing-masing begitu teruja untuk belajar menjaga wajah secara sihat dan betul bersama Mary Kay.




Ramai antara mereka adalah model,  jadinya, masing-masing memang sudah arif dalam bab mekap.  Tetapi apa yang menariknya,  mekap Mary Kay sangat natural dan wajah-wajah adik-adik ini semuanya nampak lebih segar,  ceria dan berseri dengan mekap yang sangat tipis.



Bersama 8 daripada 9 orang finalis.



Inilah model saya.  Cantik kan?

Jom beramai-ramai ke Sungei Wang Plaza pada 4 Mei jam 3 petang untuk ke booth Mary Kay ya!!


Mary Kay Career Conference pada 20 April 2013


Career Conference adalah acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh semua Perunding Kecantikan di Mary Kay.
Setiap kejayaan separuh tahun pertama diraikan di sini.
Tahun ini seramai lebih dari seribu Perunding Kecantikan telah menghadiri acara berprestij ini.
Kejayaan kami diraikan di atas pentas,  dan sudah semestinya perkongsian daripada Pengarah Jualan dan mentor-mentor hebat di Mary Kay.



Tema tahun ini "One Woman Can" sempena ulangtahun ke-50 Mary Kay.
One Woman Can Inspire.  One Woman Can Do Miracles.  One Woman Can Dream Big.
Yang mana satukah anda?



Antara konsultan saya yang hadir.  Dari Johor Bahru,  Kota Bharu dan Besut.  Semuanya datang dari jauh semata-mata untuk mengaut ilmu dan mendapatkan semangat dan inspirasi.  Sebelum ke sini,  mereka menyangka Career Conference pastinya membosankan tetapi di penghujung acara,  mereka kata ianya adalah sebaliknya.  Masing-masing tidak sabar untuk pulang ke tempat masing-masing untuk mencurahkan segala apa yang telah dipelajari bersama ahli pasukan mereka yang lain yang tidak dapat hadir.



Red Jackets yang bergaya!



On-stage recognition untuk Pink Car Unit achiever.  Kami adalah pemilik kereta pink ke-44 di Mary Kay Malaysia.
Kejayaan di luar jangkaan.  Disebabkan itu tidak ramai konsultan dari unit saya yang hadir.  Ahli pasukan saya kebanyakannya dari luar Kuala Lumpur.  Walau bagaimanapun,  saya tetap bersyukur di atas sokongan dan kasih sayang ahli unit Crystal Swan pada saya.  Dan kepercayaan yang mereka berikan kepada saya.



On-stage Recognition buat ahli pasukan saya,  Nor Anisha Othaman yang sudahpun on-track untuk cincin berlian pertamanya di Mary Kay.  Tahniah Sha!  You can do it!!


Ketika mula-mula ke Career Conference sebagai Perunding Kecantikan baru di Mary Kay,  saya sangat kagum melihat Pengarah Jualan dengan lanyard yang panjang dengan ribbon.  Setiap ribbon mewakili pencapaian setiap konsultan.
Dan kali ini,  citi-cita untuk mendapat lanyard yang berjela tercapai. Pastinya matlamat saya untuk mendapatkan l anyard yang lebih panjang pada Seminar 2013 nanti!



Haaa .. ini model bidan terjun.
Hanya di Mary Kay saya berpeluang menjadi model.  Di Mary Kay segalanya mungkin.
Saya telah dipilih untuk memperagakan Sales Director suit terbaru di Mary Kay yang akan mula dipakai pada Seminar 2013 September ini.

Menarik kan Career Conference Mary Kay?
Anda berpeluang untuk belajar,  mendapatkan inspirasi,  motivasi dan semangat untuk terus mara ke hadapan.


Monday, December 10, 2012

Bengkel Penjagaan Wajah Mary Kay di Kota Bharu

Ingin mengikuti kelas penjagaan wajah Mary Kay?  Dan belajar solekak mudah dan cepat untuk ke pejabat atau ke kelas?
Atau ingin mengetahui peluang mendapatkan pendaparan tambahan yang mudah tanpa modal yang banyak?  Atau ingin tahu bagaimana anda boleh mendapat peluang ke luar negara secara percuma dan hadiah-hadiah idaman wanita seperti cincin berlian?
Saya akan berada di Kota Bharu untuk membantu anda merealisasikan impian anda.
Sila hubungi saya SEGERA untuk temmpahan.
 



Saturday, November 24, 2012

Beauty Fair di pejabat Mary Kay di Petaling Jaya dan Johor Bahru

Sila blok tarikh 30 November dan 1 Disember dalam diari anda!!
Kenapa?
Kerana saya ingin menjemput anda ke Beauty Fair kami sebagai penutup tirai tahun 2012  ini.  Terdapat 5 kaunter yang pastinya akan memenuhi keperluan anda - penjagaan anti penuaan TimeWise,  penjagaan asas Botanical Effect,  penjagaan khas untuk lelaki MK Men dan set penjagaan badan,  produk untuk mencerah Melacep dan Mekap.
Setiap pengunjung yang hadir dan melawat tiap kaunter akan mendapat pelbagai sampel selain daripada mencuba sendiri produk yang disediakan.  Dan anda juga berpeluang untuk mendapat sebatang lipstik sebagai ganjaran memberikan 5 nama teman anda untuk kami jadikan senarai prospek kami.  Dan untuk tiap belian minima RM100,  anda berpeluang mendapat cabutan bertuah.  Menarik bukan?

Tujuan utama Beauty Fair ini adalah untuk memberi kesedaran kepada semua pengguna tentang Mary Kay.

Kepada yang berminat,  sila hubungi saya,  Sales Director Hasni di 016-361 0628.  Semestinya ada hadiah dari saya untuk pengunjung bertuah saya!!

Pejabat Mary Kay di Jaya33,  Petaling Jaya

 
JB Beauty Center,  Menara Pelangi Jalan Kuning

Mary Kay menemukan kami kembali selepas 24 tahun

Tiga hari lalu saya telah bertemu kembali dengan sahabat lama ketika kami sama-sama belajar di MRSM Kuala Terengganu.  Kali terakhir kami bertemu adalah 24 tahun lepas.  Selepas SPM,  kami membawa haluan masing-masing.  Dia ke UTM Skudai dan saya pula ke Washington State University.  Dan terimakasih pada facebook,  kami bertemu kembali tahun ini .. tetapi di alam maya. 

Kalau dulu,  tiada alasan untuk bertemu muka,  memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja harian dan anak-anak.  Tetapi,  atas alasan untuk merubah penampilan diri dia menghubungi saya.  Dan atas niat ikhlas untuk membantu,  saya berusaha untuk bertemu dengannya.  Tetapi,  dia jauh di utara sana dan jadual saya sentiasa penuh pada hujung minggu untuk tempoh sebulan ini.  Melihat status saya berjaya memberi kebahagiaan kepada wanita-wanita yang saya temui sepanjang bulan November ini di facebook membuatkan perasaannya untuk bertemu saya semakin membuak-buak.  Dan sudah takdir namanya .. katanya dia akan ke Tropicana pada minggu ketiga bulan November.  Dan saya pula di Kota Damansara.  Selama ini tidak pernah pula kami bertembung di Giant atau di Sunway Giza tempat saya menghabiskan masa dan duit hihi ..

Lalu kami bertemu sehari selepas harijadi kami .. masa di MRSMKT dulu,  dia adalah antara kembar saya kerana kami berkongsi tarikh harijadi ..
Memang banyak yang hendak dikongsi .. sejarah 24 tahun dulu dan perkembangan terkini masing-masing ..
Dia masih seperti dulu .. sentiasa ceria .. tapi wajah sudahpun sedikit kembang macam saya juga .. tapi wajah kami tak banyak berubah ..
Ally nama panggilannya .. sangat gembira bertemu saya .. apatah lagi kerana berharap saya mampu membantunya mengatasi masalah kulit wajahnya yag sudah mula menampakkan tompokan jeragat .. Seikhlasnya,  saya cadangkan produk yang paling dia perlukan .. Mungkin harga bukan masalah baginya tetapi,  itu bukanlah tujuan utama saya.  Saya tetap akan mencadangkan produk paling asas kepadanya dan tiap masalahnya akan saya bantu selesaikan satu persatu.

Kalau pada permulaan karier saya sebagai Beauty Consultant ini menyebabkan kawan-kawan menjauhkan diri,  tetapi kini segalanya sudah berubah.  Syukur padaMu ya Allah .. Saya tidak pernah memaksa.  Tetapi saya cuma ingin membantu.  Wanita lain juga berhak mendapat apa yang telah saya capai di Mary Kay.  Alhamdulillah .. semakin ramai sahabat-sahabat saya mula menunjukkan minat untuk memperbaiki penampilan diri mereka.  Ally adalah sahabat saya yang ke-13 dari MRSMKT yang telah memberi kepercayaan kepada saya dan Mary Kay dalam tempoh 7 bulan ini.

Kepada wanita di luar sana,  tidak kira berapa umur anda atau apa jenis kulit,  warna dan masalah anda,  saya bersedia membantu.  Mari kita jadikan ilmu tentang penjagaan kulit wajah yang sihat dan betul sebagai langkah pertama untuk menjadi seorang wanita yang berkeyakinan tinggi,  dan menjadi pujaan anak-anak dan suami.

One Woman Can!

Mini Retreat bersama keluarga Swans Area pada 19 November lepas bertempat di The Zon Kuala Lumpur.
Tujuan utama Retreat adalah untuk mengembalikan semangat Perunding Kecantikan atau lebih dikenali sebagai Beauty Consultant (BC) untuk mengejar cabaran Asia Pacific Red Jacket Rally (APRJR) yang sedang berlangsung dari November 2012 hingga Mac 2013.

Seperti yang telah saya terangkan kepada BC saya,  hadiah utama APRJR semestinya Education Trip ke HangZhou China selama 4 hari 3 malam.  Ia bukanlan percutian untuk membeli belah semata-mata tetapi pencapai APRJR berpeluang bertemu dengan pencapai dari rantau Asia Pasifik,  belajar daripada mentor-mentor terhebat.  Dan pencapai juga sudahpun berada di landasan yang betul untuk mendapatkan cincin emas putih bertatahkan batu permata selain daripada mendapat komisyen sebanyak 12%.  Dan seterusnya,  bakal dinaikkan pangkat ke Pengarah Jualan atau Sales Director sebelum berakhirnya tahun 2013 nanti.  Anda nampak laluan yang telah disediakan oleh pihak syarikat?

Ketika Retreat berlangsung,  saya telah dipilih sebagai salah seorang mentor untuk berkongsi sedikit ilmu tentang betapa penting skil menjual di Mary Kay.  Ia merupakan pengalaman pertama saya,  berkongsi di hadapan 73 orang peserta.  Sedikit gugup,  kerana bimbang ia tidak memenuhi harapan mereka yang benar-benar mahu berjaya di Mary Kay.  Tetapi seperti yang telah saya nyatakan sebelum penutup majlis,  ia adalah perkongsian ikhlas daripada hati saya.  Tiada rahsia.  Kerana tujuan saya cuma satu,  agar semua lebih berjaya daripada saya.

Dan kepada ESSD Nafisah Omar,  terimakasih atas inisiatif dan kepercayaan kepada saya dan kepada Sales Director sisters yang lain-lain,  terimakasih atas usaha anda semua.

Glowing babes .. siapa sangka semua dalam gambar ini telah pun berusia lebih 40 tahun .. oops!! Inilah penangan TimeWise Regena Plus ..

Semua peserta yang hadir ..  Yang berjaket pink adalah Pengarah Jualan atau Sales Directors.  Yang berjaket merah adalah Red Jackets dan yang berjaket hitam adalah Beauty Consultants.  Sharon Loo sebagai wakil daripada Mary Kay Malaysia

Antara yang berforum .. semuanya adalah pencapai cincin berlian bagi kategori Queen Courts of Personal Sales

Dan ini adalah Beauty Consultant dari Crystal Swan unit yang telah hadir hingga ke akhir Retreat.  Antara yang hadir datang jauh dari Besut dan Kuala Terengganu .. sungguh terharu saya apabila mereka semua sanggup mengorbankan hujung minggu mereka untuk maju ke hadapan
 

Monday, November 19, 2012

Hijabista bersama Mary Kay

Bengkel Penjagaan Wajah Mary Kay di Kerinchi pada hari Ahad ini,  25 November 2012.
Kita belajar membuat facial sendiri di rumah,  cara mudah can cepat dan menjimatkan .. tetapi hasil yang sangat memberangsangkan ..
Dan sambil itu kita belajar ikat hijab bersama kawan saya dari butik Saraya Zahret .. Menarik bukan?

Semua peralatan disediakan,  tapi peserta diminta memakai selendang nanti ya .. sebab kita kan nak pulang dengan wajah yang bersih dan cantik bermekap sambil berhijabista ..

Sila PM saya sebelum 23 November untuk tempahan ya ..

Dan seperti biasa,  sesiapa yang membawa bersama 2 orang rakan,  akan mendapat hadiah istimewa daripada saya ..

Tuesday, October 23, 2012

Bengkel Penjagaan Wajah Mary Kay di Kuala Lumpur

Bengkel Kecantikan di Kuala Lumpur kini kembali lagi!!
Asyik ke luar kota saja sejak akhir-akhir ini kan?  Pada 4 November ini,  saya akan kembali bersama wanita sekitar Kuala Lumpur untuk sesi memanjakan diri ...
Seperti biasa, semua peralatan disediakan dan hadiah menarik untuk yang hadir bersama 2 orang teman ya ..

Sila PM saya secepat mungkin untuk tempahan!!


Bengkel Kecantikan di Kota Bharu

Di atas permintaan ramai,  kami akan mengadakan lagi Bengkel Penjagaan wajah Mary Kay di Kota Bharu pada 3 November ini.
Tempat sangatlah terhad.
Jadi sila PM saya do 016-361 0628 segera untuk tempahan.

Semua peralatan disediakan.  Dan jika anda bawa bersama 2 orang teman bersama anda,  ada hadiah istimewa daripada saya!!

Sunday, October 21, 2012

Bengkel Kecantikan di UNISZA

Tanggal 18 Oktober,  saya telah ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) pula.
Pada mulanya,  saya telah menghubungi teman lama di UNISZA untuk menyewa dewan bagi mengadakan bengkel kecantikan khas buat kawan-kawan sekitar bandaraya Kuala Terengganu.
Kebetulan pula,  pihak UNISZA sedang mencari tenaga pengajar bagi mengadakan kursus latihan jangka pendek buat staf wanita mereka.  Lalu mereka menawarkan kerjasama antara UNISZA dan saya.  Apalagi,  bagai pucuk dicita ulam mendatang lah.
Seramai 50 orang staf telah menyertai bengkel penjagaan wajah yang telah kami adakan pada hari tersebut.  Masing-masing
teruja di sepanjang kelas.  Masing-masing pulang dengan wajah cantik berseri dengan mekap yang sangat tipis.
Dan lebih terharu lagi apabila mereka menawarkan untuk menjemput kami lagi di masa terdekat.

Terimakasih kepada semua staf UNISZA yang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut.

 
Antara peserta yang terlibat.  Masing-masing begitu asyik mendengar ..
 


Dan antara peserta yang terakhir meninggalkan dewan kuliah

Bengkel Kecantikan di HUSM

11 Oktober lepas merupakan hari yang sangat istimewa.
Saya telah dijemput untuk mengadakan bengkel kecantikan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,  Kota Bharu.
Tujuan asal saya adalah untuk berkongsi ilmu tentang penjagaan wajah cara Mary Kay bersama wanita-wanita prihatin di sana.  Dan juga,  untuk membantu rakan-rakan Perunding Kecantikan melebarkan sayap mereka.  Alhamdulillah,  seramai 46 orang peserta yang terdiri daripada jururawat,  pelajar dan doktor telah menghadirkan diri.  Pada mulanya seramai 90 orang telah mendaftar tetapi disebabkan kekangan masa,  ramai jururawat terpaksa menarik diri.  Walau bagaimanapun,  peserta yang hadir sangat-sangat sporting.  Hampir kesemua mereka memberikan kami nama 10 orang rakan mereka untuk dijemput ke kelas berikutnya.
Semua pulang dengan wajah cantik berseri dan keseronokan terpancar di wajah masing-masing.  Apakan tidak,  ilmu dah dapat.  Produk pun dapat dicuba.  Ada yang pulang dengan sampel.  Ramai yang pulang dengan hadiah cabutan bertuah berupa produk Mary Kay.
Kepada penganjur .. terimakasih tidak terhingga saya ucapkan. Hadiah Satinhands Pampering set yang kami berikan tu pun tak cukup untuk membalas jasamu.
Kepada HUSM .. saya harap ilmu yang kami kongsikan ini  dapat memberi manfaat kepada semua.
Kepada wanita istimewa yang telah hadir ke bengkel kami .. anda sememangnya yang terbaik!
Kami bangga kerana terpilih untuk bersama anda semua.
Dan kami bersyukur kerana semua urusan dipermudahkan oleh Allah.

Kepada yang berminat untuk mengadakan kelas kecantikan seperti ini,  sila hubungi saya ya ..


Poster iklan Bengkel Kecantikan
 
Penceramah Imam Muda Ustaz Asyraf.  Sungguh petah beliau berceramah

 
Sebahagian peserta bengkel kecantikan

Thursday, September 27, 2012

Bengkel Penjagaan Wajah di Kuantan

Apa yang menarik tentang produk Mary Kay ini?  Dan bagaimana mudahnya memulakan perniagaan ini?  Jom datang ke bengkel penjagaan wajah yang akan saya adakan di Kuantan pada 6 September ini.

Wednesday, September 5, 2012

"Beautiful You" Pampering Session

Kak has akan berada di Ipoh untuk sesi memanjakan diri Mary Kay di Ipoh.  Sila SMS di 016-361 0628 sebelum 20 September untuk tempahan!
 


 
 
 

Bengkel Kecantikan Mary Kay di Juru Autocity, Penang


Friday, August 3, 2012

Facial Percuma

Salam semua ..
Untuk pengetahuan semua,  saya kini adalah Perunding Kecantikan Mary Kay sepenuh masa.
Mengapa saya begitu berani melepaskan kerja tetap saya sebagai Pengurus IT hanya untuk menjadi Preunding Kecantikan Mary Kay?  Pasti ada kelebihannya bukan?
Pada usia sebegini,  saya selalu memikirkan betapa banyaknya masa yang telah saya habiskan tanpa melihat sendiri bagaimana anak-anak saya telah membesar.  Betapa kurangnya ibadah saya pada Allah.  Saya selalu mementingkan kerjaya.  Tetapi dengan peluang yang telah diberikan oleh Mary Kay,  saya rasa masih belum terlewat untuk saya perbaiki semua kekurangan itu.
Adakah anda sedang melalui apa yang telah saya lalui?  Anda ingin merubah gaya hidup anda?  Ingin menghabiskan lebih waktu bersama anak-anak dan keluarga?  Dan ingin menjadikan agama anda sebagai keutamaan anda?  Jika jawapannya ya,  anda boleh mula berfikir samada perniagaan di Mary Kay ini sesuai untuk keperluan anda itu.

Sebagai Perunding Kecantikan sepenuh masa,  saya kini berpeluang untuk mengatur temujanji samada untuk berkongsi tentang ilmu kecantikan ataupun perniagaan bila-bila masa sahaja.
Saya bersedia untuk bertemujanji dengan mereka yang berkerja syif,  atau pun pengurus rumahtangga sepenuh masa,  bila-bila sahaja dari hari Selasa hingga Khamis.  Hari Isnin semestinya hari cuti bagi saya,  atau hari emergency kalau-kalau ada yang betul-betul perlu berjumpa dengan saya pada waktu itu :-)  Dan hari Jumaat biasanya saya khaskan untuk mereka yang ingin mengadakan kelas di pejabat pada waktu rehat mereka.

Jadi kepada yang masih mencari-cari Perunding Kecantikan Mary Kay di sekitar Kuala Lumpur,  Petaling Jaya,  Putrajaya,  Bangi,  Shah Alam dan kawasan sekitarnya,  jangan lupa hubungi saya di 016-3610628 untuk free facial ya.

Wednesday, August 1, 2012

Bengkel Kecantikan Mary Kay di Kuantan

BENGKEL PENJAGAAN WAJAH DI KUANTAN

Bengkel Kecantikan dan solekan sempena Hari Raya bersama jurumekap kami.
Ketahui jenis kulit anda dan cara solekan mudah untuk diri sendiri sempena Hari Raya dan cara penjagaan wajah seharian yang betul.

Tarikh : 11/8/2012
Tempat : Hotel MS Garden. Kuantan
Masa : 9:00 pagi-1:00 petang
Bayaran : RM20

  Tarikh Tutup Penyertaan : 5/8/2012

Bawa 2 orang kawan dan dapatkan hadiah istimewa daripada saya.
Sila email ke haslanmk@gmail.com atau SMS ke 016-3610628 untuk tempahan

Friday, July 27, 2012

Catch the Dream Dallas


Perjalanan diteruskan bersama Sales Force yang lain-lain pada 17 Jun.  Kami berkumpul di LA International Airport untuk ke Dallas dan seterusnya tiba di Fort Worth Airport pada jam 5 pagi keesokan harinya.

Selepas singgah di I-Hop untuk bersarapan,  kami terus ke Hilton Lincoln Center,  Dallas untuk check in.  Memang cantik hotelnya.  Untuk mengelakkan kemengantukan mereka yang baru tiba dari Malaysia,  kami terus keluar ke Galleria untuk aktiviti shopping pertama di Dallas.

Ini geng Panca Sitara mana la pulak ni ..
Semua tengah menanti shuttle untuk ke Galleria lah ni .. Tiba di Galleria,  lepas makan ala kadar masing-masing terus ke butik Coach .. Semua sibuk memilih Coach handbag .. untung la kedai pertama yang kami masuk tu ..

Pose istimewa sebelum training bermula :-)

Hari pertama training.
Tiba saja di dewan,  kami dikerumuni Sales Force dari negara lain seperti China,  Korea,  dan Taiwan.  Masing-masing teruja bertemu dengan kami.  Mungkin kami semua nampak sangat cantik bertudung kot .. hehe ..
Tak sempat-sempat masing-masing berebut-rebut nak bergambar dengan kami.  Lepas satu, satu kamera bertukar ganti.

Lenguh dah pipi sebab lama sangat tersenyum nak bergambar ramai-ramai.  Kenangan bersama Sales Force dari China

Selesai training separuh hari,  selepas makan tengahari,  waktu yang saya tunggu-tunggu telah tiba.
Kami dibawa ke ibu pejabat Mary Kay.  Dari lebuhraya,  kelihatan bangunan yang rasanya setinggi 13 tingkat tersergam indah.  Sungguh besar. 
Melangkah sahaja kami ke dalam bangunan,  kelihatan semua pekerja sedang menanti di balkoni setiap tingkat sambil bersorak dan bertepuk tangan meraikan kami.  Rasa begitu berharga diri kami disambut sedemikian.

Bergambar di hadapan bangunan.  Saya sangat bangga berkerja dengan Mary Kay Malaysia

Di hadapan pintu masuk bangunan.  Yang berbaju ungu tu adalah Sales Force dari Australia

Betapa besarnya pejabat Mary Kay ini kan?  Di dalamnya juga terdapat muzium Mary Kay di mana produk-produk lama,  pakaian lama Mary Kay Ash,  Jaket Merah,  Jaket Pengarah Jualan,  Jaket Pengarah Jualan Nasional,  keratan akhbar tentang Mary Kay Cosmetics,  gambar-gambar National Sales Director dan banyak lagi memorabilia ditempatkan.

 
Dalam muzium. 


Bersama semua Sales Force dari Malaysia dan Singapura di dalam bilik Mary Kay Ash

Bergambar di atas kerusi Mary Kay Ash,  di mejanya,  menggunakan pena Mary Kay Ash di dalam pejabatnya. 

Pergi ke Amerika Syarikat tiada di dalam agenda saya ketika mula-mula melangkah ke dunia Mary Kay.  Mana tidaknya.  Saya telah pun pernah tinggal di Washington selama 2 tahun ketika pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan IT.  Pengalaman duduk di negara 4 musim yang pada satu ketika itu musim sejuk dengan salji sehingga setinggi lutut selama 4 bulan sudah cukup bagi saya.  Tetapi untuk ke Amerika Syarikat sekali lagi hanya untuk duduk di pejabat Mary Kay Ash adalah sesuatu yang berlainan.  Ia bagaikan satu suntikan semangat buat saya untuk berkerja bersungguh-sungguh untuk mencapai impian saya untuk berjaya di dalam bidang yang saya sukai.
Dan dengan semangat yang membara itu akhirnya impian saya tercapai.
Hanya satu harapan saya selepas ini,  agar lebih ramai wanita menanamkan semangat yang kuat untuk berjaya.

Hari kedua.
Selesai training separuh hari,  kami dibawa melawat ke kilang pengeluaran Mary Kay dan juga gudang Mary Kay.
Sungguh teruja melihat betapa besar dan canggihnya kedua-dua kilang tersebut.
Di gudang ASRS (Automated Storage and Retrieval System) ini,  produk Mary Kay akan melalui QC.  Robot digunakan untuk mengangkut produk dari satu tempat ke satu tempat.  Gudang setinggi 80 kaki itu biasanya 60% dipenuhi dengan produk Mary Kay dan produk semuanya akan dihantar ke destinasi pada setiap bulan.

Ini adalah lori,  atau saya panggil trak atau treler yang digunakan untuk menghantar produk Mary Kay.  Penghantaran biasanya akan dibuat dari hari Isnin hingga hari Rabu sahaja untuk memastikan semua produk tiba di destinasi tepat pada waktunya.  Besar kan trak ini?

Ini pula tempat kotak-kotak berisi produk disimpan.  Forklift digunakan untuk menurunkan dan menyimpan kotak-kotak tersebut.

Dan yang kuning itu adalah robot yang digunakan untuk mengangkut kotak-kotak

Hari ketiga.
Selesai training separuh hari,  kami dibawa ke Allen Premium Outlet untuk bershopping! Semua sangat teruja.  Masing-masing sudah merancang untuk memborong barangan Coach dan jeans Levi's banyak-banyak.  Masing-masing sudahpun berkerja keras sebelum ini dan inilah masanya untuk memborong.  Saya sendiri banyak memborong barangan Coach untuk dijadikan hadiah buat Beauty Consultant sebagai ganjaran untuk cabaran yang saya berikan. 

Selesai shopping,  kami dibawa ke South Fork Ranch untuk makan malam dan majlis berdansa. 
Di sinilah penggambaran siri TV Dallas yang sangat popular pada zaman 80-an dulu.

Cantik tak topi koboi pink tu?  Special untuk Mary Kay saja tau.  Dan cantik tak sunglasses tu?  Tiffany tu tau .. kalau bukan sebab Mary Kay,  takkan sanggup ku bazirkan USD320 semata-mata untuk spek hitam tu saja hihi

 
Haa .. tu kan gambar Bobby Ewing ..

 
Dan inilah dia rumah tempat penggambaran siri TV Dallas.

Berlatarbelakangkan ladang kuda.

Macamana?  nampak seronok kan?  Kerja rajin-rajin,  ganjarannya pun hebat.  Dapat belajar,  dapat motivasi,  dapat semangat,  dapat makan angin dan dapat shopping.  Dan lagi seronok,  dapat kenal lebih rapat dengan kawan-kawan Mary Kay sendiri.

Ini baru permulaan.  Kadangkala kami memperkenalkan Mary Kay Malaysia kepada wanita-wanita lain sebagai travelling company.  Mengapa?  Kerana kebanyakan ganjaranya adalah educational trip.  Kalau dalam Malaysia,  ke Sabah,  dan ke PD setakat 3 tahun kebelakangan ini.  Dan kalau ke luar negara,  kami dihantar ke China,  Amerika Syarikat,  Jerman,  Switzerland,  dan ke Paris di antaranya mengikut cabaran yang diberikan.

Selain dari trips,  hadiah lain yang disukai oleh wanita seperti saya adalah cincin berlian.  Hmm .. siapa yang tak suka, kan?  Kami boleh mendapatkan sebanyak 5 bentuk cincin setiap tahun. 

Saya harap cerita saya ini akan menjadi inspirasi buat wanita lain di luar sana pula.