Thursday, September 26, 2024
Quotes of the Day
Monday, February 15, 2021
Hai .. Ada sesiapa yang merindui saya ?
Malam ini saya decide untuk menulis semula.
Lamanya tak update blog ini. Dah bersawang. Bagai dah kekok menulis pula.
Hati terdetik mahu menulis semula bila ada seseorang terjumpa saya di sini waktu dia sedang mencari produk Mary Kay.
Itu namanya rezeki jatuh dari langit.
Dan baru ini juga, saya telah melahirkan seorang Offspring Director baru. Yang asalnya dari blog ini juga.
Katanya, dia terpikat dengan saya kerana blog saya inilah. Kerana penulisan saya yang menarik katanya.
Dan saya juga selalu mendapat galakkan dari seorang sahabat lama untuk menulis eBook untuk berkongsi tentang perjalanan saya di Mary Kay ini.
Oh Tuhan, rasanya itulah petanda kenapa saya perlu hidupkan semula blog saya ini kan?
Okay saya akan cuba yang terbaik. Kadangkala masa tidak menyebelahi saya. Sentiasa sibuk dengan komitmen sebagai seorang bakal National Sales Director juga cewah hihi
Hhmm.. apakah topik pertama saya nak tulis ni kan..
Mungkin tentang produk terbaru Mary Kay, Micellar Water lah kot
Tunggu esok ya
Mencari peluang pekerjaan?
Thursday, March 19, 2020
Usia vs Wajah : Remajakan kembali wajah anda!!
Mary Kay Youthfinity set.
Set penjagaan wajah premium terbaru di Mary Kay!!
Berapa ringgit anda sanggup bayar untuk dapatkan skincare yang berkualiti dan selamat? Yang nampak hasilnya?
RM100? RM500? RM1000? RM2000?
Jangan terkejut. Memang ada produk berharga ribuan ringgit. Memang ada serum berharga lebih RM2000. Untuk hasil yang dimahukan.
Saya nak share tentang set penjagaan wajah paling saya suka buat masa ini.
Youthfinity set.
Kali pertama keluar dulu, hanya ada serum. Saya mula pakai. Memang happy sangat dengan hasilnya.
Kemudian keluar pula pelembap dan krim mata. Wow!! Memang puas hati betul. Hilang garis halus di sekitar mata. Crowsfeet, dark circle dan eyebag memang anda takkan jumpa di mata saya.
Dan kini, Face Oil. Makin glowing wajah saya. Dan semestinya hilang garis halus di wajah, dan nampak wajah lebih tegang.
Semua orang wajib cuba Youthfinity Set ini tau.
Lihat lah wajah saya ini.
Semua gambar diambil dengan front camera. No beauty. No filter.
![]() |
Ini wajah saya tanpa mekap. |
![]() |
Dan ini hanya dengan sapuan foundation yang sangat nipis. Tak banyak beza pun kan? Sebab kulit dah sihat dan cantik dengan penggunaan Mary Kay Youthfinity skincare set. |
Berminat untuk mudakan kulit wajah anda?
Hubungi saya di 016 361 0628.
Hasni Mary Kay
To Foundation or Not To Foundation?
Sunday, February 16, 2020
The best career for a mother
Nak berjaya, hanya perlu mula.
Tak perlu ramai. Bermula dari seorang yang extra ordinary itulah, akan lahir ramai leaders lagi.
2016 dahulu..
Saya hanya ada 3 Offspring Directors di bawah naungan saya.
Empat tahun kemudian, ada lebih 50 orang Sales Directors dalam Hasni Future Area.
Ya Allah.. Hebatnya mereka ini.
Lahirnya ramai Offspring Sales Directors ini bukti betapa murninya hati senior mereka dalam membimbing mereka mencapai impian dalam hidup mereka.
Impian saya, akan ada seramai 75 orang Sales Directors dalam Hasni Future Area menjelang September 2020 ini.
Moga Allah permudahkan urusan kami membawa ramai wanita berjaya bahagiakan keluarga mereka.
![]() |
Dan inilah dia 33 orang Sales Directors dalam Hasni Future Area yang hadir ke SDR 2020. Makin ramai kan.. Ramai hingga susah nak dapatkan 1 foto dengan semua sekali hihihi |
Tuesday, September 10, 2019
Wajah Glowing ala-ala Kpop
Tuesday, July 30, 2019
Parut? Hilangkan Parut. Kembalikan keyakinan diri!
Saya lebih suka ambil pendekatan, rawat dengan skincare. Sebab saya suka mekap nipis saja.
Parut lekuk dan parut hitam.
Parut biasanya disebabkan oleh
1. JerawatP
2. Chickenpox
3. Luka
Tapi jangan risau. Ramai dah saya jumpa di Mary Kay ni yang dah makin licin dan halus kulit nya sebab pakai produk Mary Kay yang sesuai secara konsisten.
Remaja belasan tahun hingga 23 tahun.
Kulit remaja mudah pulih semula sebab kulit muda.
Remaja biasanya pakai Botanical Effect set je dah cukup. Tak kisah samada Formula 1, 2 atau 3 sekalipun.
![]() |
Salah satu set untuk remaja. Botanical Effect Evo |
Thursday, January 24, 2019
Mentor at LC. 2019
Saya terpilih menjadi mentor untuk kali ke-4 di acara tahunan Mary Kay yang paling berprestij.
LC kali ini disertai oleh lebih dari 500 orang Pengarah Jualan (SD) dari Malaysia. Dan lebih 150 orang Pengarah Jualan dari Mary Kay Philippines, Australia, New Zealand dan Singapura.
Ada 750 orang semuanya.
Bila terima jemputan untuk jadi mentor hati saya berbunga-bunga. Tersenyum simpul di Coffeebean.
Saya tahu ia bukan tugasan yang mudah.
Bayangkan, saya perlu mengajar Sales Director yang bukan calang-calang orang nya. Dan dalam bahasa Inggeris pula.
Wow .. Mencabar sungguh.
Tetapi saya tak mudah mengalah. Takkan ku tolak rezeki ini. Ia peluang yang dinantikan oleh semua SD walaupun masing-masing ada kekangan tersendiri.
Dengan tunjuk ajar kak Suzi, saya mulakan penulisan. Draf pertama ditolak. Kerana terlalu mendatar. Tak cukup penghayatan. Draf kedua semakin bagus. Dapat pujian lagi .. Inspiring and very sharp, kata kak Suzi. Sangat detail, bak kata kak Suzi, saya ni perfectionist. Hihi .. Saya rasa itulah kelebihan saya yang boleh dikira positif.
Memang nervous. Tapi saya sangat enjoy.
Kata orang saya sangat cool. Memang dari dulu saya tak benarkan orang nampak apa dalam hati saya.
Dan paling happy, ramai yang tak percaya bila saya kata itu adalah sharings pertama saya dalam bahasa Inggeris.
Habis tu.. Dah prepare habis kan. Dah berulang kali baca hingga boleh hafal.
Itulah transformasi saya di Mary Kay.
Dari seorang yang penakut dan pemalu, sekarang saya sudah mampu bercakap di atas pentas.
Jika anda seorang yang tiada keyakinan, carilah saya. Carilah Mary Kay. Kerana saya dan Mary Kay boleh bantu anda berubah ke arah kebaikan. Dengan izin Allah.
![]() |
Kenangan jadi mentor |
![]() |
Rasa macamana bila orang Australia pun menyalin nota sama hihi |
![]() |
Some of my achievements |
![]() |
My mentor Kami berdua dapat jadi mentor kali ini |
![]() |
Kesemua mentor yang bekongsi malam ini |
![]() |
My best GM. Ms Khor Lee Fan |
Friday, January 4, 2019
Untuk mak
Tunggu aje lah musim durian di kampung mak mertua kalau nak mewah. Sebab dia ada lebih 50 batang pokok durian. Kalau nak durian sedap kena berebut dengan sang kera di kampung mak sendiri. Ada la 2 batang pokok durian tua tu. Isinya memang the best lah.
Dia jawab, nak juga kalau ada.
So kami singgah di gerai biasa. Ajak mak turun. Suruh dia pilih nak yang mana. Bagi dia rasa pilih sendiri. Musang King ada 2 pilihan. RM30 yang kecik dan RM45 yang besar sekilo. D24 RM15 sekilo. Durian kawin RM20 sekilo.
Mak pilih D24. Yang paling murah.
Tapi saya minta kat aunty tu Musang King lah. 10 kilo. Sebab regular customer, dia bagi extra 2 biji dan harga dia round up kan saja.
Of coz kita nak yang terbaik untuk mak kan.
Balik rumah tadi mak makan durian tu.
Sedapnya durian ni dia kata. To me that is happiness. Benda kecil-kecil je. Balik kampung makan nasi lemak sama-sama. Bersembang, menyakat.
Balik kampung pun perlukan duit juga kan. Bukan sebab musang king saja.