Suatu masa dulu saya juga seperti itu. Meeting tak berhenti. Dua tiga jam terbuang dengan perbalahan dan persoalan dari beberapa orang yang terlibat dengan projek. Kemudian disambung dengan tugasan yang memang sedia menanti. Pulang jarang sekali tepat jam 5:45 petang. Pulang pada jam 7 malam bukan perkara aneh. Kadang-kadang jam 9 malam. Jika sudah lewat, jangan harap dapat makan di rumah. Pasti singgah di mana-mana kedai sekadar untuk mengisi perut. Pulang ke rumah sudah kepenatan. Tiada mood untuk melayan anak-anak yang sepanjang hari menanti kepulangan mama untuk mengadu tentang aktiviti mereka.
Tapi itu dulu.
Kini segalanya telah berubah. Saya adalah surirumah sepenuh masa dan juga seorang perunding kecantikan. Tiada stres seperti waktu di Bank dahulu. Saya boleh memilih waktu untuk berkerja dan waktu untuk bersama keluarga. Saya boleh memilih untuk membeli belah luar dari waktu paling sesak. Saya boleh memilih untuk keluar berkerja dan pulang sebelum trafik mula sesak.
Seronok bukan?
Itulah pilihan yang saya boleh buat di Mary Kay.
Anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya