Tuesday, December 31, 2013


Selamat Tahun Baru semua!!
Moga tahun baru ini lebih baik dari sebelumnya.

Friday, December 27, 2013

Mengapa Mary Kay?

Semalam saya berpeluang untuk mendengar perkongsian dari seorang teman tentang bisnes yang sedang diceburinya.  Bidang yang seakan-akan sama dengan bidang saya juga.  Tetapi ada sedikit kelainannya.  Dan misinya.
Setelah mendengar perkongsiannya,  saya menjadi semakin sayangkan kerjaya saya di Mary Kay.

Mengapa?
Kerana misinya.  Kerana Golden Rules nya.  Dan kerana keutamaannya.

Bagi saya, wang ringgit bukanlah segalanya.  Sesuatu yang lebih berharga telah saya temui di Mary Kay.  Sesuatu yang tiada dijual di mana-mana.  Keyakinan diri.  Menjadi sumber inspirasi pada wanita yang saya temui.

Misi kami di Mary Kay adalah untuk memperkaya kehidupan wanita.  Kami percaya bahawa kami akan hanya menjadi kaya apabila kami berjaya memperkaya wanita lain.  Kejayaan konsultan saya adalah kejayaan saya.  Dan saya sentiasa berusaha untuk membantu setiap konsultan saya supaya mereka berjaya lebih daripada saya sendiri.

Jika anda inginkan kerjaya untuk perkembangan diri anda,  Mary Kay mungkin pilihan terbaik untuk anda!


Wanita Dan Bisnes Dari Rumah

Hari ini saya menjadi tetamu dalam segmen Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) khusus Biro Wanita dan Usahawan di Radio BERNAMA.

Kerana Mary Kay saya berpeluang bertemu dengan ramai kawan-kawan dari pelbagai bidang.
Kerana Mary Kay saya dapat berkongsi pengalaman dan ilmu dengan orangramai di sekeliling saya.

Topik kami tadi adalah Wanita dan Bisnes Dari Rumah.  Ya,  itulah yang saya buat sejak Jun 2012 lalu.

Satu topik yang sangat menarik dan sangat relevan di zaman dunia tanpa sempadan dan dunia di hujung jari ini.

Mengapa ianya menjadi pilihan saya?  Dan bagaimana ia dapat membantu anda?
Ada banyak sebab.  Antaranya:
Bisnes dari rumah memberi peluang kepada saya untuk mengatur hidup saya sendiri mengikut keperluan agama dan keluarga saya.  Saya boleh memilih untuk memulakan kerja selepas tugasan di rumah selesai.

Bisnes dari rumah menjadikan saya lebih berdisiplin.  Lebih bijak menguruskan masa.  Tiada stres.
Lebih banyak peluang untuk bersama keluarga terutamanya anak-anak yang semakin meningkat remaja.

Bisnes dari rumah sudah pastinya mengurangkan kos overhed.  Kos sewaan kedai memang tiada.  Kos menggaji pekerja juga boleh dikurangkan kecuali jika anda mempunyai Pembantu Peribadi atau PA.  Kos elektrik dapat dikurangkan.  Dan selain dari itu anda bebas untuk ke mana sahaja kerana tidak terikat dengan waktu perniagaan yang telah ditetapkan.

Tetapi bisnes dari rumah juga tidak lari dari pelbagai gangguan.  Yang pastinya akan menarik perhatian anda sekiranya anda kurang berdisiplin.  Anak-anak yang mungkin belum begitu faham tentang ibu yang sedang berkerja dari rumah.  Atau mungkin drama Korea yang tidak putus-putus ditayangkan di saluran 393.  Dan bagi saya,  yang paling tidak tahan adalah kerja-kerja rumah yang tidak pernah habis.  Tetapi semua ini boleh diatasi dengan adanya pembantu dan juga disiplin yang sangat kuat.

Walau apa pun kerjaya anda,  pastinya ada cabaran di mana-mana.  Anda perlulah pandai menangani semua masalah dan cabaran ini.

Bagi saya,  pilihlah bisnes yang sesuai dengan jiwa anda.  Carilah apa kekuatan anda.  Skil boleh diasah.
Jika anda memilih Mary Kay,  anda tidak perlu risau.  Kerana di Mary Kay,  kami akan melatih anda.  Ilmu juga percuma di Mary Kay.  Dan anda tidak keseorangan di Mary Kay.


Dalam pejabat Radio BERNAMA
  

Bersama DJ Jee.  Suaranya sangat merdu dan bicaranya sangat jelas.  Sedapnya suara Jee! 


Dalam konti bersama Puan Norni Osman yang membawa saya ke sini.  Terimakasih Norni kerana memberi peluang kepada saya hari ini


Friday, December 13, 2013

Di mana boleh saya dapatkan konsultasi Mary Kay secara PERCUMA?

Anda sedang mencari konsultan berhampiran dengan anda?
Jika anda berada di sekitar Lembah Kelang,  Petaling Jaya,  Shah Alam,  Sungai Buloh,  Kuala Lumpur atau Putrajaya,  saya sedia bertemu dengan anda untuk sesi facial secara percuma.  Saya juga bersedia untuk ke tempat anda kiranya anda berada di sekitar Kajang,  Seremban,  Bangi,  Tanjung Malim atau Ipoh.
Dan jika anda berada di sekitar Melaka,  Johor Bahru,  Kemaman,  Kuala Terenggau,  Besut,  Jerteh,  Kota Kinabalu,  Kota Belud,  Miri, Kota Bharu,  atau Pulau Pinang,  saya juga ada konsultan di sana yang boleh membantu anda secara percuma.

Apa yang penting,  anda puashati dengan servis kami. Saya akan cuba membantu anda mengatasi masalah jerawat,  jeragat,  parut bekas jerawat,  pori-pori kasar,  kulit kering atau berminyak dengan produk Mary Kay yang paling sesuai.

Jika anda inginkan kelas grooming atau bengkel kecantikan di tempat anda,  saya juga boleh membantu.

Jangan tunggu lagi.  Sila PM saya di 016-361 0628 sekarang juga.


Kelas penjagaan wajah di Putrajaya



Bengkel penjagaan wajah di Kota Bharu


Kami juga ada alat solek


Set penjagaan wajah yang kami guna dalam kelas



Lipstick Party di Putrajaya 

Wednesday, December 11, 2013

Dulu dan Sekarang

Melihatkan kepenatan suami yang terlelap di sofa selepas makan malam mengingatkan saya pada kenangan lama.  Sejak du tiga hari ini,  suami saya asyik pulang lewat.  Ada projek baru di pejabat,  katanya.  Dan seperti biasa,  pasti ada ketidakpuasan hati dengan sikap beberapa orang yang terlibat dalam projek terbarunya.

Suatu masa dulu saya juga seperti itu.  Meeting tak berhenti.  Dua tiga jam terbuang dengan perbalahan dan persoalan dari beberapa orang yang terlibat dengan projek.  Kemudian disambung dengan tugasan yang memang sedia menanti.  Pulang jarang sekali tepat jam 5:45 petang.  Pulang pada jam 7 malam bukan perkara aneh.  Kadang-kadang jam 9 malam.  Jika sudah lewat,  jangan harap dapat makan di rumah.  Pasti singgah di mana-mana kedai sekadar untuk mengisi perut.  Pulang ke rumah sudah kepenatan.  Tiada mood untuk melayan anak-anak yang sepanjang hari menanti kepulangan mama untuk mengadu tentang aktiviti mereka.

Tapi itu dulu.

Kini segalanya telah berubah. Saya adalah surirumah sepenuh masa dan juga seorang perunding kecantikan.  Tiada stres seperti waktu di Bank dahulu.  Saya boleh memilih waktu untuk berkerja dan waktu untuk bersama keluarga.  Saya boleh memilih untuk membeli belah luar dari waktu paling sesak.  Saya boleh memilih untuk keluar berkerja dan pulang sebelum trafik mula sesak.
Seronok bukan?

Itulah pilihan yang saya boleh buat di Mary Kay.

Anda bagaimana?

Sunday, December 8, 2013

Wajah saya

Wajah saya dahulu dan sekarang.


Ini wajah saya pada Disember 2009.  9 bulan selepas menggunakan TW  Miracle Set.


Dan ini pula wajah saya sekarang.  Oktober 2013.  


Future Area Retreat

Future Area Retreat terakhir untuk tahun 2013 ini baru sahaja berlangsung semalam di The Zon on the Park,  Kuala Lumpur.
Retreat yang dihadiri oleh 93 orang Mary Kay Beauty Consultants dan Sales Director dari Nafisah Future Area bertujuan untuk menggalakkan semua konsultan untuk mencapai impian memiliki sekurang-kurangnya sebentuk cincin berlian pada Seminar 2014 ini.
Sangat sangat teruja kerana pada Retreat kali ini,  saya telah sekali lagi diberi peluang untuk menjadi mentor.  Sungguh banyak yang ingin dikongsi.  Masa selama sejam sangatlah terhad.  Tetapi saya agak berpuas hati kerana berjaya berkongsi formula bagaimana caranya untuk mendapatkan cincin Court of Personal Sales.  Dan impian saya adalah untuk melihat konsultan yang hadir di Retreat semalam berjaya mendapatkan cincin berlian pertama mereka di Mary Kay.  Kejayaan mereka sesungguhnya adalah kejayaan saya juga.


Semua konsultan yang hadir bergambar kenangan bersama.  Ms Jayne Chen dan Ms Sharon Tai turut hadir di Retreat kami kali ini



Kesemua Beauty Consultant yang sungguh teruja untuk belajar.


Masing-masing sungguh bersemangat.  Hingga mentornya pun jadi bersemangat sama tau!


Ini adalah topik saya.  Gempak bukan?  Inilah cincin yang menjadi igauan semua konsultant yang hadir. 


Kenangan manis di pentas Seminar 2013 kembali di ingatan.  Dan semoga ianya menjadi sumber inspirasi pada semua yang hadir semalam.  Impian saya adalah untuk menjadi inspirasi pada semua wanita di keliling saya!


Sedang menyampaikan sedikit ilmu pada semua yang hadir.  Moga semua mendapat manfaat dari perkongsian saya ini.


Antara konsultan dari Ipoh yang sangat teruja untuk bertemu dengan saya.  Terimakasih Chimi kerana sudi belajar dengan kak has.  


Queen yang masih belum basi lagi hihi ..

Kepada semua konsultan yang hadir semalam,  kita semua bermula dengan tiada apa-apa.  Tetapi kita belajar dan berusaha.  Kita lakukan perkara yang sama.  Kita hadir ke ESRS,  Unit Meeting, kelas facial, pelbagai training dan kita juga melalui rintangan yang sama.  Bermakna jika saya boleh sampai ke tahap sekarang,  tiada bezanya dengan anda.  
Resepinya sangat mudah.  
Tanamkan impian anda.
Percaya pada diri anda.
Lakukan yang terbaik.
Jangan sesekali putus asa.
Berdoa dan tawakal lah.

If you CAN DREAM IT,  remember,  you CAN ACHIEVE IT!!


Mary Kay Pink Car Rally

Sempena dengan sambutan ulangtahun ke 50 Mary Kay,  Mary Kay Malaysia telah menganjurkan Pink Car Rally pada 5 Disember lepas.  Sebanyak 32 buah Mary Kay Pink Altis berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa untuk bergambar kenangan.  Sungguh teruja saya dibuatnya.  Sangat istimewa kan.

 


Antara Sales Director terawal yang tiba di lokasi penggambaran.


Bersama Pink Car kebanggaan saya!!


Bersusun Pink Car masing-masing


Bersama pemilik Pink Car dari Pam Forternberry-Slate Area


Cantik kan?  


Jurugambar profesional sedang beraksi


Semua 32 Sales Director bergambar kenangan bersama Pink Car kami


Sangat cantik!!  Gambar yang diambil oleh Jurugambar profesional,
David.  Yang juga suami kepada ESSD Polly



Selepas shooting,  kami dibawa ke Dome Cafe, The Intermark untuk makan tengahari.  Thank you Mary Kay!!


Bergambar kenangan bersama mentor saya

Sungguh istimewa kan?  Baru 4 tahun saya di Mary Kay,  tetapi pelbagai hadiah,  pencapaian dan penghargaan yang telah saya terima.  Wajah semakin cantik,  muda dan ceria.  Hati semakin berbunga-bunga.  
Saya sangat berbesar hati kiranya anda sudi memberi peluang kepada saya untuk berkongsi dengan anda tentang peluang di Mary Kay.
Jika saya yang dahulunya hanya seorang pekerja bank boleh memiliki semua ini,  mengapa tidak anda?

PM saya di 016-3610628 sekarang juga.