Monday, October 1, 2012

Spa Kaki

Pernahkah anda idamkan kaki secantik kaki Era Fazira?
Saya masih ingat satu iklan di mana pelakon terkenal Era Fazira menayangkan tumitnya yang cantik dan bersih.  Alangkah cantiknya kakinya.  Tetapi saya bukan termasuk dalam golongan yang suka meluangkan masa untuk ke spa semata-mata untuk melakukan spa kaki!  Dan apabila Mary Kay Malaysia melancarkan set penjagaan kaki ini,  saya tidak melepaskan peluang untuk membeli dan mencubanya sendiri di rumah. 
Sangat mudah untuk melakukannya sendiri di rumah.  Sangat murah.  Dan hasilnya pula sangat tidak mengecewakan.
Cuma rendamkan kaki di dalambesen angin yang diberi bersama set ini,  masukkan tablet sebanyak 2 biji,  urut dan bilas.  Mudah bukan?
Set ini sangat menjimatkan. 
Cubalah ya!
 

No comments:

Post a Comment