Friday, December 27, 2013

Mengapa Mary Kay?

Semalam saya berpeluang untuk mendengar perkongsian dari seorang teman tentang bisnes yang sedang diceburinya.  Bidang yang seakan-akan sama dengan bidang saya juga.  Tetapi ada sedikit kelainannya.  Dan misinya.
Setelah mendengar perkongsiannya,  saya menjadi semakin sayangkan kerjaya saya di Mary Kay.

Mengapa?
Kerana misinya.  Kerana Golden Rules nya.  Dan kerana keutamaannya.

Bagi saya, wang ringgit bukanlah segalanya.  Sesuatu yang lebih berharga telah saya temui di Mary Kay.  Sesuatu yang tiada dijual di mana-mana.  Keyakinan diri.  Menjadi sumber inspirasi pada wanita yang saya temui.

Misi kami di Mary Kay adalah untuk memperkaya kehidupan wanita.  Kami percaya bahawa kami akan hanya menjadi kaya apabila kami berjaya memperkaya wanita lain.  Kejayaan konsultan saya adalah kejayaan saya.  Dan saya sentiasa berusaha untuk membantu setiap konsultan saya supaya mereka berjaya lebih daripada saya sendiri.

Jika anda inginkan kerjaya untuk perkembangan diri anda,  Mary Kay mungkin pilihan terbaik untuk anda!


No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya