Tuesday, October 23, 2012

Sharing is Caring

Blog ini dibina sekadar untuk berkongsi.
Berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang ada sepanjang kerjaya saya di Mary Kay.  Ianya mungkin berbeza dengan pengalaman anda.
Tak salah untuk anda jadikan ia sebagai panduan.  Tetapi saya minta sangat,  kalau nak copy mana-mana posting,  sila letak nama SD Hasni ya .. ini untuk mengelakkan daripada prasangka pembaca ya ..
Saya amat berbesar hati kiranya mana-mana maklumat di sini dapat membantu anda sedikit sebanyak samada dalam kerjaya anda sebagai Perunding Kecantikan mahupun sebagai pengguna.
Jika anda masih tercari-cari faktor kenapa Mary Kay dan bukannya jenama lain yang lebih terkenal, saya harap anda temui di sini.
Jika anda masih tertanya-tanya kenapa kerjaya sebagai Perunding Kecantikan dan bukannya kerjaya lain yang lebih glamor,  jawapannya mungkin anda nampak sendiri di sini.
Apa pun, saya berharap kita akan bertemu suatu hari nanti.  Samada di bengkel kecantikan,  unit meeting,  Seminar atau di mana sahaja.  Untuk kita mengenali lebih rapat lagi ya!!

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya