Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sunday, November 4, 2012

APRJR 2013

 
 
Bulan November baru saja bermula.  Cabaran seterusnya adalah Asia Pacific Red Jacket Rally 2013 (APRJR). 
Siapa ingin ke Hangzhou,  China bersama saya?  Belajar daripada mentor-mentor terhebat China dan dapatkan semangat yang sangat membara daripada Perunding Kecantikan China sambil makan angin di sekitar tempat menarik dan bershopping di Hangzhou. 
 


Apa perlu anda lakukan?
Bermula dari sekarang hingga Mac 2013,  anda cuma perlu tambahkan ahli pasukan anda seramai 10 orang.  Dan setiap ahli pasukan baru anda perlu membuat pesanan peribadi sebanyak 600 mata jualan sepanjang 5 bulan tersebut.
Mudah bukan?
Semua Perunding Kecantikan layak untuk cabaran ini.
Jika anda bukan Perunding Kecantikan Mary Kay,  sila hubungi saya atau mana-mana Perunding Kecantikan berhampiran anda untuk keterangan selanjutnya.

Monday, October 1, 2012

Bedak asas : Pentingkah ia?

Bedak asas atau foundation.  Mengapa ianya penting?
Ianya bukan sekadar mekap tetapi ianya bertindak sebagai pelindung kulit wajah anda.  Ia tiada SPF, jadi ia bukannya pelindung sinar UV.  Tetapi tahukah anda,  persekitaran anda penuh dengan asap dan habuk?  Yang tidak kelihatan dengan mata kasar?  Apa akan terjadi jika ia melekat terus pada kulit wajah anda yang tiada pelindung?  Wajah akan dipenuhi kotoran dan boleh menyebabkan tanda seperti tompokan hitam pada wajah dan jika tidak dibersihkan dengan betul akan menyebabkan kekusaman.
Tahukan anda,  Mary Kay TimeWise Liquid foundation boleh menjadikan kulit wajah anda kelihatan sekata,  licin dan cantik berseri secara semulajadi sebaik saja ianya disapu pada wajah anda?
Dan tahukah anda Mary Kay TimeWise Liquid foundation ini boleh menutup cela dan juga garis halus pada wajah anda?
Ianya sangat ringan dan paling penting,  tidak menutup pori-pori anda juga.  Mengapa penting sesuatu bedak asas itu tidak menutup pori-pori?  Tahukan anda salah satu penyebab terjadinya whitehead?  Kerana mekap yang menutup pori-pori lah.
Apa kata anda hubungi BC anda untuk mencubanya.
Atau jika anda tidak pernah menghubungi mana-mana Beauty Consultant,  sila hubungi saya untuk mencuba sendiri foundation ini ya.
Ada banyak yang ingin saya kongsikan tentang foundation ini,  dari segi penyapuannya,  dari segi campurannya dan bagaimana ia boleh tampak lebih cantik pada wajah anda!

Wednesday, August 1, 2012

Facial Percuma?

Adakah anda sudah lama mencari produk Mary Kay?  Atau sedang mencari penyelesaian pada masalah kulit wajah anda?  Atau mencari peluang untuk merubah keadaan ekonomi keluarga anda?

Pertama sekali,  saya nasihatkan agar kita bertemu dahulu.
Kita bertemu untuk mencuba facial Mary Kay secara percuma dahulu.  Betul ianya percuma.  Dan tiada paksaan supaya membeli produk yang kami tawarkan.  Ia semata-mata perkongsian ilmu.  Ilmu tentang penjagaan wajah,  ilmu tentang penggunaan produk secara betul,  ilmu tentang kecantikan dan ilmu tentang perniagaan.
Kenapa percuma?
Itu adalah cara kami berkongsi kebaikan di Mary Kay.
Itulah perbezaan antara Mary Kay Malaysia dan jenama lain yang anda boleh dapat di negara ini.
Dan bukannya kerana kami ingin menguji pada kulit wajah anda.  Jadi anda tidak perlu takut untuk mencuba.  Tak rugi pun mencuba. Saya cuma perlukan dua hingga tiga jam dari anda untuk sesi facial dan mekap asas.

Jadi tunggu apa lagi?  Saya menawarkan facial percuma di sekitar Lembah Klang,  Pulau Pinang,  Kuala Terenggani,  Kota Bharu, dan Ipoh. 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang kulit wajah yang cantik dan sihat atau untuk memulakan perniagaan anda!!


Friday, July 27, 2012

Catch the Dream Dallas


Perjalanan diteruskan bersama Sales Force yang lain-lain pada 17 Jun.  Kami berkumpul di LA International Airport untuk ke Dallas dan seterusnya tiba di Fort Worth Airport pada jam 5 pagi keesokan harinya.

Selepas singgah di I-Hop untuk bersarapan,  kami terus ke Hilton Lincoln Center,  Dallas untuk check in.  Memang cantik hotelnya.  Untuk mengelakkan kemengantukan mereka yang baru tiba dari Malaysia,  kami terus keluar ke Galleria untuk aktiviti shopping pertama di Dallas.

Ini geng Panca Sitara mana la pulak ni ..
Semua tengah menanti shuttle untuk ke Galleria lah ni .. Tiba di Galleria,  lepas makan ala kadar masing-masing terus ke butik Coach .. Semua sibuk memilih Coach handbag .. untung la kedai pertama yang kami masuk tu ..

Pose istimewa sebelum training bermula :-)

Hari pertama training.
Tiba saja di dewan,  kami dikerumuni Sales Force dari negara lain seperti China,  Korea,  dan Taiwan.  Masing-masing teruja bertemu dengan kami.  Mungkin kami semua nampak sangat cantik bertudung kot .. hehe ..
Tak sempat-sempat masing-masing berebut-rebut nak bergambar dengan kami.  Lepas satu, satu kamera bertukar ganti.

Lenguh dah pipi sebab lama sangat tersenyum nak bergambar ramai-ramai.  Kenangan bersama Sales Force dari China

Selesai training separuh hari,  selepas makan tengahari,  waktu yang saya tunggu-tunggu telah tiba.
Kami dibawa ke ibu pejabat Mary Kay.  Dari lebuhraya,  kelihatan bangunan yang rasanya setinggi 13 tingkat tersergam indah.  Sungguh besar. 
Melangkah sahaja kami ke dalam bangunan,  kelihatan semua pekerja sedang menanti di balkoni setiap tingkat sambil bersorak dan bertepuk tangan meraikan kami.  Rasa begitu berharga diri kami disambut sedemikian.

Bergambar di hadapan bangunan.  Saya sangat bangga berkerja dengan Mary Kay Malaysia

Di hadapan pintu masuk bangunan.  Yang berbaju ungu tu adalah Sales Force dari Australia

Betapa besarnya pejabat Mary Kay ini kan?  Di dalamnya juga terdapat muzium Mary Kay di mana produk-produk lama,  pakaian lama Mary Kay Ash,  Jaket Merah,  Jaket Pengarah Jualan,  Jaket Pengarah Jualan Nasional,  keratan akhbar tentang Mary Kay Cosmetics,  gambar-gambar National Sales Director dan banyak lagi memorabilia ditempatkan.

 
Dalam muzium. 


Bersama semua Sales Force dari Malaysia dan Singapura di dalam bilik Mary Kay Ash

Bergambar di atas kerusi Mary Kay Ash,  di mejanya,  menggunakan pena Mary Kay Ash di dalam pejabatnya. 

Pergi ke Amerika Syarikat tiada di dalam agenda saya ketika mula-mula melangkah ke dunia Mary Kay.  Mana tidaknya.  Saya telah pun pernah tinggal di Washington selama 2 tahun ketika pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan IT.  Pengalaman duduk di negara 4 musim yang pada satu ketika itu musim sejuk dengan salji sehingga setinggi lutut selama 4 bulan sudah cukup bagi saya.  Tetapi untuk ke Amerika Syarikat sekali lagi hanya untuk duduk di pejabat Mary Kay Ash adalah sesuatu yang berlainan.  Ia bagaikan satu suntikan semangat buat saya untuk berkerja bersungguh-sungguh untuk mencapai impian saya untuk berjaya di dalam bidang yang saya sukai.
Dan dengan semangat yang membara itu akhirnya impian saya tercapai.
Hanya satu harapan saya selepas ini,  agar lebih ramai wanita menanamkan semangat yang kuat untuk berjaya.

Hari kedua.
Selesai training separuh hari,  kami dibawa melawat ke kilang pengeluaran Mary Kay dan juga gudang Mary Kay.
Sungguh teruja melihat betapa besar dan canggihnya kedua-dua kilang tersebut.
Di gudang ASRS (Automated Storage and Retrieval System) ini,  produk Mary Kay akan melalui QC.  Robot digunakan untuk mengangkut produk dari satu tempat ke satu tempat.  Gudang setinggi 80 kaki itu biasanya 60% dipenuhi dengan produk Mary Kay dan produk semuanya akan dihantar ke destinasi pada setiap bulan.

Ini adalah lori,  atau saya panggil trak atau treler yang digunakan untuk menghantar produk Mary Kay.  Penghantaran biasanya akan dibuat dari hari Isnin hingga hari Rabu sahaja untuk memastikan semua produk tiba di destinasi tepat pada waktunya.  Besar kan trak ini?

Ini pula tempat kotak-kotak berisi produk disimpan.  Forklift digunakan untuk menurunkan dan menyimpan kotak-kotak tersebut.

Dan yang kuning itu adalah robot yang digunakan untuk mengangkut kotak-kotak

Hari ketiga.
Selesai training separuh hari,  kami dibawa ke Allen Premium Outlet untuk bershopping! Semua sangat teruja.  Masing-masing sudah merancang untuk memborong barangan Coach dan jeans Levi's banyak-banyak.  Masing-masing sudahpun berkerja keras sebelum ini dan inilah masanya untuk memborong.  Saya sendiri banyak memborong barangan Coach untuk dijadikan hadiah buat Beauty Consultant sebagai ganjaran untuk cabaran yang saya berikan. 

Selesai shopping,  kami dibawa ke South Fork Ranch untuk makan malam dan majlis berdansa. 
Di sinilah penggambaran siri TV Dallas yang sangat popular pada zaman 80-an dulu.

Cantik tak topi koboi pink tu?  Special untuk Mary Kay saja tau.  Dan cantik tak sunglasses tu?  Tiffany tu tau .. kalau bukan sebab Mary Kay,  takkan sanggup ku bazirkan USD320 semata-mata untuk spek hitam tu saja hihi

 
Haa .. tu kan gambar Bobby Ewing ..

 
Dan inilah dia rumah tempat penggambaran siri TV Dallas.

Berlatarbelakangkan ladang kuda.

Macamana?  nampak seronok kan?  Kerja rajin-rajin,  ganjarannya pun hebat.  Dapat belajar,  dapat motivasi,  dapat semangat,  dapat makan angin dan dapat shopping.  Dan lagi seronok,  dapat kenal lebih rapat dengan kawan-kawan Mary Kay sendiri.

Ini baru permulaan.  Kadangkala kami memperkenalkan Mary Kay Malaysia kepada wanita-wanita lain sebagai travelling company.  Mengapa?  Kerana kebanyakan ganjaranya adalah educational trip.  Kalau dalam Malaysia,  ke Sabah,  dan ke PD setakat 3 tahun kebelakangan ini.  Dan kalau ke luar negara,  kami dihantar ke China,  Amerika Syarikat,  Jerman,  Switzerland,  dan ke Paris di antaranya mengikut cabaran yang diberikan.

Selain dari trips,  hadiah lain yang disukai oleh wanita seperti saya adalah cincin berlian.  Hmm .. siapa yang tak suka, kan?  Kami boleh mendapatkan sebanyak 5 bentuk cincin setiap tahun. 

Saya harap cerita saya ini akan menjadi inspirasi buat wanita lain di luar sana pula.

Wednesday, July 11, 2012

Her World Beauty Awards Winners

Dalam majalah Her World edisi Julai 2012,  telah diumumkan beberapa produk Mary Kay yang telah memenangi Her World's Choice award dan People's Choice award.
Antaranya Mary Kay Lotus & Bamboo Deo Body Spritzer,  Mary Kay TimeWise Moisture Renewing Gel Mask,  Mary Kay TimeWise Renewing Softener,  Mary Kay NouriShine Lip Gloss, Mary Kay Eyeliner,  dan Mary Kay Lash Love Mascara.


Mengapa saya memilih Mary Kay Lotus & Bamboo Deo Body Spritzer untuk menggantikan deodorant?  Saya selalu berfikir peluh adalah sesuatu yang natural dan tidak harus disekat.  Tetapi peluh di bahagian ketiak terutamanya boleh menghasilkan bau-bauan yang kurang menyenangkan.  Itulah sebabnya saya menggunakan Body Spritzer ini.  Ia memastikan badan saya berbau segar sepanjang hari.
Bagi mereka yang mementingkan penjagaan tubuh badan,  Deo Body Spritzer ini adalah salah satu daripada tiga produk dalam set penjagaan badan Mary Kay.  Tiga produk itu adalah Loofah Body Cleanser yang bertindak sebagai pembersih tubuh badan yang membuang sel-sel kulit mati dan sebarang kesan jerawat terutama di bahagian belakang tubuh badan,  Deo Body Spritzer yang bertindak dengan memerangkap molekul-molekul bau busuk pada tubuh badan dan Body Lotion yang bertindak untuk melembap dan melembutkan kulit.  Hasilnya,  tubuh badan yang licin, lembut dan sentiasa harum dan segar sepanjang hari.  Bagi saya,  ianya satu kepuasan menyentuh kulit badan seperti ini.

Sebelum mengenali Mary Kay,  lipgloss atau pengilat bibir bukanlah produk kesukaan saya.  Mengapa?  Kerana kebanyakan lipgloss yang saya cuba sebelum ini sangat mengeringkan bibir saya yang sering bermasalah.  Sejarah bibir saya dulu memang sangat buruk.  Ianya sangat kering dan sering mengelupas dan ada kalanya hingga luka dibuatnya. 
Tetapi kini lipgloss adalah antara produk mekap yang saya gunakan sebagai rutin.  Ianya tidaklah terlalu berkilat dan ianya tidak mengeringkan bibir saya.  Hasil selepas mengenakan lipgloss ini,  bibir tampak lebih penuh dan cantik.
Dan alis mata atau eyeliner Mary Kay, sangat lembut.  Perlu anda tahu,  mata adalah bahagian di wajah yang paling sensitif dan hati-hati dalam memilih produk kecantikan dan mekap untuk bahagian ini.  Mekap mata yang susah dicuci boleh menyebabkan kedutan awal.  Dengan Mary Kay eyeliner,  ianya sangat lembut hingga boleh dilukis betul-betul pada akar bulu mata.  Dan ianya juga mudah dicuci jadi jika anda akan ke majlis yang bakal dipenuhi dengan airmata,  sila elakkan eyeliner ini ya.  Untuk majlis suka ria,  ini sangat sesuai bagi menyerlahkan lagi kecantikan mata anda.

Hydrating gel mask sangat bagus terutama bagi mereka yang bermasalah kulit kering dan mereka yang selalu duduk di dalam bilik yang berhawa dingin.  Harganya jauh lebih rendah tetapi hasilnya sangat memberangsangkan.  Ini adalah satu-satunya masker Mary Kay yang boleh dibawa tidur bersama.  Kesannya dapat dilihat terus pada keesokan harinya.

Ini adalah produk kesukaan saya ... dulu saya memang sukakan mekap tetapi saya sering bermasalah tidak tahu memilih mana yang sesuai dan tidak tahu cara menggunakannya.  Tetapi dengan Lash Love Mascara,  semua orang boleh mendapatkan bulu mata yang panjang,  lebat dan lentik dengan mudahnya.  Tidak perlu lagi bulu mata palsu atau eye lash extension. Selain dari fungsi mencantikkan ini,  mascara ini juga mengandungi bahan untuk merawat bulu mata juga bagi mendapatkan bulu mata yang sihat.

Ini adalah antara produk terbaru Mary Kay! Fungsinya lebih daripada hanya sebagai Toner.  Ia membersihkan sisa-sisa mekap yang mungkin masih lagi tertinggal selepas wajah dicuci,  ia menghaluskan pori-pori dan ia juga melembutkan kulit wajah anda.  Hasilnya,  kulit wajah yang bersih,  halus dan lembut dan anjal.  Bukankah itu yang kita semua impikan?

Friday, April 6, 2012

Bengkel Kecantikan akan datang ke Kota Bharu pada 1 Mei ini ..
Nantikan latest update dari kak has ya ..

Monday, June 13, 2011

Ingin menjadi Perunding Kecantikan Mary Kay?

Anda berminat dengan kerjaya bersama Mary Kay?
Ingin tahu apa yang menarik tentang karier di Mary Kay?

Anda bukan sahaja boleh menjadi cantik tetapi juga mampu menjana pendapatan tambahan bersama Unit kak has.
Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila hubungi kak has di 016-3610628.

Atau sila datang ke Jaya33 Sabtu ini dari jam 1:00 petang hingga 5:00 petang. Ada make-over untuk guest kak has ya!

Atau sila datang ke pejabat Mary Kay pada 26 Jun ini dari jam 2:00 petang hingga 5:00 petang. Anda bukan sahaja berpeluang untuk mengetahui tentang peluang kerjaya di Mary Kay, tetapi juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah.

Wednesday, June 8, 2011

Beauty Fair

Kepada wanita jelita yang akan berada sekitar Petaling Jaya, dan Kuala Lumpur, anda dijemput singgah ke Jaya33 untuk :
1. mengetahui tentang Mary Kay Cosmetics Inc
2. mengetahui tentang produk Mary Kay
3. mendapatkan individual consultation
4. mencuba produk Mary Kay
5. mendapatkan peluang perniagaan di Mary Kay
6. make-over

Sila hubungi kak has di 016-3610628 untuk maklumat lanjut.

Tuesday, May 31, 2011

Facial Percuma

Salam semua ..
Kepada wanita sekitar Kota Bharu, sila hubungi BC Atie jika anda inginkan facial percuma dari sekarang hingga 10 Jun ini ya ..
Dan kepada wanita sekitar Kuantan, sila hubungi BC Ainie dari 4 Jun hingga 6 Jun ini untuk facial percuma ya ..
Dan kepada wanita sekitar Setiu, sila hubungi BC Ejie dari sekarang hingga 6 Jun ini untuk facial percuma ..

Selain dari itu, kak has kini sudah punya BC di Arau, Alor Setar, Penang, Kulai, Kuala Terengganu, Bangi, Sungai Buloh, Shah Alam, Putrajaya, Gombak, Seri Petaling, Ampang dan Pahang juga ..

Jika inginkan facial percuma, sila hubungi kak has di 016-3610628 ya ..

Thursday, February 17, 2011

Berminat dengan karier bersama Mary Kay?

Anda berminat untuk memulakan perniagaan sendiri?

Hanya dengan RM180 anda akan mendapat starter kit yang mengandungi pencuci 3-dalam-1 Timewise, pelembap anti-penuaan Timewise, bedak asas ivory 200 dan beige 304, dan peralatan lain seperti cermin, sampel, brosur dan lain-lain sebagai bahan asas untuk kelas kecantikan anda.

Dan dengan tambahan sebanyak RM20, anda dapat mengikuti kursus selama 2 hari di mana anda akan diajar bagaimana hendak memulakan bisnes Mary Kay, kelas mekap, kelas penjagaan kecantikan dan lain-lain dan sebagai ganjaran setelah menjalani kursus ini dalam masa 3 bulan setelah anda bergelar Beauty Consultant, anda akan diberi baucer bernilai RM200 yang boleh ditebus dengan pembelian sebanyak lebih kurang RM1190 (harga sebelum diskaun).

Menarik bukan?

Bukan itu saja ..
Sebagai Beauty Consultant baru, anda juga layak untuk menyertai program New Consultant Bonus selama 6 bulan di mana setelah berbelanja sebanyak RM2000 (harga sebelum diskaun) dalam setiap pembelian selama 6 bulan pertama, anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah berupa produk Mary Kay yang berjumlah sebanyak lebih kurang RM2000.
Dan sebagai ganjaran menyertai team kak has, anda juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah berupa produk Mary Kay berharga RM100.

Sila hubungi kak has untuk mengetahui lebih lanjut tentang karier di dalam Mary Kay.
Anda boleh kelihatan cantik, berkeyakinan dan berupaya untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

Saturday, August 21, 2010

Penjagaan Bibir

Tips penjagaan bibir


Dari dulu kak has memang mempunyai masalah bibir kering. Kering yang melampau hingga kulit bibir terkopek dan kadang-kadang hingga berdarah. Kak has tahu ramai wanita di luar sana mempunya masalah serupa dengan kak has.


Di sini kak has ingin berkongsi bagaimana kak has berjaya mengatasi masalah bibir kering setelah bertemu dengan Mary Kay.


Pertama sekali, bibir haruslah dicuci bersih dengan make-up remover. Ini untuk memastikan bibir bersih dari sisa-sisa gincu untuk hari itu. Jangan gunakan pembersih wajah untuk mencuci mekap mata dan bibir anda. Kenapa? Kulit di sekitar mata dan bibir lebih halus dari sekitar wajah yang lain. Jadi, ia adalah kawasan yang paling cepat menampakkan usia kita.



Mary Kay oil-free make-up remover adalah salah satu produk yang paling kak has suka. Ia membersihkan mekap mata dan bibir dengan begitu mudah dan tidak memedihkan mata. Tidak perlu tekanan yang kuat untuk membersihkan kelopak mata dan bibir yang hanya akan menyebabkan kedutan. Ini adalah produk pertama yang kak has miliki setelah diperkenalkan kepada Mary Kay.


Kedua, gunakan masker bibir. Pernah dengar masker bibir? Seingat kak has, hanya Mary Kay yang mempunyai produk sebegini. Fungsi masker bibir ini adalah untuk menanggalkan sel-sel kulit bibir yang telah mati. Hasilnya, bibir yang lebih merah semulajadi, lembut dan licin.


Ketiga, sapukan lip balm pada bibir anda sebelum lipstik.


Dan akhir sekali, sapukan creme lipstik jika anda suka.




Mary Kay Satin lips yang terdiri daripada lip mask dan lip balm. Lip mask ini membuatkan bibir kak has lebih merah, licin dan lembut. Manakala lip balm nya pula, memang lagi satu produk yang menjadi kemestian pada kak has.

Ini pula Mary Kay creme lipstik. Untuk bibir kering seperti bibir kak has, pilihan lipstik memang agak terhad. Kalau dulu, kak has cuma boleh menggunakan lipstik berjenama Christian Dior dan Bobbi Brown sahaja. Tapi kini, lipstik pilihan kak has adalah Mary Kay creme lipstik.
Kepada wanita di luar sana yang mempunyai masalah bibir kering seperti kak has, cubalah tips di atas ya. Insya'Allah berhasil.

Tuesday, August 3, 2010

Bengkel Kecantikan Mary Kay

Buat semua wanita sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Putrajaya ....

Jika anda berminat untuk mengadakan bengkel kecantikan di pejabat anda, sila hubungi kak has ya ..

Kita belajar cara-cara penjagaan kulit yang betul dalam Mary Kay dan mekap juga ..

Sunday, June 27, 2010

Jeragat

Masalah dengan jeragat?

Hari ini temujanji kak has dengan Ina tak kesampaian .. Mungkin belum jodohnya lagi ..
Walaubagaimanapun, ibu Ina telah singgah .. Tujuannya kak has fikir adalah untuk melihat-lihat produk Mary Kay :) Kagum sungguh kak has dengan minatnya ..

Cik Jah bertanya samada Mary Kay ada penyelesaian pada masalah jeragatnya ..
Tentulah ada!

Produk yang dapat membantu mengatasi masalah Cik Jah adalah :
Melacep Cleanser
Melacep Mask
Melacep Freshener
Melacep Dark Spot Serum
Melacep Moisturiser

Kepada Cik Jah, tahniah kak has ucapkan kerana usahanya untuk memperbaiki penampilan diri ..

Monday, June 14, 2010

Anda Juga Mampu Memilikinya!!

Ingin tahu bagaimana perasaan bila wanita lain memuji kehalusan, kemulusan dan kegebuan kulit wajah anda?
Ingin tahu bagaimana perasaan bila wanita lain mengamati kecantikan kulit wajah anda?
Percayakah anda kulit yang cantik mampu menaikkan keyakinan diri di depan khalayak ramai?

Dan percayakah anda bahawa anda juga mampu memiliki kulit yang cantik, sekata dan berseri?

Dan ianya mampu dicapai tanpa sebarang kesakitan. Tanpa belanja yang sangat besar.

Satu set kecantikan kulit asas boleh didapati dengan harga serendah RM270 dan boleh bertahan sehingga 6 bulan .. Bermakna anda cuma perlu berbelanja sebanyak RM45 sebulan.

Tuesday, May 25, 2010

Kak has ada pengumunan ya!!

Kak has memang sangat mengalu-alukan permintaan untuk bertemu-janji untuk free facial. Tetapi, ingin kak has ingatkan .. kalau saudari sebelum ini telah pun membeli dari mana-mana BC, sila rujuk kembali pada BC saudari ya. Kak has tak nak nanti ada konflik pula antara kami MK sisters ya.

Bukan kak has tak sudi tapi ini adalah salah satu daripada Golden Rules di Mary Kay ya .. kak has harap saudari semua faham situasi ini ya .. Terimakasih.

Love and Belief,
kak has

Thursday, April 15, 2010

Career Conference 2010

MARY KAY CAREER CONFERENCE 2010



Seramai 700 orang Perunding Kecantikan Mary Kay dari Malaysia dan Singapura telah berkumpul di majlis tahunan yang telah diadakan di Hotel Nikko!

Begitu bersemangat mendengar ucapan National Sales Director dari Taiwan, Grace Kao dan juga Senior Sales Director Maimon.


Setiap pencapaian diiktiraf dalam Mary Kay! Kak Has juga berpeluang menaiki pentas di atas usaha memperkaya hidup wanita lain ..



Antara yang hadir ketika di dalam ballroom.


Thursday, April 1, 2010

Guest Event & Grooming class

Bersama kak mai yang datang dari Johor Bahru untuk Guest Event and Grooming class di Jaya33 pada 27 Mac lalu ..








Saturday, February 6, 2010

Berminat dengan produk Mary Kay tapi bagaimana ingin mendapatkannya?

Kak has di Petaling Jaya. Pelanggan di Utara dan di Selatan tanahair, dan mungkin juga di negeri di bawah bayu. Bagaimana ingin berurusan dan berjual beli? Jangan bimbang ...


Kita ada telefon, boleh sms atau telefon bila-bila masa.
Kita ada internet, boleh PM bila-bila senang.
Dan semestinya, kita perlu berjumpa untuk bertemu-janji. Tanpa internet mungkin kita tidak kenal. Tanpa telefon mungkin kita tidak dapat beramah mesra. Tanpa perjumpaan kita tidak dapat bertemu-janji. Tanpa temu-janji tiada facial. Tanpa facial tiada pertalian. Tanpa pertalian tiadalah perhubungan yang berterusan dan seterusnya tiada kesetiaan.
Walaupun kita mungkin bertemu di alam maya, kak has akan mencuba sedaya upaya untuk bertemu dengan pelanggan.


Prospek pernah bertanya bagaimana mungkin berurusan secara jarak jauh?
Mula-mula, kita perlukan facial. Kak has cuma boleh memberikan produk yang sesuai dengan masalah dan keperluan pelanggan melalui facial. Selain daripada itu, ianya adalah peluang bagi kak has memperkenalkan produk-produk Mary Kay yang lain-lain, yang mungkin tiada di dalam senarai pelanggan. Contohnya, oil-free makeup remover. Bagi kak has, ia merupakan salah satu kemestian dalam rejimen produk kecantikan kulit kak has.
Kemudian untuk urusan pembelian, ia boleh dibuat secara terus melalui telefon atau email. Pembayaran seterusnya akan dibuat melalui bank transfer.
Untuk penghantaran pula, kita ada perkhidmatan poslaju. Produk akan dibungkus kemas sebelum penghantaran dibuat dan biasanya, barangan akan tiba dalam masa 2 atau 3 hari bergantung pada lokasi.

Mudah bukan?


Inilah contoh barangan yang telah siap dibungkus sebelum dihantar kepda pelanggan menggunakan perkhidmatan poslaju.

Solekan Asas


Ingin kelihatan menarik tetapi tiada masa untuk bersolek?


Saya adalah ibu kepada empat orang anak, 3 sudah bersekolah dan seorang baby, sebenarnya tak lah baby sangat, dah berumur 2 tahun setengah, tetapi masih berjaga malam untuk susu.

Terjaga pada waktu pagi, saya akan menyediakan sarapan dan bekal untuk anak-anak dan suami, kadang-kadang sekadar roti tetapi menu tetap tiap minggu adalah samada mee goreng, nasi lemak atau meehoon goreng. Tetapi saya masih berpeluang untuk bersolek untuk ke pejabat. Kadang-kadang sempat lagi bermaskara :D



Apa rahsianya?


Selepas mandi, mula-mula saya akan sapukan freshener botanical formula 2 dengan menggunakan kapas muka pada wajah. Ini bertujuan untuk membuatkan pori-pori kelihatan lebih halus dan yang akan membuatkan mekap tampak lebih cantik.


Ini diikuti pula dengan timewise day solution. Tujuannya selain daripada mencergaskan pembaharuan sel-sel kulit, ianya juga bertindak untuk melindungi wajah daripada sinaran UV dan radikal yang menyebabkan penuaan kulit wajah.


Kemudian saya akan menyapukan oil-free hydrating gel yang akan memberikan kelembapan selama 10 jam. Saya percaya penggunaan gel ini yang membuatkan wajah saya tampak berseri-seri atau pun glowing.


Selepas itu saya akan menyapukan timewise age-fighting moisturiser untuk memastikan kelembapan kulit wajah di sampingmemacu proses pembaharuan kulit wajah. Ini diikuti pula dengan timewise firming eye cream yang dikhaskan sebagai pelembap di sekitar mata. Bagi saya yang biasanya hanya mendapat tidur sebanyak 5 jam sehari (disebabkan baby yang masih memerlukan perhatian dan juga kerja-kerja sebagai perunding kecantikan Mary Kay yang pada mulanya hanya sebagai kerja sampingan), saya dapati krim mata ini bukan sahaja membantu menghilangkan garis halus dan kedut pada mata, tetapi ianya juga membantu untuk menghindarkan kesan lingkaran gelap.


Proses penjagaan kulit wajah tidak lengkap tanpa penggunaan foundation! Foundation selain daripada membuatkan kulit wajah tampak licin dan rata, ianya juga berfungsi sebagai pelindung kulit wajah daripada alam sekitar contohnya habuk daripada melekat terus pada kulit wajah.

Anda boleh memilih samada untuk menyapukan foundation atau terus menyapukan mineral powder foundation pada wajah anda. Penggunaan mineral powder foundation juga boleh membuatkan kulit wajah tampak licin dan rata tetapi saya memilih untuk menyapukan satu lapisan tipis mineral powder foundation di atas lapisan foundation untuk membuatkan kulit wajah tampak rata, licin dan matte.


Untuk mekap yang paling ringkas, saya akan membentukkan sedikit kening saya yang agak lurus dan tiada bentuk ini. Kemudian saya akan sapukan lip balm dan lipstik. Lip balm bagi saya sangat penting kerana bibir saya yang sangat kering. Lip balm adalah antara barangan asas yang telah saya gunakan sejak 15 tahun dulu.


Untuk mekap ekstra, saya akan menyapukan mineral eye color dan mineral cheek color. Selalunya, saya akan menggunakan warna-warna natural kegemaran saya antaranya, lemongrass (hijau muda), dusty lilac (ungu muda), precious pink (merah jambu) dan blue metal (biru muda) sebagai warna asas dan diikuti pula dengan amber blaze (coklat), sweet pulm (ungu), iris (ungu muda) atau denim frost (biru). Untuk highlighter, saya akan gunakan warna-warna seperti crystalline, sweet cream atau moonstone. Manakala untuk pemerah pipi pula, warna kegemaran saya adalah sparkling cider (keorenan) dan strawberry cream (merah jambu). Jika masa mengizinkan, saya akan menyapukan liquid eye liner untuk mata yang lebih menawan dan juga ultimate mascara untuk bulu mata yang kelihatan lebih panjang.


Untuk solekan paling ringkas, saya cuma memerlukan kurang daripada 10 minit dan untuk solekan ekstra, saya akan mengambil masa selama 20 minit.


Cepat bukan? Dan hasilnya wajah yang tampak berseri, segar dan menawan. Dengan penggunaan harian, kita boleh menjadi lebih efisien dan tidak perlu menghadap cermin terlalu lama pada waktu pagi.



Saturday, January 23, 2010

Misi Mary Kay : Memperkaya Hidup Wanita

Mary Kay Malaysia baru saja umumkan bahawa promosi ini yang sepatutnya telah tamat pada 24 Feb 2010 telah dipanjangkan hingga 30 Mac 2010 disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan!


Dengan Mary Kay, kita bukan sahaja boleh menjadi semakin cantik tetapi juga dapat menaikkan taraf hidup.
Dari sekarang hingga 30 Mac ini, anda hanya perlu membayar RM48 sahaja untuk mengubah kehidupan anda. Dengan hanya RM48 ini anda akan mendapat Starter Kit yang mengandungi :
  • Welcome brochure
  • Business Basics
  • Product Guide
  • Flip Chart
  • DSAM Code of Conduct
  • Applause
  • The Look
  • Price List
  • Online Ordering Brochure
  • ESRS/NCB Flyers
  • Independent Beauty Consultant Agreement
  • Customer Receipt, pk/25
  • Customer Profile, pk/20
  • Discover the Beauty of Mary Kay
  • Product Replacement Form
  • Request for Repurchase Form
  • Training Enrolment Form
  • Business Card Application Form
  • Weekly Plan Sheet
  • Managing your Mary Kay Business
  • MK Eco-friendly Bag
Mari kita mulakan perniagaan sendiri bersama Mary Kay.