Sunday, August 31, 2014

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Salam Kemerdekaan yang ke-57!!
Malam tadi jiran saya mengadakan jamuan sempena kemerdekaan.  Saya amat bertuah kerana menjadi tetamunya.  Dapat makan-makan dan semestinya berkenalan dengan tuan rumah dan jiran selorong dengan rumah saya.
Semalam saya dapat berkenalan dengan Rick dan Lu Wernz. Warga Amerika yang telah menetap di sini selama 3 tahun. Lu berasal dari Filipina. Sangat ramah orangnya. Lu pandai berbahasa Melayu dan dia punya Pembantu Bahasa.
Banyak yang kami bualkan. Dari kisah pengajian saya di Washington hingga akhirnya ke kisah Mary Kay. Lu pernah ditawarkan produk Mary Kay oleh Pembantu Bahasanya. Tetapi dia menolak dengan alasan mahal. Tetapi ketika saya bercerita dengannya perihal Mary Kay dan saya, dia nampak sangat-sangat berminat. Mungkin mata saya kelihatan bersinar-sinar ketika bercerita? Atau dia nampak kulit saya bercahaya sehingga memikat hatinya? Hahaha .. apa pun yang dia nampak, saya rasa dia terpikat kerana keramahan dan keghairahan saya berkongsi kebaikan Mary Kay bersamanya.
Sekarang Lu pastinya menantikan panggilan saya untuk mencuna sendiri produk Mary Kay pada wajahnya.
Alhamdulillah. Mudahnya kerjaya ini kan?

Friday, August 29, 2014

Saya mahu ke Macau!!

Saya mahu ke Macau!!
Saya gelar Macau bandaraya lampu.  Sungguh cantik. 
Macau bandaraya kasino.  Tapi itu bukan destinasi saya.

Saya mahu ke Macau untuk belajar. Ya! Belajar dari mentor-mentor hebat di Mary Kay China. Mereka bukan calang-calang orang. Mereka adalah National Sales Director dan pencapai hebat di China.
Tahun ini Mary Kay Malaysia telah melancarkan cabaran ke China Leadership Conference.  Syaratnya adalah setiap Sales Director perlu melahirkan 20 orang Star Consultant selama 2 suku penggal bermula Mac lepas.  Ini untuk memastikan setiap Pengarah Jualan melahirkan Perunding Jualan yang berkualiti. Ia untuk menjamin Perunding Kecantikan mereka berjaya menjana pendapatan yang maksimum. Saya amat bersyukur kerana Allah mengurniakan saya konsultan yang sangat komited.  Laluan kami bagai dipermudahkan.  Semestinya niat kami untuk membantu keluargalah yang mendorong kejayaan ini.

Macau .. tunggu kedatanganku!

Senyum dan Yakinlah dengan diri anda

Anda suka senyum?
Anda suka melihat senyuman?

Kini saya suka tersenyum. Hanya pada wanita dan anak-anak sahaja tau .. Dan saya tahu lesung pipit saya mudah menarik perhatian orang di sekeliling saya.

Apa yang membuat seseorang itu mudah tersenyum dan lebih mesra? Jawapan saya kerana keyakinan dirinya. 

Kalau dulu, tiap kali keluar berjalan-jalan, saya akan cuba mengelak untuk memandang wajah orang di sekeliling saya. Kerana saya malu dan sentiasa berasa rendah diri. Tetapi kini saya lebih pemurah dengan senyuman. Dan lebih mudah memulakan bicara dengan wanita atau anak-anak yang saya temui kerana keyakinan diri sudah semakin tinggi dalam diri ini.  Bila wajah sudah bertambah cantik berseri, dan imej pula semakin anggun menarik,  pastinya kita akan berasa bangga dan sayangkan diri kita sendiri. Anda setuju dengan saya?
Pada adik-adik dan cik-cik puan yang mahu berubah kerana sayangkan diri anda, saya dengan rela hati akan membantu semampunya. Dan semestinya kita mulakan dengan wajah. Wajah adalah aset yang sangat penting kerana ia diperlukan setiap kali kita bersemuka dengan orang ramai. Kemudian kita akan ke imej pula.