Tuesday, June 21, 2016

Budapest .. impian menjadi kenyataan

Akhirnya ...
Impian ke Budapest, Hungary tercapai.

Hungary, salah sebuah negara di Timur Eropah. Tidak pernah ada dalam senarai negara pilihan. Kerana kos perbelanjaan ke sana yang sangat tinggi.
Tapi saya tahu. Budapest sangat cantik. Yang terkenal dengan bangunan-bangunannya yang cantik. Muzium. Dan thermal bath.

Dan saya akan ke sana bersama suami tercinta pada bulan Oktober ini. Setelah berjaya menamatkan cabaran Top Directors Trip kali ini. Paling manisnya, saya juga akan diberikan wang saku sebanyak RM6000. Cukuplah untuk buat persediaan ke sana. Alhamdulillah

Wow! Tak sabar menanti Seminar September jni untuk diraikan di pentas seminar
Dan semestinya tak sabar menanti Oktober ini untuk terbang ke sana ...

Jika anda seorang kaki travel .. atau anda tidak pernah bercuti hingga ke luar negara, jom sertai saya. Kerana di Mary Kay anda berpeluang ke luar negara secara percuma.

Hubungi saya di 016 361 0628 untuk ketahui bagaimana Mary Kay boleh berikan peluang sebegini kepada anda

Parliament House

Nak join team saya?

Peluang untuk menyertai pasukan saya bulan Julai ini sudah dibuka.

Anda hanya perlukan 2 sebab sahaja untuk menyertai pasukan saya iaitu:
1.  Anda hanya mahu menjadi pengguna produk sahaja dengan menikmati harga istimewa di samping mendapatkan pelbagai hadiah menarik ATAU
2. Anda mahu memulakan kerjaya di bidang kecantikan dengan modal yang rendah tanpa apa-apa pengalaman. Anda akan dilatih secara percuma. Dan saya akan membimbing anda hingga berjaya dengan syarat anda bersedia untuk belajar.

Menarik bukan?
Hubungi saya di 016 361 0628 untuk keterangan lanjut.

Gambar ini antara aktiviti kami di Mary Kay. Belajar hingga ke luar negara yang ditaja sepenuhnya oleh Mary Kay.

Pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan yang bijak.

Tuesday, June 14, 2016

Elakkan Lipstick Feathering atau Lipstik Bleeding

Assalamualaikum semua ..
Jom nak share tips

Untuk mengelakkan lipstick feathering atau lipstick bleeding. Makna utk sapuan lipstik yang lebih sempurna, ikuti langkah berikut:

1. Buang sel kulit mati di bibir. Boleh gunakan Mary Kay satinlips lip mask 2 kali seminggu
2. Sapukan lipbalm supaya bibir tidak kering. Bibir yang selalu kering akan cepat bergaris dalam dan banyak. Cuba lihat bibir you di cermin. Adakah ia licin dan lembut? Atau kering, banyak garisan dan ada garisan yang dalam. Dan tepi bibir, nampak rata atau bagai dah crack/retak2?
3. Gunakan lipliner untuk elakkan lipstik tidak berada dalam kawasan yang sepatutnya
4. Sapulah lipstik yang melembapkan kulit di bibir.
Lipstik yang tahan lama akan mengeringkan bibir. Dan ingat tu .. bibir kering cepat nampak tua.
Last sekali sapulah lip gloss di bahagian tengah bibir bawah sahaja supaya nampak lebih full dan seksi.
5. Masa membersihkan bibir, gunalah oilfree makeup remover. Bibir seperti bahagian mata, sangat nipis berbanding kawasan lain di wajah. Jadi ia memang cepat berkedut. Gunalah makeup remover yang memang dicipta khusus untuk bahagian sensitif ini.
Dan ingat juga. Pastikan bibir betul2 bersih dari lipstik supaya wuduk anda sempurna dan juga untuk mengelakkan bibir yang kering dan nampak dull

Pakej Mary Kay untuk bibir:
1. Oilfree makeup remover
2. Satinlips lip mask
3. Satinlips lip balm
4. Lip liner
5. TD lipstick
6. Lip gloss

Untuk bibir yang cantik dan sentiasa muda
💋💋

Monday, May 30, 2016

Hong Kong lagi ...

Dah pernah ke Hong Kong? Dan nak pergi lagi? Mengapa tidak? Saya suka ke sana.

Atau belum pernah ke sana lagi. Dan mahu lihat apa yang menarik di sana?

Jom ke Hong Kong.
Kali ini secara percuma.
Tak perlu risau tentang tambang kapalterbang. Atau hotel. Atau transport di sana nanti.
Semua disediakan..secara percuma.
Anda hanya perlu fikirkan baju apa nak pakai. Dan souvenir apa nak beli.

Hong Kong .. destinasi pelancongan sesuai untuk semua peringkat usia dan agama.

Jom join team saya. Kita sama-sama ke Hong Kong Februari 2017 nanti.
Hong Kong Disneyland .. tak kisahlah tua atau muda .. jom ke sini .. the happiest place on earth katanya ..
Ini saja yang sempat .. Donald pun Donald lah kan .. nak tunggu Mickey berderet orang beratur ..
Jangan silap faham .. Inilah Kpop star kesukaan saya .. bintang dari siri My Love From The Star .. tapi ini hanyalah patungnya .. Madame Tussauds The Peak

Saya ke Dallas lagi ..

Dallas .. jauh beribu batu tapi tetap mahu saya kunjungi lagi .. dan lagi ..

7 jam dari KL ke Doha
4 jam transit di Doha
Dan 15 jam dari Doha ke Dallas

Menaiki Qatar Airlines kali ini ..
Merentasi Eropah dan Greenland

Ini adalah kali kedua saya ke Dallas. Kali pertama sebagai Sales Director baru. Dan kali kedua nya sebagai Senior Director setelah berjaya menamatkan cabaran sebagai senior dan setelah berjaya membimbing dua orang offspring Director saya untuk menamatkan cabaran yang sama.
Kali ini kenangan yang lebih indah. Kerana pergi bersama anak didik saya.
Seperti biasa, ibu pejabat Mary Kay Cosmetics tempat wajib dikunjungi.
Dan semestinya pejabat mendiang Mary Kay Ash juga.
Kami dibawa ke kilang dan gudang.
Dan juga tidak lupa ke Premium Outlets.

Wow .. memang seronok ..

Bergambar bersama offspring Directors saya di hadapan ibupejabat Mary Kay Inc di Dallas Texas
Gambar wajib jika berada di Dallas.  Bangganya menjadi sebahagian dari keluarga syarikat terbaik untuk wanita berkerja
Duduk di meja mendiang Mary Kay Ash,  di dalam pejabat mendiang. Sangat special.  Hanya achievers luar dari Amerika Syarikat berpeluang duduk di sini ..

Ini NSD Judy dari Korea.  Sangat cantik kan?  Kata Judy,  sebagai seorang ibu,  tiada apa yang kita tidak mampu lakukan
Haha .. berangan jadi model Harley sekejap ..
Saya suka gambar ini .. pemandangan Oslo dari udara. Sangat cantik.  Bahagian putih tu adalah kawasan yang diselaputi salji
Penerbangan dari Los Angeles menuju Doha.  Bahagian hitam menandakan waktu malam.  Greenland di Kutub Utara tetap siang.
Dan ini ketika merentasi Greenland. Sebelum itu kami baru saja melalui kawasan Kanada yang sedang mengalami matahari terbenam.  Tiba di Greenland beberapa minit kemudian tiba-tiba terang benderang.  Subhanallah .. 
Sempat singgah ke San Fransicso kali ini.  Sebelum pulang dari Dallas.  Golden Gate bridge yang sangat cantik
Rumah di San Fransisco .. jika anda masih ingat sitcom Full House dahulu kala .. sangat cantik 
Dan inilah tram yang sangat terkenal di SF ..

Saturday, February 6, 2016

I am A Mary Kay Beauty Consultant

I am a Mary Kay Beauty Consultant.
And I am proud of that!!
I don't only teach women on how to take care of their skin, or how to enhance their looks using Mary Kay colors, but I also show them how to earn money and unleash their inner potential to lead people and be more confidence. 
 
 
 
Tujuh tahun berkerjaya bersama Mary Kay.
18 tahun berkerjaya di bidang Information Technology.
Bermula hanya dengan suka-suka secara part time, akhirnya inilah pilihan hati.
Cantik atau kelulusan universiti bukanlah syarat untuk berjaya di Mary Kay. Tetapi cukup sekadar suka belajar, rajin berusaha, punya kesungguhan dan seorang yang penyayang.
Anda bukan bersendirian di Mary Kay. Ada ramai yang sudi membantu. Jadi tidak perlu risau. 
 
 
My ultimate goal! To be a Nastional Sales Director.
Bukan kerana pendapatan lumayan itu.
Tetapi kerana saya mahu menjadi inspirasi kepada wanita di sekeliling saya. Saya mahu lebih ramai wanita Melayu beragama Islam pergi sejauh itu. Saya mahu tunjukkan pada dunia bahawa di Mary Kay, kita mampu membuat pilihan. 

Anda mahu bersama saya?

Saya sangat berbesar hati untuk membantu anda!!

Mary Kay Skinvigorate cleansing brush

Mary Kay Skinvigorate Cleansing Brush. Alat untuk membersihkan wajah yang perlu dimiliki oleh semua orang tidak kira lelaki atau perempuan.


Apakah kelebihannya?
Tahukah anda terdapat lebih dari 20 ribu liang pori di wajah kita?
Dan pembersihan dengan jemari sahaja tidak memcukupi. Sebab itulah kita memerlukan Skinvigorate cleansing brush ini.


Bagaimana Mary Kay Skinvigorate cleansing brush ini bertindak? 
1. Menanggalkan kotoran dan mekap 85% lebih bersih dari menggunakan jari jemari anda
2. Urutan 400 putaran seminit bukan saja membantu menanggalkan sel kulit mati di wajah tetapi juga memberi urutan pada wajah.
3. Ia sangat kecil, ringan, hanya menggunakan 2 bateri AA dan kalis air. Sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana. Bulu berusnya juga sangat halus dan lembut. Dan kehalusan bulu berusnya membolehkan pori-pori dibersihkan dan hasilnya, regimen penjagaan wajah seterusnya mudah meresap ke dalam kulit dan dapat memberi kesan yang maksimum
Wajah akan kelihatan lebih bersih, sihat dan berseri.
4. Menjimatkan penggunaan pencuci wajah anda. Dan skinvigorate sesuai digunakan walau dengan pencuci jenama apa sekalipun.

Dengan skinvigorate cleansing brush, anda berpeluang mencuci wajah seperti di spa. Bila-bila masa. Dan di mana-mana saja. Dan paling penting, ia lebih menjimatkan masa dan wang anda

Friday, February 5, 2016

Bengkel Kecantikan kembali lagi ..

Lamanya rasa tak buat beauty workshop kan?
Rindunya..
Rindunya nak ke bandar Kuala Terengganu.
Bumi tempat saya belajar berdikari.
Jom ke sini.
Kita kenali jenis dan keadaan kulit kita.
Kita belajar teknik penjagaan wajah yang betul untuk hasil yang anda pasti suka.
Kita lihat potensi wajah untuk menjadi cantik berseri dengan teknik mekap yang mudah.
Dan mungkin anda berminat untuk menambah pendapatan bersama Mary Kay?
Mungkin apa yang anda cari ada di sini ..
Hubungi saya SD Hasni di 016 361 0628 untuk tempahan tempat.
Jumpa anda di sana ya ..
 
 

Thursday, October 15, 2015

China Seminar: Mary Kay China 20th Anniversary

Percutian percuma ke China sudah lama menjadi impian saya.  Terutamanya ke Hangzhou .. kisah West Lake nya yang cantik,  sutera yang murah dan paling menarik adalah ilmu dari National Sales Director yang hebat di sana.
 
Tiap tahun Mary Kay Malaysia mengadakan cabaran ke China Seminar.  Memang sudah lama saya nantikan.  Go China Seminar,  untuk mendapat hadiah trip melancong sambil belajar ke Hangzhou memerlukan saya untuk melahirkan 20 orang Star Consultant dalam masa 6 bulan.  bukan sesuatu yang mudah memandangkan unit saya tidaklah begitu besar.  Tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.
 
Wanita .. jika dia terlalu mahukan sesuatu,  dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
 
Sangat benar.
Dengan izin Allah,  saya berjaya mencapainya. Alhamdulillah.  Tercapai impianku untuk ke bandar sutera ini.  
 
 
Inilah West Lake.  Sebuah tasik buatan.  Sangat cantik.  Dengan teratainya dan pohonan yang merimbun di tepi tasik
 
Pemandangan dari Restoran yang sangat terkenal di Hangzhou.  Yang menjadi tumpuan VIP dari seluruh Negara tiap kali mereka ke Hangzou.  Termasuk Tun Mahathir
 
Inilah pohonan cantik di tepian tasik ..
 
Kami dikejutkan dengan persembahan di West Lake pada malam itu.  Saya sungguh terpesona dengan kreativiti orang China.
 
Kami dibawa ke National Park.  Kawasan paya bakau.  Tengoklah botnya .. sungguh klasik kan
 
Kedai-kedai di National Park.  Masih mengekalkan keunikan rumah lama mereka,  sangat cantik ..
 
Kita kembali ke hotel kami,  The Dragon Hotel.  Dipenuhi dengan tasik.
 
Breakfast time ..
 
Getting ready for Seminar!!
 
Lihatlah Seminar di China .. Dibuat di stadium .. entah berapa ribu orang lah yang hadir dalam stadium ini .. yang pasti hanya yang berjaket merah dan ke atas yang berjaya mencapai cabaran tahunan dibenarkan berada di dalam stadium.  Jika bukan pencapai hanya dibenarkan melihat skrin besar di luar stadium.  Hebat orang China kan?
   
Kami adalah pencapai Go China Seminar dari Malaysia
 
Dan kami diberi on-stage recognition.  Sungguh teruja .. bukan hanya berada di pentas Seminar Malaysia tetapi saya juga berpeluang untuk berada di atas pentas Seminar China ..
 
Ini adalah antara NSD di China.  Sungguh cantik dan glamour kan?
 
New NSD inauguration .. NSD ke 78 di China
 
Persembahan di Seminar China .. anda lihatlah sendiri. Dan nilaikan sendiri.  Hebat atau tidak?
 
Persembahan dari GM Mary Kay China Mr Paul Mak dan Presiden Mary Kay Asia Pac Mr KK Chua
 
Konsultan yang berada di luar stadium .. yang hanya dapat melihat seminar di skrin besar ..
 

Wednesday, October 14, 2015

Mykonos ... saya sudah jatuh cinta

Mykonos Greece .. tak pernah terlintas untuk tiba ke sini ..
Alhamdulillah .. dengan Mary Kay, saya berjaya melihat sendiri ciptaan Allah ini. Indahnya Mykonos ..
Birunya dan jernihnya air laut nya .. ditambah dengan bangunan di sekitar pantainya yang sengaja dicat dengan warna putih.
Sekali pandang bagaikan kapas. Dua kali pandang bagaikan biskut diselaputi gula.
Suatu hari nanti saya mahu kembali ke sini lagi ..
Bagaikan lukisan. Di belakang saya, di tengah lautan Aegan, kapal kami ms Zuiderdam

Presiden Mary Kay Inc, Mr David Holt yang mengiringi kumpulan kami dari Malaysia ketika di Mykonos. Gereja putih bagaikan biskut di belakang kami. Dibina sedemikian rupa untuk mengaburi mata musuh dari tengah lautan

Dan ini pohon zaitun. Di mana-mana .. dan yang istimewanya, ia sangat tinggi. Lihat batangnya yang sangat tua tu

Gambar paling saya suka. Kombinasi dua ciptaan Allah yang sangat cantik. Alhamdulillah .. dipertemukan di sini