Tuesday, October 18, 2011

Anda ingin kelihatan 10 tahun lebih muda dari usia sebenar?

Jangan cemburu jika anda mendengar wanita lain berkata umur saya tidak lebih dari 32 tahun atau jika mereka berkata umur saya dalam lingkungan 20-an!

Tetapi itulah hakikatnya. Alhamdulillah .. itu saja yang bisa saya ucapkan.

Suatu ketika dulu, saya tidak pernah ambil kisah tentang penampilan saya ... kerana bagi saya, tiada apa yang menarik pada wajah saya. Saya selalu berasa rendah diri kerana wajah yang tidak cantik.

Tetapi pada usia 38 tahun, setelah diperkenalkan dengan produk kecantikan Mary Kay, semuanya berubah. Saya belajar tentang teknik penjagaan wajah ala Mary Kay dan diperkenalkan dengan rangkaian produk yang sesuai dengan usia dan jenis kulit dan keadaan kulit wajah saya. Hebat bukan? Kini setelah 3 tahun penggunaan produk kecantikan Mary Kay, saya dapat rasakan wajah saya lebih menarik berbanding pada usia 20 tahun dahulu.
Siapa percaya bila saya katakan umur saya 40 tahun dan mempunyai 4 orang cahaya mata? Dalam tiap kelas, teka umur saya adalah game kegemaran saya.

Ramai yang tidak percaya dan ramai yang menyangka saya amalkan pemakanan kesihatan lain untuk wajah yang awet muda, tetapi rahsianya, hanya penggunaan produk kecantikan Mary Kay.

Saya suka dengan penampilan wajah saya sekarang dan sangat berbesar hati jika ada wanita yang ingin memberi peluang kepada saya untuk menjadikan mereka berkeyakinan seperti saya.

Anda fikir anda tiada harapan untuk mendapat kulit cantik berseri? Sila hubungi saya di 016-3610628 untuk mengetahui potensi anda untuk menjadi lebih menarik.

Produk terbaru dari Mary Kay

Ini adalah produk terbaru dari Mary Kay. Memang produk paling laris sejak bulan lepas kerana kesannya yang sangat pantas.
Hari pertama kak has guna, begitu mudah untuk menyapukan mekap pada wajah. Kulit tampak lebih cantik dan berseri.
Bagi BC kak has pula, katanya, parut jerawat dan pori-pori makin kurang jelas kelihatan selepas seminggu penggunaan.


Dan ini adalah pasangan kepada Timewise Night Restore & Recover complex (RnR), Timewise Moisture Renewing Softener yang membuatkan kulit lebih bersih dan halus.



Sila PM kak has di haslanmk@gmail.com untuk mendapatkan kulit wajah seperti kak has ..


Monday, October 3, 2011

SCC di MKM

Kelas Penjagaan Wajah bersama peserta istimewa


Ini adalah BC Leen, antara ahli keluarga terbaru Crystal Swans unit.
Leen bertemu dengan saya di alam maya. Sangat berminat untuk mencuba kehebatan produk Mary Kay. Leen dari Seremban dan saya di Petaling Jaya.
Leen adalah seorang guru pendidikan khas. Dia boleh bertutur tetapi bermasalah pendengaran. Dia boleh mendengar dengan penggunaan alat pembantu pendengaran di samping membaca pergerakan mulut saya.

Semuanya bermula dengan satu SMS pada bulan Mei lepas. Leen bertanyakan tentang foundation. Seperti biasa, saya menawarkan facial percuma pada Leen untuk memastikan rona yang sesuai untuk kulit wajahnya. Disebabkan dia berada di Seremban dan saya cuma berpeluang untuk ke sana pada musim Raya, saya mencadangkan supaya dia bertemu dengan BC saya, Linda yang menetap di Seremban. Leen mengelak untuk bertemu dengan Linda. Katanya dia cuma mahu bertemu dengan saya.

Selepas itu, tiada lagi berita daripada Leen.

Hinggalah pada bulan Julai, Leen bertanyakan tentang mineral pressed powder pula. Selepas berbalas SMS, akhirnya Leen bersetuju untuk membeli dahulu produk Mary Kay dan berjanji untuk bertemu saya untuk facial percuma secara perseorangan.
Selepas 2 minggu menggunakan produk Mary Kay, tanda-tanda healing crisis pun bermula. Tapi Leen tidak panik. Baginya, jerawat dan ruam halus bukan masalah besar kerana kulitnya semakin lembut dan tampak sihat. Saya cuba berkongsi peluang perniagaan di Mary Kay bersama Leen. Dan Leen agak berminat untuk mengetahui lebih lanjut. Sebagai seorang guru, Leen memang cenderung untuk belajar. Perkara pertama yang ditanya sekiranya dia ingin menyertai saya adalah tentang kursus.

3 minggu selepas menggunakan produk, akhirnya kami bertemu ketika saya menganjurkan kelas mekap di Sunway Damansara. Leen hadir bersama adiknya Arisya. Kali pertama bertemu, Leen sangat kagum dengan wajah saya dan saya pula sangat kagum dengan kecantikannya. Cuma Leen berasa sangat rendah diri disebabkan kekurangannya.
Leen sangat seronok menyertai kelas mekap yang saya anjurkan. Mungkin kerana layanan saya, atau mungkin juga kerana dia sangat suka belajar. Atau mungkin disebabkan sisterhood yang dia nampak di sepanjang kelas.

Disebabkan Leen sangat sukakan produk Mary Kay, dan disebabkan adiknya juga berminat untuk mencuba produk Mary Kay, saya sekali lagi berkongsi peluang perniagaan dengan Leen.

Akhirnya Leen bersetuju untuk menyertai team saya.

Banyak yang ingin Leen pelajari dan saya pula seronok berkongsi dengan Leen.
Bagi saya, Leen seorang yang sangat tabah. Dia suka berkongsi dengan temannya hinggakan pencuci mukanya habis dalam masa tidak sampai 2 bulan.

Kelas pertama Leen bersama saya adalah pada 25 September di ofis Mary Kay di mana Leen telah membawa 3 orang temannya. Mereka semua cacat pendengaran dan tidak boleh bertutur. Saya hanya memerhatikan Leen menyampaikan kelasnya dalam bahasa isyarat. Saya pula cuma menambahkan kekurangannya apabila perlu. Minggu seterusnya, Leen datang lagi ke ofis Mary Kay.



Leen menyampaikan dalam bahasa isyarat

Kali ini dia membawa 6 orang temannya yang semuanya cacat pendengaran juga. Tapi kali ini, saya menerangkan dan Leen menterjemahkan dalam bahasa isyarat. Saya sangat seronok apabila semua peserta menunjukkan riaksi positif. 3 daripada 6 peserta telah membuat pesanan 1 set penjagaan wajah dengan Leen, seorang telah memesan lipspa set dan salah seorang daripada mereka berhasrat untuk menjadi BC juga.

Saya amat bersyukur. Hasrat hati cuma ingin membantu Leen dan memberi peluang kepada kawan-kawannya mencuba sendiri produk nombor 1 di AS ini tetapi pada hari tersebut, saya melihat Leen sangat yakin dengan penampilannya. Lebih-lebih lagi apabila ada BC lain yang ingin menjemputnya untuk menyampaikan kelas dalam bahasa isyarat di persatuan mereka.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.

Kekurangan yang kita ada haruslah dijadikan kekuatan diri kita.
Saya tidak tahu bisnes apa di luar sana yang boleh disertai oleh wanita seperti Leen tetapi di Mary Kay, kami akan membantu sesiapa sahaja yang mahu berjaya, insyaAllah.

Jika anda rasa anda juga ingin mengubah diri anda dengan menyertai Crystal Swans unit, sila hubungi saya.

Love & Belief,
SD Hasni
Crystal Swans unit



Bersama peserta yang semuanya cacat pendengaran.