Thursday, September 4, 2014

Wajah natural yang tetap cantik

Pagi tadi saya terima panggilan dari seorang pengguna setia Mary Kay, yang juga kini merupakan seorang teman baik saya.
Suka bercampur duka.

Kabar gembiranya adalah kerana Datin Radiah sangat-sangat berpuas hati dengan hasil CC Cream Mary Kay yang baru digunakannya tidak sampai seminggu itu.  Pujian demi pujian diterimanya. Siapa yang tak suka dipuji kan? Bukan kita meminta tetapi orang yang nak memberi. Dan juga dia sangat gembira dengan hasil Mary Kay Intense Moisturising Cream yang saya hadiahkan kepadanya untuk ingatannya kepada saya.  Itu adalah produk kesukaan saya.  Menghidratkan kulit wajah terutama apabila terpaksa berada di dalam bilik yang berhawa dingin. Ataupun bila-bila saya memerlukan wajah yang tampak segar untuk jangkamasa melebihi 8 jam.

Tetapi kabar sedihnya pula, Datin Radiah akan terbang ke Azerbaijan demi menemankan suaminya menjalankan tanggungjawab negara di sana pada hujung minggu ini. Tentunya kami akan teruskan persahabatan yang terjalin oleh Mary Kay ini.  Tetapi kami akan terpisah selama 2 atau 3 tahun.
Harapan saya semoga segala urusan Datin Radiah dan keluarganya di sana dipermudahkan. Dan semoga kami akan bertemu kembali.

Wednesday, September 3, 2014

Ingin menjadi hostess saya?

Anda sukakan hadiah?  Pastinya ya ..
Hadiah minyak wangi mini. Bukan 1 tetapi 5 botol comel. Harganya RM200.
Hadiah istimewa ini adalah untuk anda yang sudi menjadi hostess saya.
Apa yang perlu anda lakukan?
Kumpulkan kawan-kawan anda seramai 5 orang dan luangkan masa selama 2 jam bersama saya untuk kelas penjagaan wajah Mary Kay secara percuma.
Tapi pastikan anda bukanlah pengguna produk Mary Kay kecuali anda adalah pelanggan saya dan anda belum pernah menghadiri sesi facial percuma Mary Kay dalam tempoh 6 bulan ini.
Mudah saja kan?
Tunggu apa lagi?  Whatsapp saya di 016  361 0628 sekarang juga!!

Tuesday, September 2, 2014

Naturally flawless?

Wajah saya dengan Mary Kay Timewise liquid foundation sebelah kiri dan Mary Kay CC cream di sebelah kanan.
Yang mana satu pilihan anda?
Dengan liquid foundation nampak sangat licin dan berkilau.
Dengan cc cream nampak lebih natural.

Sunday, August 31, 2014

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Salam Kemerdekaan yang ke-57!!
Malam tadi jiran saya mengadakan jamuan sempena kemerdekaan.  Saya amat bertuah kerana menjadi tetamunya.  Dapat makan-makan dan semestinya berkenalan dengan tuan rumah dan jiran selorong dengan rumah saya.
Semalam saya dapat berkenalan dengan Rick dan Lu Wernz. Warga Amerika yang telah menetap di sini selama 3 tahun. Lu berasal dari Filipina. Sangat ramah orangnya. Lu pandai berbahasa Melayu dan dia punya Pembantu Bahasa.
Banyak yang kami bualkan. Dari kisah pengajian saya di Washington hingga akhirnya ke kisah Mary Kay. Lu pernah ditawarkan produk Mary Kay oleh Pembantu Bahasanya. Tetapi dia menolak dengan alasan mahal. Tetapi ketika saya bercerita dengannya perihal Mary Kay dan saya, dia nampak sangat-sangat berminat. Mungkin mata saya kelihatan bersinar-sinar ketika bercerita? Atau dia nampak kulit saya bercahaya sehingga memikat hatinya? Hahaha .. apa pun yang dia nampak, saya rasa dia terpikat kerana keramahan dan keghairahan saya berkongsi kebaikan Mary Kay bersamanya.
Sekarang Lu pastinya menantikan panggilan saya untuk mencuna sendiri produk Mary Kay pada wajahnya.
Alhamdulillah. Mudahnya kerjaya ini kan?

Friday, August 29, 2014

Saya mahu ke Macau!!

Saya mahu ke Macau!!
Saya gelar Macau bandaraya lampu.  Sungguh cantik. 
Macau bandaraya kasino.  Tapi itu bukan destinasi saya.

Saya mahu ke Macau untuk belajar. Ya! Belajar dari mentor-mentor hebat di Mary Kay China. Mereka bukan calang-calang orang. Mereka adalah National Sales Director dan pencapai hebat di China.
Tahun ini Mary Kay Malaysia telah melancarkan cabaran ke China Leadership Conference.  Syaratnya adalah setiap Sales Director perlu melahirkan 20 orang Star Consultant selama 2 suku penggal bermula Mac lepas.  Ini untuk memastikan setiap Pengarah Jualan melahirkan Perunding Jualan yang berkualiti. Ia untuk menjamin Perunding Kecantikan mereka berjaya menjana pendapatan yang maksimum. Saya amat bersyukur kerana Allah mengurniakan saya konsultan yang sangat komited.  Laluan kami bagai dipermudahkan.  Semestinya niat kami untuk membantu keluargalah yang mendorong kejayaan ini.

Macau .. tunggu kedatanganku!

Senyum dan Yakinlah dengan diri anda

Anda suka senyum?
Anda suka melihat senyuman?

Kini saya suka tersenyum. Hanya pada wanita dan anak-anak sahaja tau .. Dan saya tahu lesung pipit saya mudah menarik perhatian orang di sekeliling saya.

Apa yang membuat seseorang itu mudah tersenyum dan lebih mesra? Jawapan saya kerana keyakinan dirinya. 

Kalau dulu, tiap kali keluar berjalan-jalan, saya akan cuba mengelak untuk memandang wajah orang di sekeliling saya. Kerana saya malu dan sentiasa berasa rendah diri. Tetapi kini saya lebih pemurah dengan senyuman. Dan lebih mudah memulakan bicara dengan wanita atau anak-anak yang saya temui kerana keyakinan diri sudah semakin tinggi dalam diri ini.  Bila wajah sudah bertambah cantik berseri, dan imej pula semakin anggun menarik,  pastinya kita akan berasa bangga dan sayangkan diri kita sendiri. Anda setuju dengan saya?
Pada adik-adik dan cik-cik puan yang mahu berubah kerana sayangkan diri anda, saya dengan rela hati akan membantu semampunya. Dan semestinya kita mulakan dengan wajah. Wajah adalah aset yang sangat penting kerana ia diperlukan setiap kali kita bersemuka dengan orang ramai. Kemudian kita akan ke imej pula. 

Saturday, May 17, 2014

Model Search Makeover

Misi pencarian wajah Mary Kay Asia Pasifik
Rebutlah peluang keemasan ini dengan menghadiri kelas mekap bersama MUA Teera pada 25 Mei ini di PJ Beauty Center di Seksyen14 Petaling Jaya.
Belajarlah teknik mudah penjagaan wajah dan teknik mekap dari yang pakar.
Sila whatsupp saya di 016 361 0628 untuk tempahan

Thursday, May 1, 2014

Bengkel Penjagaan Wajah di Kota Bharu

Wow! Rasanya sudah lama saya tidak berbengkel di Kota Bharu.  Dan kini saya akan kembali memandangkan semakin banyak permintaan di sini. Dan semakin ramai pengguna setia Mary Kay saya yang mahu berkongsi kehebatan produk ini bersama kawan-kawan baik mereka.
Bengkel akan diadakan di tempat biasa iaitu di KB Cyber Mall. Di manakah itu? Ramai yang tidak tahu kewujudan tempat ini kan. Ianya sebenarnya bersambung dengan KB Mall. Haa .. dah boleh agak dah di mana kan?
Bilakah bengkel ini akan berlangsung? 
Pada 10 Mei ini bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.
Jom kita beramai-ramai ke sini ya.
Jika anda cuma ingin belajar jaga wajah atau jika anda ingin belajar mekap asas 10 minit atau jika anda ingin mencuba produk Mary Kay atau jika anda ingin melihat potensi anda berwajah seperti artis atau jika anda seorang yang sukakan bisnes sampingan, jom lah ke sini ya.  InsyaaAllah anda akan pulang dengan wajah yang bukan saja lebih cantik tetpi dengan hati yang sangat gembira.
PM atau wassup saya di 016 361 0628 sekarang juga ya ...

Sunday, April 20, 2014

2014 Model Contest

Mary Kay 2014 Model Contest

Pencarian Wajah Asia untuk Model Mary Kay kini kembali!!
Pernahkah anda berimpian untuk menjadi model majalah?  Atau pernahkan anda berimpian untuk belajar penggayaan dan catwalk daripada seorang profesional bertaraf dunia?
Inilah peluangnya.

Apa yang perlu anda lakukan?
SMS atau whatsapp saya untuk janjitemu sekarang juga.

Sila layari http://www.marykaydbc.com.my/view/ dan lihat keseronokannya


Majlis pelancaran 2014 Model Contest di Career Conference pada 19 April 2014


Monday, February 10, 2014

Kelas Mekap Bersama MUA Teera

Assalamualaikum semua ..
Lamanya kita tiada bengkel di sekitar Kuala Lumpur kan?

Apa kata 23 Februari ini kita bertemu?  Untuk sesi penjagaan wajah.  Dan belajar mekap bersama sifu .. Makeup Artiste Teera Mieya nama glamornya ..

Bukan mudah nak dapatkan ilmu dari seorang jurumekap profesional tau .. dan secara Percuma pula tu ..
Jadi apa kata anda blok kan tarikh 23 Feb ini.  Dan SMS saya untuk tempahan tempat duduk.


Jangan lepaskan peluang keemasan ini ya.

Kita belajar mengenali jenis kulit dan keadaan kulit.  Dan teknik penjagaan wajah untuk kulit yang sihat dan cantik secara semulajadi.  Dan sebagai bonus,  belajar teknik shading untuk wajah menawan.

Sila SMS atau whatsapp saya di 016-3610628 sekarang juga!!

Semua produk disediakan ya ..