Tuesday, October 23, 2012

Sharing is Caring

Blog ini dibina sekadar untuk berkongsi.
Berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang ada sepanjang kerjaya saya di Mary Kay.  Ianya mungkin berbeza dengan pengalaman anda.
Tak salah untuk anda jadikan ia sebagai panduan.  Tetapi saya minta sangat,  kalau nak copy mana-mana posting,  sila letak nama SD Hasni ya .. ini untuk mengelakkan daripada prasangka pembaca ya ..
Saya amat berbesar hati kiranya mana-mana maklumat di sini dapat membantu anda sedikit sebanyak samada dalam kerjaya anda sebagai Perunding Kecantikan mahupun sebagai pengguna.
Jika anda masih tercari-cari faktor kenapa Mary Kay dan bukannya jenama lain yang lebih terkenal, saya harap anda temui di sini.
Jika anda masih tertanya-tanya kenapa kerjaya sebagai Perunding Kecantikan dan bukannya kerjaya lain yang lebih glamor,  jawapannya mungkin anda nampak sendiri di sini.
Apa pun, saya berharap kita akan bertemu suatu hari nanti.  Samada di bengkel kecantikan,  unit meeting,  Seminar atau di mana sahaja.  Untuk kita mengenali lebih rapat lagi ya!!

Bengkel Penjagaan Wajah Mary Kay di Kuala Lumpur

Bengkel Kecantikan di Kuala Lumpur kini kembali lagi!!
Asyik ke luar kota saja sejak akhir-akhir ini kan?  Pada 4 November ini,  saya akan kembali bersama wanita sekitar Kuala Lumpur untuk sesi memanjakan diri ...
Seperti biasa, semua peralatan disediakan dan hadiah menarik untuk yang hadir bersama 2 orang teman ya ..

Sila PM saya secepat mungkin untuk tempahan!!


Bengkel Kecantikan di Kota Bharu

Di atas permintaan ramai,  kami akan mengadakan lagi Bengkel Penjagaan wajah Mary Kay di Kota Bharu pada 3 November ini.
Tempat sangatlah terhad.
Jadi sila PM saya do 016-361 0628 segera untuk tempahan.

Semua peralatan disediakan.  Dan jika anda bawa bersama 2 orang teman bersama anda,  ada hadiah istimewa daripada saya!!

Sunday, October 21, 2012

Bengkel Kecantikan di UNISZA

Tanggal 18 Oktober,  saya telah ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) pula.
Pada mulanya,  saya telah menghubungi teman lama di UNISZA untuk menyewa dewan bagi mengadakan bengkel kecantikan khas buat kawan-kawan sekitar bandaraya Kuala Terengganu.
Kebetulan pula,  pihak UNISZA sedang mencari tenaga pengajar bagi mengadakan kursus latihan jangka pendek buat staf wanita mereka.  Lalu mereka menawarkan kerjasama antara UNISZA dan saya.  Apalagi,  bagai pucuk dicita ulam mendatang lah.
Seramai 50 orang staf telah menyertai bengkel penjagaan wajah yang telah kami adakan pada hari tersebut.  Masing-masing
teruja di sepanjang kelas.  Masing-masing pulang dengan wajah cantik berseri dengan mekap yang sangat tipis.
Dan lebih terharu lagi apabila mereka menawarkan untuk menjemput kami lagi di masa terdekat.

Terimakasih kepada semua staf UNISZA yang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut.

 
Antara peserta yang terlibat.  Masing-masing begitu asyik mendengar ..
 


Dan antara peserta yang terakhir meninggalkan dewan kuliah

Bengkel Kecantikan di HUSM

11 Oktober lepas merupakan hari yang sangat istimewa.
Saya telah dijemput untuk mengadakan bengkel kecantikan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,  Kota Bharu.
Tujuan asal saya adalah untuk berkongsi ilmu tentang penjagaan wajah cara Mary Kay bersama wanita-wanita prihatin di sana.  Dan juga,  untuk membantu rakan-rakan Perunding Kecantikan melebarkan sayap mereka.  Alhamdulillah,  seramai 46 orang peserta yang terdiri daripada jururawat,  pelajar dan doktor telah menghadirkan diri.  Pada mulanya seramai 90 orang telah mendaftar tetapi disebabkan kekangan masa,  ramai jururawat terpaksa menarik diri.  Walau bagaimanapun,  peserta yang hadir sangat-sangat sporting.  Hampir kesemua mereka memberikan kami nama 10 orang rakan mereka untuk dijemput ke kelas berikutnya.
Semua pulang dengan wajah cantik berseri dan keseronokan terpancar di wajah masing-masing.  Apakan tidak,  ilmu dah dapat.  Produk pun dapat dicuba.  Ada yang pulang dengan sampel.  Ramai yang pulang dengan hadiah cabutan bertuah berupa produk Mary Kay.
Kepada penganjur .. terimakasih tidak terhingga saya ucapkan. Hadiah Satinhands Pampering set yang kami berikan tu pun tak cukup untuk membalas jasamu.
Kepada HUSM .. saya harap ilmu yang kami kongsikan ini  dapat memberi manfaat kepada semua.
Kepada wanita istimewa yang telah hadir ke bengkel kami .. anda sememangnya yang terbaik!
Kami bangga kerana terpilih untuk bersama anda semua.
Dan kami bersyukur kerana semua urusan dipermudahkan oleh Allah.

Kepada yang berminat untuk mengadakan kelas kecantikan seperti ini,  sila hubungi saya ya ..


Poster iklan Bengkel Kecantikan
 
Penceramah Imam Muda Ustaz Asyraf.  Sungguh petah beliau berceramah

 
Sebahagian peserta bengkel kecantikan

Saturday, October 13, 2012

Jerawat vs Remaja

Bulan Ramadhan lepas,  sahabat lama saya mengadu tentang masalah jerawat anak remajanya yang baru berusia 14 tahun.  Sering diejek di sekolah kerana masalah jerawatnya yang agak teruk hingga bagai berkudis.  Lalu saya cadangkan jalan penyelesaiannya.  Jerawat bukanlah suatu masalah pelik di kalangan remaja.  Tetapi ianya boleh diatasi atau dikurangkan dengan penjagaan yang betul dan penggunaan produk yang sesuai.

Ini adalah nasihat saya padanya.
Pencuci dari set Acne-Prone set
Masker dari Botanical set
Pelembap dari Botanical set
Dan Acne-Prone Spot Solution

Hasilnya,  pada pagi Raya lepas,  jerawat sudah berkurangan dan masing-masing ceria di pagi Raya.
Minggu lepas,  ibunya memberitahu saya,  jerawat anaknya masih ada,  tapi lebih terkawal.  Cuma tumbuh sekali sekala .. menandakan kulit wajah yang sihat.  Jerawat masih keluar sekali sekala menandakan proses pembuangan toksin dan minyak berlebihan adalah normal.

Sunday, October 7, 2012

Bengkel Kecantikan di Kuala Terengganu

Saya akan berada di Kuala Terengganu pada 19 Oktober ini untuk kelas penjagaan wajah dan solekan asas.
Jika anda berminat,  sila SMS ke 016-361 0628 sebelum 15 Oktober ini untuk tempahan.  Tempat adalah tersangat terhad.

Tuesday, October 2, 2012

Bengkel Kecantikan di Kuantan

Saya akan berada di Kuantan Sabtu ini untuk kelas penjagaan wajah dan mekap asas.  Jom kita ke sana ya!


Dan nantikan kehadiran saya di Kuala Terengganu pada November ini ya!

Monday, October 1, 2012

Ingin menjadi Beauty Consultant?


Karier apakah yang paling mudah di dunia ini?  Tetapi lumayan?
Jawapannya,  tiada.  Tiada kerjaya yang mudah pun di dunia ini.  Tetapi,  jika anda rajin belajar,  sukakan orang di sekeliling anda,  anda boleh mencuba karier di Mary Kay!
Pernah dengar konsep P & L?  Dalam perniagaan lain ianya bermaksud Profit & Loss.  Tetapi di Mary Kay,  ia bermakna People & Love.
Saya sedang mencari wanita-wanita yang ingin memperbaiki penampilan diri mereka dan yang ingin memperbaiki ekonomi keluarga mereka untuk sama-sama membina karier di Mary Kay.
Mary Kay bukanlah sekadar mekap.
Ianya tentang kepercayaan kepada Tuhan,  keluarga dan masyarakat di sekeliling anda!
Jika anda berminat untuk menyertai keluarga kami di Mary Kay,  sila hubungi saya di 016-3610628.
 
 

Bedak asas : Pentingkah ia?

Bedak asas atau foundation.  Mengapa ianya penting?
Ianya bukan sekadar mekap tetapi ianya bertindak sebagai pelindung kulit wajah anda.  Ia tiada SPF, jadi ia bukannya pelindung sinar UV.  Tetapi tahukah anda,  persekitaran anda penuh dengan asap dan habuk?  Yang tidak kelihatan dengan mata kasar?  Apa akan terjadi jika ia melekat terus pada kulit wajah anda yang tiada pelindung?  Wajah akan dipenuhi kotoran dan boleh menyebabkan tanda seperti tompokan hitam pada wajah dan jika tidak dibersihkan dengan betul akan menyebabkan kekusaman.
Tahukan anda,  Mary Kay TimeWise Liquid foundation boleh menjadikan kulit wajah anda kelihatan sekata,  licin dan cantik berseri secara semulajadi sebaik saja ianya disapu pada wajah anda?
Dan tahukah anda Mary Kay TimeWise Liquid foundation ini boleh menutup cela dan juga garis halus pada wajah anda?
Ianya sangat ringan dan paling penting,  tidak menutup pori-pori anda juga.  Mengapa penting sesuatu bedak asas itu tidak menutup pori-pori?  Tahukan anda salah satu penyebab terjadinya whitehead?  Kerana mekap yang menutup pori-pori lah.
Apa kata anda hubungi BC anda untuk mencubanya.
Atau jika anda tidak pernah menghubungi mana-mana Beauty Consultant,  sila hubungi saya untuk mencuba sendiri foundation ini ya.
Ada banyak yang ingin saya kongsikan tentang foundation ini,  dari segi penyapuannya,  dari segi campurannya dan bagaimana ia boleh tampak lebih cantik pada wajah anda!

Spa Kaki

Pernahkah anda idamkan kaki secantik kaki Era Fazira?
Saya masih ingat satu iklan di mana pelakon terkenal Era Fazira menayangkan tumitnya yang cantik dan bersih.  Alangkah cantiknya kakinya.  Tetapi saya bukan termasuk dalam golongan yang suka meluangkan masa untuk ke spa semata-mata untuk melakukan spa kaki!  Dan apabila Mary Kay Malaysia melancarkan set penjagaan kaki ini,  saya tidak melepaskan peluang untuk membeli dan mencubanya sendiri di rumah. 
Sangat mudah untuk melakukannya sendiri di rumah.  Sangat murah.  Dan hasilnya pula sangat tidak mengecewakan.
Cuma rendamkan kaki di dalambesen angin yang diberi bersama set ini,  masukkan tablet sebanyak 2 biji,  urut dan bilas.  Mudah bukan?
Set ini sangat menjimatkan. 
Cubalah ya!