Friday, December 27, 2013

Wanita Dan Bisnes Dari Rumah

Hari ini saya menjadi tetamu dalam segmen Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) khusus Biro Wanita dan Usahawan di Radio BERNAMA.

Kerana Mary Kay saya berpeluang bertemu dengan ramai kawan-kawan dari pelbagai bidang.
Kerana Mary Kay saya dapat berkongsi pengalaman dan ilmu dengan orangramai di sekeliling saya.

Topik kami tadi adalah Wanita dan Bisnes Dari Rumah.  Ya,  itulah yang saya buat sejak Jun 2012 lalu.

Satu topik yang sangat menarik dan sangat relevan di zaman dunia tanpa sempadan dan dunia di hujung jari ini.

Mengapa ianya menjadi pilihan saya?  Dan bagaimana ia dapat membantu anda?
Ada banyak sebab.  Antaranya:
Bisnes dari rumah memberi peluang kepada saya untuk mengatur hidup saya sendiri mengikut keperluan agama dan keluarga saya.  Saya boleh memilih untuk memulakan kerja selepas tugasan di rumah selesai.

Bisnes dari rumah menjadikan saya lebih berdisiplin.  Lebih bijak menguruskan masa.  Tiada stres.
Lebih banyak peluang untuk bersama keluarga terutamanya anak-anak yang semakin meningkat remaja.

Bisnes dari rumah sudah pastinya mengurangkan kos overhed.  Kos sewaan kedai memang tiada.  Kos menggaji pekerja juga boleh dikurangkan kecuali jika anda mempunyai Pembantu Peribadi atau PA.  Kos elektrik dapat dikurangkan.  Dan selain dari itu anda bebas untuk ke mana sahaja kerana tidak terikat dengan waktu perniagaan yang telah ditetapkan.

Tetapi bisnes dari rumah juga tidak lari dari pelbagai gangguan.  Yang pastinya akan menarik perhatian anda sekiranya anda kurang berdisiplin.  Anak-anak yang mungkin belum begitu faham tentang ibu yang sedang berkerja dari rumah.  Atau mungkin drama Korea yang tidak putus-putus ditayangkan di saluran 393.  Dan bagi saya,  yang paling tidak tahan adalah kerja-kerja rumah yang tidak pernah habis.  Tetapi semua ini boleh diatasi dengan adanya pembantu dan juga disiplin yang sangat kuat.

Walau apa pun kerjaya anda,  pastinya ada cabaran di mana-mana.  Anda perlulah pandai menangani semua masalah dan cabaran ini.

Bagi saya,  pilihlah bisnes yang sesuai dengan jiwa anda.  Carilah apa kekuatan anda.  Skil boleh diasah.
Jika anda memilih Mary Kay,  anda tidak perlu risau.  Kerana di Mary Kay,  kami akan melatih anda.  Ilmu juga percuma di Mary Kay.  Dan anda tidak keseorangan di Mary Kay.


Dalam pejabat Radio BERNAMA
  

Bersama DJ Jee.  Suaranya sangat merdu dan bicaranya sangat jelas.  Sedapnya suara Jee! 


Dalam konti bersama Puan Norni Osman yang membawa saya ke sini.  Terimakasih Norni kerana memberi peluang kepada saya hari ini


No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya