Thursday, March 19, 2020
To Foundation or Not To Foundation?
Monday, October 1, 2012
Bedak asas : Pentingkah ia?
Ianya bukan sekadar mekap tetapi ianya bertindak sebagai pelindung kulit wajah anda. Ia tiada SPF, jadi ia bukannya pelindung sinar UV. Tetapi tahukah anda, persekitaran anda penuh dengan asap dan habuk? Yang tidak kelihatan dengan mata kasar? Apa akan terjadi jika ia melekat terus pada kulit wajah anda yang tiada pelindung? Wajah akan dipenuhi kotoran dan boleh menyebabkan tanda seperti tompokan hitam pada wajah dan jika tidak dibersihkan dengan betul akan menyebabkan kekusaman.
Tahukan anda, Mary Kay TimeWise Liquid foundation boleh menjadikan kulit wajah anda kelihatan sekata, licin dan cantik berseri secara semulajadi sebaik saja ianya disapu pada wajah anda?
Dan tahukah anda Mary Kay TimeWise Liquid foundation ini boleh menutup cela dan juga garis halus pada wajah anda?
Ianya sangat ringan dan paling penting, tidak menutup pori-pori anda juga. Mengapa penting sesuatu bedak asas itu tidak menutup pori-pori? Tahukan anda salah satu penyebab terjadinya whitehead? Kerana mekap yang menutup pori-pori lah.
Apa kata anda hubungi BC anda untuk mencubanya.
Atau jika anda tidak pernah menghubungi mana-mana Beauty Consultant, sila hubungi saya untuk mencuba sendiri foundation ini ya.
Ada banyak yang ingin saya kongsikan tentang foundation ini, dari segi penyapuannya, dari segi campurannya dan bagaimana ia boleh tampak lebih cantik pada wajah anda!
Wednesday, July 11, 2012
Her World Beauty Awards Winners
Bagi mereka yang mementingkan penjagaan tubuh badan, Deo Body Spritzer ini adalah salah satu daripada tiga produk dalam set penjagaan badan Mary Kay. Tiga produk itu adalah Loofah Body Cleanser yang bertindak sebagai pembersih tubuh badan yang membuang sel-sel kulit mati dan sebarang kesan jerawat terutama di bahagian belakang tubuh badan, Deo Body Spritzer yang bertindak dengan memerangkap molekul-molekul bau busuk pada tubuh badan dan Body Lotion yang bertindak untuk melembap dan melembutkan kulit. Hasilnya, tubuh badan yang licin, lembut dan sentiasa harum dan segar sepanjang hari. Bagi saya, ianya satu kepuasan menyentuh kulit badan seperti ini.
Sebelum mengenali Mary Kay, lipgloss atau pengilat bibir bukanlah produk kesukaan saya. Mengapa? Kerana kebanyakan lipgloss yang saya cuba sebelum ini sangat mengeringkan bibir saya yang sering bermasalah. Sejarah bibir saya dulu memang sangat buruk. Ianya sangat kering dan sering mengelupas dan ada kalanya hingga luka dibuatnya.
Tetapi kini lipgloss adalah antara produk mekap yang saya gunakan sebagai rutin. Ianya tidaklah terlalu berkilat dan ianya tidak mengeringkan bibir saya. Hasil selepas mengenakan lipgloss ini, bibir tampak lebih penuh dan cantik.
Dan alis mata atau eyeliner Mary Kay, sangat lembut. Perlu anda tahu, mata adalah bahagian di wajah yang paling sensitif dan hati-hati dalam memilih produk kecantikan dan mekap untuk bahagian ini. Mekap mata yang susah dicuci boleh menyebabkan kedutan awal. Dengan Mary Kay eyeliner, ianya sangat lembut hingga boleh dilukis betul-betul pada akar bulu mata. Dan ianya juga mudah dicuci jadi jika anda akan ke majlis yang bakal dipenuhi dengan airmata, sila elakkan eyeliner ini ya. Untuk majlis suka ria, ini sangat sesuai bagi menyerlahkan lagi kecantikan mata anda.
Hydrating gel mask sangat bagus terutama bagi mereka yang bermasalah kulit kering dan mereka yang selalu duduk di dalam bilik yang berhawa dingin. Harganya jauh lebih rendah tetapi hasilnya sangat memberangsangkan. Ini adalah satu-satunya masker Mary Kay yang boleh dibawa tidur bersama. Kesannya dapat dilihat terus pada keesokan harinya.
Ini adalah produk kesukaan saya ... dulu saya memang sukakan mekap tetapi saya sering bermasalah tidak tahu memilih mana yang sesuai dan tidak tahu cara menggunakannya. Tetapi dengan Lash Love Mascara, semua orang boleh mendapatkan bulu mata yang panjang, lebat dan lentik dengan mudahnya. Tidak perlu lagi bulu mata palsu atau eye lash extension. Selain dari fungsi mencantikkan ini, mascara ini juga mengandungi bahan untuk merawat bulu mata juga bagi mendapatkan bulu mata yang sihat.
Ini adalah antara produk terbaru Mary Kay! Fungsinya lebih daripada hanya sebagai Toner. Ia membersihkan sisa-sisa mekap yang mungkin masih lagi tertinggal selepas wajah dicuci, ia menghaluskan pori-pori dan ia juga melembutkan kulit wajah anda. Hasilnya, kulit wajah yang bersih, halus dan lembut dan anjal. Bukankah itu yang kita semua impikan?
Saturday, October 3, 2009
Wajah Terbaru
Kulit terasa lebih lembap, lebih anjal, lebih gebu dan garis-garis halus semakin hilang. Jeragat juga semakin mencerah.
Tiap kali bersolek, saya cuma perlu menyapukan sedikit foundation dan bedak yang sangat nipis untuk mendapatkan kesan yang flawless.
Tidakkah anda juga inginkan kulit seperti ini? Anda juga mampu mendapatkan kulit seperti saya atau mungkin lebih baik daripada saya.

Monday, August 17, 2009
Powder
Anda tidak perlu dilahirkan dengan kulit yang sempurna untuk kelihatan sempurna pada hari ini .

Inginkan bedak yang memberikan liputan seperti bedak asas?
Mineral Powder Foundation
Bedak ringan, penyempurna kulit yang memberikan liputan yang boleh ditokok mengikut kesukaan anda.
Anda boleh memilih samada ingin menyapukan foundation terlebih dahulu atau tidak. Kesannya tetap sama .. kulit wajah yang licin berseri.
Pilihlah warna yang sesuai dengan kulit wajah anda ...
Nota : Penggunaan foundation bersama Mineral Powder Foundation semestinya memberikan kesan kulit yang licin dan rata. Dengan sapuan yang nipis mampu memberikan hasil yang mengagumkan.

Mineral Foundation Brush
Berus yang diperbuat daripada bulu kambing ini membantu memberikan kesan bedak yang sama rata pada wajah.

Loose Powder
Dengan sapuan tipis di atas lapisan bedak asas (foundation) dapat mengawal kilatan dan dapat memberikan kesan wajah yang senantiasa segar sepanjang hari.
Sheer Mineral Pressed Powder 
Kekalkan kesegaran wajah anda dengan deria rasa pengawal kilat ini. Bedak tekan membantu mengurangkan keketaraan garis-garis halus, meningkatkan kilauan dan menampilkan warna yang halus.
Foundation
Ingin memilih bedak asas jenis cecair kerana mempunyai kulit jenis normal hingga kering?Penggunaan foundation semestinya lain dari yang lain. Sapuan yang sangat tipis sudah mencukupi untuk menutup cela, memberikan kesan yang sempurna pada wajah dan semestinya tidak berminyak.
Didatangkan dalam dua jenis :
Foundation
Nota : Foundation ini memberikan kesan kulit yang rata dan tidak berminyak atau berkerak.
Dengan penggunaan normal, tiub kecil ini mampu bertahan selama sekurang-kurangnya 5 bulan. Jimat bukan?
Eyes
Mineral Eye ColorHilangkan kedutan dengan formula kalis air yang terbukti dapat melanjutkan pemakaian warna mata dan keamatan warnanya.
Pakailah ia sebagai alas warna.
Eye Liner

Pensil penggaris mata mekanikal yang meluncur untuk memberikan pemakaian tahan air dan tahan comot.
Liquid Eyeliner
Warna yang hebat sepanjang hari. Aplikator dengan mata Felt yang memudahkan aplikasi.
Brow Definer Pencil
Formula berkrim yang tahan lama, kalis air dan menggaris dengan licin.
Waterproof Mascara
Formula teruji triatlon ini memberikan penampilan bulu mata yang lebih panjang dan lebat.
Suatu formula eksklusif untuk memperoleh bulu mata yang tampak lima kali lebih panjang.
Cheeks
Berseri dengan layangan pertama
Mineral Cheek Color
begitu versatil sehingga tidak kira apa pun nada kulit anda, anda boleh mula dengan seri wajah natural kemudian tokokkan warna seperti yang diinginkan. Pilihlah daripada satu rangkaian luas rona yang tahan pudar, warna kekal seperti asal yang mudah diadun. Pilihlah daripada matte hingga pearl, semua rona ini tampak berseri pada wajah sesiapa sahaja yang memakainya.Lips
Bibir yang lembut membahasakan seribu bahasa
Lip Liner
Menyerlahkan bibir dengan sempurna ataupun ciptakan satu alas untuk lipstik atau pengilat bibir.
Tip : Bentukkan bibir anda sebelum menyapukan lipstik untuk bibir yang lebih menawan.
Creme Lipstick
Warna yang tahan pakai, kekal seperti asalnya meluncur ringan dengan tekstur berkrim untuk menampilkan bibir yang menarik. Pilihlah daripada 19 rona.
Pengilat bibir boleh mengurangkan tona rona lipstik dan menampilkan kilauan lembut. Atau pakai begitu sahaja untuk melembapkan bibir dengan sedikit warna. Cubalah kesemua 7 rona yang disediakan untuk anda.





