Saya terpilih menjadi mentor untuk kali ke-4 di acara tahunan Mary Kay yang paling berprestij.
LC kali ini disertai oleh lebih dari 500 orang Pengarah Jualan (SD) dari Malaysia. Dan lebih 150 orang Pengarah Jualan dari Mary Kay Philippines, Australia, New Zealand dan Singapura.
Ada 750 orang semuanya.
Bila terima jemputan untuk jadi mentor hati saya berbunga-bunga. Tersenyum simpul di Coffeebean.
Saya tahu ia bukan tugasan yang mudah.
Bayangkan, saya perlu mengajar Sales Director yang bukan calang-calang orang nya. Dan dalam bahasa Inggeris pula.
Wow .. Mencabar sungguh.
Tetapi saya tak mudah mengalah. Takkan ku tolak rezeki ini. Ia peluang yang dinantikan oleh semua SD walaupun masing-masing ada kekangan tersendiri.
Dengan tunjuk ajar kak Suzi, saya mulakan penulisan. Draf pertama ditolak. Kerana terlalu mendatar. Tak cukup penghayatan. Draf kedua semakin bagus. Dapat pujian lagi .. Inspiring and very sharp, kata kak Suzi. Sangat detail, bak kata kak Suzi, saya ni perfectionist. Hihi .. Saya rasa itulah kelebihan saya yang boleh dikira positif.
Memang nervous. Tapi saya sangat enjoy.
Kata orang saya sangat cool. Memang dari dulu saya tak benarkan orang nampak apa dalam hati saya.
Dan paling happy, ramai yang tak percaya bila saya kata itu adalah sharings pertama saya dalam bahasa Inggeris.
Habis tu.. Dah prepare habis kan. Dah berulang kali baca hingga boleh hafal.
Itulah transformasi saya di Mary Kay.
Dari seorang yang penakut dan pemalu, sekarang saya sudah mampu bercakap di atas pentas.
Jika anda seorang yang tiada keyakinan, carilah saya. Carilah Mary Kay. Kerana saya dan Mary Kay boleh bantu anda berubah ke arah kebaikan. Dengan izin Allah.
Kenangan jadi mentor |
Rasa macamana bila orang Australia pun menyalin nota sama hihi |
Some of my achievements |
My mentor Kami berdua dapat jadi mentor kali ini |
Kesemua mentor yang bekongsi malam ini |
My best GM. Ms Khor Lee Fan |
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya