Saya telah dijemput untuk mengadakan bengkel kecantikan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.
Tujuan asal saya adalah untuk berkongsi ilmu tentang penjagaan wajah cara Mary Kay bersama wanita-wanita prihatin di sana. Dan juga, untuk membantu rakan-rakan Perunding Kecantikan melebarkan sayap mereka. Alhamdulillah, seramai 46 orang peserta yang terdiri daripada jururawat, pelajar dan doktor telah menghadirkan diri. Pada mulanya seramai 90 orang telah mendaftar tetapi disebabkan kekangan masa, ramai jururawat terpaksa menarik diri. Walau bagaimanapun, peserta yang hadir sangat-sangat sporting. Hampir kesemua mereka memberikan kami nama 10 orang rakan mereka untuk dijemput ke kelas berikutnya.
Semua pulang dengan wajah cantik berseri dan keseronokan terpancar di wajah masing-masing. Apakan tidak, ilmu dah dapat. Produk pun dapat dicuba. Ada yang pulang dengan sampel. Ramai yang pulang dengan hadiah cabutan bertuah berupa produk Mary Kay.
Kepada penganjur .. terimakasih tidak terhingga saya ucapkan. Hadiah Satinhands Pampering set yang kami berikan tu pun tak cukup untuk membalas jasamu.
Kepada HUSM .. saya harap ilmu yang kami kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Kepada wanita istimewa yang telah hadir ke bengkel kami .. anda sememangnya yang terbaik!
Kami bangga kerana terpilih untuk bersama anda semua.
Dan kami bersyukur kerana semua urusan dipermudahkan oleh Allah.
Kepada yang berminat untuk mengadakan kelas kecantikan seperti ini, sila hubungi saya ya ..
Poster iklan Bengkel Kecantikan
Penceramah Imam Muda Ustaz Asyraf. Sungguh petah beliau berceramah
Sebahagian peserta bengkel kecantikan
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya