Retreat yang dihadiri oleh 93 orang Mary Kay Beauty Consultants dan Sales Director dari Nafisah Future Area bertujuan untuk menggalakkan semua konsultan untuk mencapai impian memiliki sekurang-kurangnya sebentuk cincin berlian pada Seminar 2014 ini.
Sangat sangat teruja kerana pada Retreat kali ini, saya telah sekali lagi diberi peluang untuk menjadi mentor. Sungguh banyak yang ingin dikongsi. Masa selama sejam sangatlah terhad. Tetapi saya agak berpuas hati kerana berjaya berkongsi formula bagaimana caranya untuk mendapatkan cincin Court of Personal Sales. Dan impian saya adalah untuk melihat konsultan yang hadir di Retreat semalam berjaya mendapatkan cincin berlian pertama mereka di Mary Kay. Kejayaan mereka sesungguhnya adalah kejayaan saya juga.
Semua konsultan yang hadir bergambar kenangan bersama. Ms Jayne Chen dan Ms Sharon Tai turut hadir di Retreat kami kali ini
Kesemua Beauty Consultant yang sungguh teruja untuk belajar.
Masing-masing sungguh bersemangat. Hingga mentornya pun jadi bersemangat sama tau!
Ini adalah topik saya. Gempak bukan? Inilah cincin yang menjadi igauan semua konsultant yang hadir.
Kenangan manis di pentas Seminar 2013 kembali di ingatan. Dan semoga ianya menjadi sumber inspirasi pada semua yang hadir semalam. Impian saya adalah untuk menjadi inspirasi pada semua wanita di keliling saya!
Sedang menyampaikan sedikit ilmu pada semua yang hadir. Moga semua mendapat manfaat dari perkongsian saya ini.
Antara konsultan dari Ipoh yang sangat teruja untuk bertemu dengan saya. Terimakasih Chimi kerana sudi belajar dengan kak has.
Queen yang masih belum basi lagi hihi ..
Kepada semua konsultan yang hadir semalam, kita semua bermula dengan tiada apa-apa. Tetapi kita belajar dan berusaha. Kita lakukan perkara yang sama. Kita hadir ke ESRS, Unit Meeting, kelas facial, pelbagai training dan kita juga melalui rintangan yang sama. Bermakna jika saya boleh sampai ke tahap sekarang, tiada bezanya dengan anda.
Resepinya sangat mudah.
Tanamkan impian anda.
Percaya pada diri anda.
Lakukan yang terbaik.
Jangan sesekali putus asa.
Berdoa dan tawakal lah.
If you CAN DREAM IT, remember, you CAN ACHIEVE IT!!
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya