Sunday, November 14, 2010

Guest Event 14 November 2010

Guest Event di MKM, 14 November 2010

Kali ini kak has telah diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dan belajar dari SSD Abique ..


Go-give spirit ..
Practise makes perfect :-) Masih dalam proses pembelajaran ..


Ini pula gambar terbaru kak has .. hampir sebulan selepas serum+C ..




Sunday, October 31, 2010

Testi untuk TimeWise Miracle Set dan Serum+C

TimeWise Miracle set adalah set penjagaan kulit wajah yang paling kak suka ..
Ditambah pula dengan TimeWise Firming Eye Cream dan tidak ketinggalan juga TimeWise Replenshing Serum+C.
Lihatlah sendiri hasilnya ..

Ini adalah antara koleksi gambar-gambar kak has .. yang tak bertudung tu gambar kawin 13 tahun lepas.

Kawan-kawan sekolah selalu berkata wajah kak has tiada masalah, tapi wajah yang tiada masalah tetap akan berkedut, kusam, kering dan berjeragat tanpa penjagaan rapi dan tanpa penggunaan produk yang betul.

Bagi kak has, semakin berusia, kulit wajah kak has tidak banyak berubah .. dan bagi kak has, umur bukan rahsia tetapi menjadi kebanggaan pulak ..:-D
Anda juga mahukan itu bukan?



Yang tengah tu TimeWise Replenishing Serum+C. Kalau dulu, masa zaman-zaman penggunaan produk berpitera dari Jepun, kak has memang tak mampu nak guna mask yang berharga RM45 sekeping setiap minggu apatah lagi serumnya, harga pun tak pernah nak ambil tahu sebab kak has tahu pasti ianya mahal.

Tapi sekarang, penggunaan serum selama sebulan setiap 3 bulan, masih berpatutan. Memang berbaloi-baloi dengan hasilnya.


Ini gambar kawin 13 tahun lepas. Cuba bandingkan dengan gambar sekarang.

Siapa nak kulit selicin dan segebu dan sekata dan seanjal ini pada usia mencecah 40-an? Anda juga mampu memilikinya!



Siapa kata mekap perlu tebal untuk tampil menawan? Yang penting, kulit wajah yang sihat berseri ..
Sila hubungi kak has untuk individual consultation.
Kak has pun nak semua wanita prihatin di luar sana kelihatan cantik menawan, untuk suami, untuk anak-anak dan untuk diri sendiri.

Thursday, October 21, 2010

Guest Event

Guest Event di Juru, Pulau Pinang pada 5 November 2010.

Kepada wanita-wanita di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak, sila sms kak has di 016-3610628 atau email ke haslanmk@gmail.com untuk temujanji ya.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah kelas penjagaan kulit, solekan asas dan kerjaya di dalam Mary Kay.

Selain itu, jika anda berada di sekitar Pulau Pinang, Kulim, Arau, Gombak, Seremban dan Petaling Jaya dan berminat untuk mencuba produk Mary Kay, sila hubungi kak has ya.

Tuesday, October 19, 2010

Beauty Workshop cum Model of Beauty Search Event

Ahad ini kami akan mengadakan Bengkel Kecantikan dan Pencarian Model Kecantikan bertempat di Jaya33, Petaling Jaya.

Agenda:
10:00am - Pendaftaran dan Sesi Fotografi (Sebelum Mekap)
10:30am - Open Skin Care Class
11:45am - Dunia Mary Kay dan Karier dalam Mary Kay
12:15pm - Rehat (Makan Ringan disediakan)
12:30pm - Sesi Mekap
2:30pm - Cabutan Bertuah dan Sesi Fotografi (Selepas Mekap)
2:45pm - Konsultasi dan Penutup

Bayaran : RM5 dan peralatan disediakan.

Berminat?? SMS kak has ke 016-3610628 sebelum 22/10/2010

Monday, October 18, 2010

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

Serum+C dan Microdermabrasion dapat membantu menghapuskan parut jerawat!!
Bagaimana? Baca artikel di bawah ..

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

Hapuskan parut jerawat

PARUT jerawat membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik.

SALLY merenung ke bayangnya di cermin. Jerawat sudah sembuh hasil rawatan yang dijalani dengan bersungguh-sungguh. Selain berubat di klinik, dia juga rajin ke salon untuk mencuci mukanya. Tak cukup dengan itu dia turut mengamalkan rejim mencuci muka dan pemakanan sihat.

Setahun yang lalu masalah jerawat bagaikan tragedi ngeri yang menimpa Sally. Syukurlah dengan teknologi perubatan moden maka mimpi ngeri tersebut sudah berakhir dan kini hanya tinggal kesan parut kehitaman.
Baru-baru ini Sally datang bertemu saya. Dia bertanya sama ada parut parut tersebut dapat dipulihkan atau tidak.

“Bagaimanakah cara terbaik bagi memulihkah parut. Jika ada apakah peratusan ia boleh pulih semula?” tanya beliau bertalu-talu.
Semangat Sally tetap kental sebagaimana saya mengenalinya setahun lalu.
Saya yakin Sally akan berjaya merealisasikan impiannya.


Apakah sebenarnya parut jerawat?

Apabila jerawat sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam. Ini sebenarnya bukan parut jerawat tetapi kesan daripada radang jerawat . Jika tiada jerawat baru yang tumbuh, kulit akan sembuh dengan sendiri . Proses penyembuhan ini boleh mengambil masa 6 hingga 12 bulan. Kesan akibat jerawat lebih daripada setahun dikenali parut jerawat. Biasanya parut ini kekal dan membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik. Untuk mengelakkannya rawatan awal boleh dilakukan.

Rawatan awal

Radang kulit disebabkan oleh jerawat adalah satu proses penyembuhan yang normal. Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membantu merawat peringkat awal parut jerawat.
Pendedahan kepada matahari melambatkan proses penyembuhan radang jerawat dan boleh merosakkan kulit. Oleh itu pengunaan sunblock yang sesuai amat penting
Doktor boleh memberi krim tretinoin untuk mempercepatkan proses remodeling kulit.
Penggunaan peeling agent seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) yang bersesuaian juga boleh mempercepat kan proses remodeling kulit

Jangan memicit jerawat atau parut jerawat . Ini akan mengganggu proses penyembuhan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam jerawat tersebar lebih ke dalam kulit. Ini boleh menyebabkan parut jerawat yang lebih dalam berlaku

Penggunaan krim antioksidan seperti Vitamin C juga membantu memulihkan kesan jerawat.


Rawatan parut jerawat

Dengan kemajuan teknologi laser dermatologi/ aesthetic , kini rawatan yang paling berkesan untuk rawatan parut jerawat adalah dengan menggunakan laser. Dua jenis laser yang paling berkesan adalah laser CO2 (karbon dioksida ) atau Erbium Yag. Kedua-dua laser ini adalah dalam kategori ablative. Ia bermaksud akan meratakan kawasan kulit yang dirawat dengan laser. Ia juga akan merangsang kulit untuk membentuk kolagen. Ini menyebabkan kulit akan kelihatan lebih tegang, kesan parut jerawat kurang dalam serta pori pori muka kelihatan lebih halus. Proses rawatan ini perlu dilakukan beberapa sesi di antara enam ke lapan minggu.


Masalah jerawat adalah masalah utama untuk remaja . Masalah ini menjadi lebih rumit apabila remaja mula mencuba pelbagai jenis produk. Saya boleh memberi beberapa tip dan panduan untuk remaja yang mempunyai masalah jerawat.

1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur sayuran juga mempunyai antioxidan yang tinggi .
2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan
3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.
4. Jika peralatan kosmetik anda menyebabkan tumbuh whitehead atau blackhead, tukar kepada jenama lain. Yang terbaik adalah kosmetik berasaskan mineral. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur .
Perubahan hormon juga boleh menyebabkan jerawat yang teruk. Jika langkah langkah di atas tidak dapat membantu, rawatan seperti antibiotik, chemical peeling, photofacial dan rawatan hormon boleh membantu. Sila berjumpa dengan pakar kulit.

Parut di muka selalunya disebabkan oleh kesan jerawat. Namun begitu ia juga boleh disebabkan kesan kecederaan seperti terbakar atau luka. Setakat ini belum ada produk yang boleh merawat kesan parut dengan berkesan. Jika parut itu tidak dalam, rawatan seperti chemical peeling dan microdermabrasion boleh membantu mengurangkan masalah parut. Tetapi jika parut itu dalam dan banyak, rawatan yang sesuai adalah laser CO2 atau Erbium YAG. Rawatan yang diperlukan adalah sebanyak tiga ke lima sesi. Rawatan ini adalah yang terbaik untuk masalah parut.


Jerawat di badan

Untuk merawat Jerawat di badan , saya nasihatkan untuk mengambil antibiotik yang sesuai seperti Minocycline HCL. Ini bertujuan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat itu bengkak dan sakit. Semasa rawatan antibiotik , nada perlu menggunakan krim Benzoyl peroxide (seperti jenama Oxy) agar rawatan lebih berkesan.

Jika jerawat tersebut mempunyai blackhead, rawatan seperti krim tretinoin perlu digunakan. Namun begitu anda dinasihatkan bertemu doktor untuk mengenal pasti rawatan yang sesuai.

Untuk rawatan terkini, terdapat dua jenis laser yang sangat berkesan untuk merawat jerawat iaitu Isolaz yang mendapat kelulusan untuk merawat jerawat tahap 1 hingga tahap 6 dan laser long pulse Nd:Yag. Kelebihan rawatan ini adalah ia ringkas, tidak sakit dan sangat berkesan.

Dipetik daripada Utusan Online bertarikh 17/10/2010 (Kesihatan)

Wednesday, October 6, 2010

Project Superstar Seminar 2010

Seminar 2010 yang telah berlangsung pada 24-25 Oktober, 2010 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur



Bersama National Sales Director Pam Fortenberry-Slate yang telah diterbangkan terus dari California, USA untuk Seminar.

Kak Has telah menerima Star of the Year Award.
Terimakasih kepada semua kawan-kawan yang telah memberi peluang kepada kak has untuk berkongsi keistimewaan Mary Kay!
Tahun ini kak has berpeluang untuk ke pentas utama .. on-stage recognition di atas pencapaian Star of the Year. Tengok la trofi kristal tu .. siap dengan ukiran nama kak has tau .. Seronok betul ..

Haa .. yang ni nampak lagi jelas trofi kebanggaan kak has .. Tahun depan target untuk dapatkan cincin untuk Courts of Sharing pula ..


Selain daripada on-stage recognition, tempat duduk kak has ada special cover lagi tau ..



Ini adalah barisan beauty consultants dari Golden Swan unit yang bersama-sama menghadirkan diri ke seminar tahun ini .. We had a Great Time!!
And our Hearts are on Fire!!



Bersama Pam lagi .. cantik Pam ni .. ala-ala Barbie .. and she's very tall and slim .. semua cantik .. wajah berseri-seri semuanya ..


Barisan Red Jackets dari the Golden Swan unit ..


Bertudung dan berpakaian sopan pun masih kelihatan cantik jelita .. Kak has berbangga dapat menyertai the Golden Swan unit yang diketuai oleh SD Fiza ..


Kalau semua dah ber-red jacket, tentunya tampak lebih cantik ..



Tuesday, September 21, 2010

Pencarian Model The Look

Pencarian Mary Kay Model of Beauty untuk pelanggan di Cantik Bersama Mary Kay!

Pelanggan yang menyertai pertandingan ini berpeluang untuk menjadi model dalam edisi akan datang The Look. Menarik bukan? Bayangkan wajah anda menjadi tatapan wanita-wanita Malaysia dan Singapura ...

Apa hadiah yang menanti anda?

Enam pemenang hadiah utama akan menerima :

  • Satu sesi foto profesional untuk edisi The Look sebagai "Model of Beauty"
  • Satu makeover oleh mekap artis profesional
  • Satu Mary Kay Color Compact dan warna mineral untuk mengisi kompak, ditambah lagi dengan lip liner, lip gloss, eye liner dan maskara pilihan pemenang


Dan sempena meraikan ulangtahun ke-10 Mary Kay, satu set Mary Kay Satin Hands untuk 10 pemenang hadiah saguhati.


Bagaimana untuk menyertai?

Langkah pertama adalah dengan mengadakan temujanji perundingan warna dengan kak has. Anda hanya perlu mengambil gambar sebelum dan selepas perundingan warna.

Kemudian isikan borang penyertaan bersama dengan slogan terbaik mengenai kecantikan dan hantarkan ke pejabat Mary Kay bersama-sama dengan gambar anda sebelum 30 November 2010.

Mudah bukan? Tiada pembelian diperlukan, hanya temujanji sahaja ..

Sunday, September 5, 2010

Kelas Mekap Bersama BC Mimie dari Athiz Collection

Pada 31 Ogos baru-baru ini, kami telah mengadakan bengkel mekap yang telah dikendalikan oleh mekap artis yang telah 7 tahun berkecimpung dalam bidang andaman. Sungguh bertuah dapat menimba ilmu daripada Mimie. Banyak yang telah kak has pelajari daripada Mimie.

Tak pernah kak has tahu macamana teknik membentuk kening tanpa cukuran :-)
Sehingga hari itu ..

Dan buat pertama kali kak has berani menggunakan teknik smokey eyes pada mata kak has ...

Ini adalah peserta bengkel bersama beauty consultant, sales directors dan senior sales director dan juga Mimie. Kelas dihadkan kepada kurang daripada 30 orang untuk memastikan keberkesanan bengkel. Dan setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM30 sahaja.


Ini kawan lama kak has .. sejak darjah 4 .. Linda dan Awa .. Kali terakhir kak has berjumpa Linda adalah 28 tahun dulu dan Awa pula 24 tahun dulu. Lama dah kan? Kalau bukan sebab Mary Kay, entah bila kami bertemu semula.

Dan yang paling kak has seronok, apabila Linda sendiri teruja dengan produk Mary Kay.

Berseri-seri wajahnya selepas kelas mekap tempohari.



Ini gambar Linda dari dekat.

Kata Linda, masa dia pulang ke rumah, suaminya terkedu sekejap.
Punya lah lain nampak wajah Linda..:-)

Linda memang dah sedia cantik, tapi selepas bermekap tampak lebih menawan.







Ini pula semestinya wajah kak has.

Kak has nak kongsi satu rahsia ..
sekarang kak has dah mula pakai Melacep Night Cream ..

Baru seminggu rasanya, tapi kulit wajah kak has nampak lebih cerah.

Lain-lain, you all komen lah sendiri ya.


Melacep set ni memang best la.
Tapi kak has suka Timewise Miracle set juga :D

Jadi, kak has pakai dua-dua la he he ..



Semua seronok !!

Saturday, August 21, 2010

Penjagaan Bibir

Tips penjagaan bibir


Dari dulu kak has memang mempunyai masalah bibir kering. Kering yang melampau hingga kulit bibir terkopek dan kadang-kadang hingga berdarah. Kak has tahu ramai wanita di luar sana mempunya masalah serupa dengan kak has.


Di sini kak has ingin berkongsi bagaimana kak has berjaya mengatasi masalah bibir kering setelah bertemu dengan Mary Kay.


Pertama sekali, bibir haruslah dicuci bersih dengan make-up remover. Ini untuk memastikan bibir bersih dari sisa-sisa gincu untuk hari itu. Jangan gunakan pembersih wajah untuk mencuci mekap mata dan bibir anda. Kenapa? Kulit di sekitar mata dan bibir lebih halus dari sekitar wajah yang lain. Jadi, ia adalah kawasan yang paling cepat menampakkan usia kita.



Mary Kay oil-free make-up remover adalah salah satu produk yang paling kak has suka. Ia membersihkan mekap mata dan bibir dengan begitu mudah dan tidak memedihkan mata. Tidak perlu tekanan yang kuat untuk membersihkan kelopak mata dan bibir yang hanya akan menyebabkan kedutan. Ini adalah produk pertama yang kak has miliki setelah diperkenalkan kepada Mary Kay.


Kedua, gunakan masker bibir. Pernah dengar masker bibir? Seingat kak has, hanya Mary Kay yang mempunyai produk sebegini. Fungsi masker bibir ini adalah untuk menanggalkan sel-sel kulit bibir yang telah mati. Hasilnya, bibir yang lebih merah semulajadi, lembut dan licin.


Ketiga, sapukan lip balm pada bibir anda sebelum lipstik.


Dan akhir sekali, sapukan creme lipstik jika anda suka.




Mary Kay Satin lips yang terdiri daripada lip mask dan lip balm. Lip mask ini membuatkan bibir kak has lebih merah, licin dan lembut. Manakala lip balm nya pula, memang lagi satu produk yang menjadi kemestian pada kak has.

Ini pula Mary Kay creme lipstik. Untuk bibir kering seperti bibir kak has, pilihan lipstik memang agak terhad. Kalau dulu, kak has cuma boleh menggunakan lipstik berjenama Christian Dior dan Bobbi Brown sahaja. Tapi kini, lipstik pilihan kak has adalah Mary Kay creme lipstik.
Kepada wanita di luar sana yang mempunyai masalah bibir kering seperti kak has, cubalah tips di atas ya. Insya'Allah berhasil.

Tuesday, August 3, 2010

Bengkel Kecantikan Mary Kay

Buat semua wanita sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Putrajaya ....

Jika anda berminat untuk mengadakan bengkel kecantikan di pejabat anda, sila hubungi kak has ya ..

Kita belajar cara-cara penjagaan kulit yang betul dalam Mary Kay dan mekap juga ..