Anda suka senyum?
Anda suka melihat senyuman?
Anda suka melihat senyuman?
Kini saya suka tersenyum. Hanya pada wanita dan anak-anak sahaja tau .. Dan saya tahu lesung pipit saya mudah menarik perhatian orang di sekeliling saya.
Apa yang membuat seseorang itu mudah tersenyum dan lebih mesra? Jawapan saya kerana keyakinan dirinya.
Kalau dulu, tiap kali keluar berjalan-jalan, saya akan cuba mengelak untuk memandang wajah orang di sekeliling saya. Kerana saya malu dan sentiasa berasa rendah diri. Tetapi kini saya lebih pemurah dengan senyuman. Dan lebih mudah memulakan bicara dengan wanita atau anak-anak yang saya temui kerana keyakinan diri sudah semakin tinggi dalam diri ini. Bila wajah sudah bertambah cantik berseri, dan imej pula semakin anggun menarik, pastinya kita akan berasa bangga dan sayangkan diri kita sendiri. Anda setuju dengan saya?
Pada adik-adik dan cik-cik puan yang mahu berubah kerana sayangkan diri anda, saya dengan rela hati akan membantu semampunya. Dan semestinya kita mulakan dengan wajah. Wajah adalah aset yang sangat penting kerana ia diperlukan setiap kali kita bersemuka dengan orang ramai. Kemudian kita akan ke imej pula.
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya