Tuesday, November 10, 2009

Enriching Women's Lives

Kini kita semua boleh memiliki perniagaan sendiri dengan menjadi Beauty Consultant (BC) atau Perunding Kecantikan dengan Mary Kay.


Ingin menjadi BC?

Hanya perlu tandatangan borang persetujuan dan membayar RM180 sebagai bayaran penyertaan, RM20 untuk bayaran makan tengah hari semasa kursus ESRS berlangsung. Sebagai permulaan, anda akan diberikan beg Mary Kay yang mengandungi Starter Kit yang antaranya adalah Time Wise Basic set untuk kulit berminyak, Medium-Coverage Foundation Ivory 200 dan Beige 304, sampel Time Wise 3-in-1 Cleanser dan Moisturizer (untuk kulit normal ke kering dan normal ke berminyak) .

Selain daripada itu, ada hadiah sekiranya anda mendaftar bersama Cantik Bersama Mary Kay! Pilihlah antara Mary Kay creme lipstick, nourishing lip gloss atau Mary Kay Soothing Eye Gel bernilai RM95 sebagai tanda terimakasih daripada saya kerana menyertai team saya.

Semua BC baru akan mendapat program pendidikan serta ganjaran percuma.
Bagi menyediakan kita melewati perjalanan yang bermakna dan berharga bersama Mary Kay, kursus ESRS (Essential Step to Reach Success) adalah suatu program paling tepat untuk belajar asas perniagaan supaya matlamat kita tercapai.


APA ITU ESRS?

Ia adalah program selama dua hari yang menitikberatkan pengetahuan dan kemahiran perniagaan bagi membantu kita memulakan bisnes. Melaluinya, kita akan dapat
1) Mengenali siapa wanita yang bernama Mary Kay Ash
2) Meneroka dan merealisasikan impian kita
3) Menjual produk Mary Kay
4) Kenalpasti Jenis Kulit kita
5) Mengetahui Produk Mary Kay
6) Pengurusan Bisnes
7) Pelan Tindakan

Apakah Faedahnya?

Selepas dua hari tersebut, kita akan menerima
1) Hadiah istimewa selepas menyempurnakan tugasan
2) Sijil Tamat Program
3) Pin ESRS yang eksklusif
4) Baucer bernilai RM200 (boleh ditebus semasa membuat belian)



Saturday, October 31, 2009

SKIN CARE CLASSES

SKIN CARE CLASS (SCC) bertempat di Jaya33 pada 24 October 2009



Ini merupakan SCC pertama kak has bersama SD Fiza. Selepas menghadiri SCC bersama SD Fiza barulah kak has berasa yakin untuk menghoskan sendiri facial. Thanks Fiza. You are a great leader.


Terimakasih pada Wanie dan Ija yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri SCC kak has hari tu ya ..




















Wanie dan Ija sedang asyik mendengar penerangan yang panjang lebar. Sebelum scc dimulakan, pelanggan akan diperkenalkan kepada pengasas produk Mary Kay dan produk-produknya. Dan setiap pelanggan juga akan diberi peluang untuk mencuba barangan Mary Kay yang terdiri daripada set kecantikan kulit, penjagaan badan, penjagaan bibir dan mekap.


Hanya sebelah bahagian wajah dikenakan masker untuk menunjukkan perbezaannya. Bibir juga telah dipakaikan masker bibir (pada bibir bawah sahaja). Perhatikan perbezaan bibir atas dan bibir bawah. Bibir bawah kelihatan merah secara semulajadi. Ini adalah kerana sel-sel kulit bibir yang telah mati telah disingkirkan dan hasilnya bibir yang merah, licin dan lembut. Lip spa hanya perlu dilakukan sekali dalam seminggu.


Model yang berkulit normal to dry telah mengenakan botanical set formula 2. Kesannya, kulit kelihatan lembap. Blackhead juga telah hilang. Kulit kelihatan lebih halus. Ija seakan tidak percaya blackheadnya boleh hilang dengan mudah sahaja. Tak perlu picit-picit lagi.



Wani yang berkulit berminyak telah menggunakan botanical set.

Bahagian yang telah dipakaikan clay mask sebelah kiri anda. Cuba lihat blackhead yang telah dihilangkan selepas penggunaan mask. Kulit juga kelihatan kurang berminyak. Pori-pori juga kurang jelas.





Wajah selepas facial dan basic make-up. Kulit kelihatan flawless dan berseri selepas model mengenakan foundation, mineral powder foundation, mineral cheek color, lipstik dan pengilat bibir.


Saturday, October 24, 2009

Kenali Jenis Kulit Anda

Mengenalpasti jenis kulit

Apakah 4 jenis kulit yang asas?

  • Kering
  • Normal
  • Kombinasi
  • Berminyak

Apakah ciri-ciri kulit jenis kering?
  • Liang roma yang kecil
  • Kelihatan tidak bermaya
  • Garis halus di sekeliling mata dan mulut

Produk ini membantu melembutkan dan melicinkan lagi kulit kering dengan:

  • Membersih dengan lembutnya tanpa mambawa kesan kulit mengelupas
  • Melembutkan dan menambahkan kelembapan yang diperlukan
  • Mengurangkan kesan-kesan garis dan mengurangkan warna kulit yang tidak sekata

Apakah ciri-ciri kulit jenis normal?
  • Mengandungi minyak dan kelembapan yang seimbang
  • Kadang-kala berjerawat atau liang roma tersumbat
  • Garis dan kedut jarang terbentuk

Produk ini membawa faedah kepada kulit jenis normal dengan:

  • Mengekalkan kelembapan yang seimbang supaya kelihatan sihat dan berseri
  • Melicinkan lagi tekstur kulit serta meningkatkan kesan kulit yang bersih dan segar

Apakah ciri-ciri kulit jenis kombinasi?

  • Kulit kelihatan sihat dengan tekstur yang licin
  • Kawasan T-zon yang berminyak
  • Tanda-tanda kekeringan di bahagian pipi serta di sekitar tepi muka
  • Garis dan kekedutan jarang terbentuk sekiranya penjagaan rapi diberikan sehingga individu mencapai usia tua

Produk ini dapat memberikan faedah kepada jenis kulit kombinasi dengan:

  • Mengawal pengeluaran minyak di kawasan T-zon
  • Mengecilkan liang roma serta melembapkan bahagian kulit yang kering

Apakah ciri-ciri kulit jenis berminyak?


  • Liang roma yang kasar
  • Selalu mengalami masalah jerawat dan liang roma tersumbat
  • Kulit kelihatan berkilat

Produk ini dapat memberi faedah secara:

  • Mengawal minyak , meninggalkan kesan kulit yang licin
  • Membersihkan bahan kotoran dan pengumpulan minyak pada pembukaan liang roma
  • Membantu memanjangkan tempoh ketahanan warna solekan

Saturday, October 3, 2009

Wajah Terbaru

Inilah wajah terbaru saya! Selepas 3 minggu penggunaan serum bervitamin C sebanyak 2 kali sehari.

Kulit terasa lebih lembap, lebih anjal, lebih gebu dan garis-garis halus semakin hilang. Jeragat juga semakin mencerah.
Tiap kali bersolek, saya cuma perlu menyapukan sedikit foundation dan bedak yang sangat nipis untuk mendapatkan kesan yang flawless.



Tidakkah anda juga inginkan kulit seperti ini? Anda juga mampu mendapatkan kulit seperti saya atau mungkin lebih baik daripada saya.










Tuesday, September 29, 2009

Jaminan produk

Sebuah syarikat yang boleh anda percayai,
satu produk yang boleh anda yakini

Jaminan Produk ini ialah satu bukti kepada kualiti tinggi semua produk. Ia dicipta begitu rupa supaya anda boleh berasa yakin bahawa produk yang anda beli ini adalah antara yang terbaik di pasaran . Kami komited untuk menawarkan produk berkualiti tinggi yang akan memuaskan permintaan setiap wanita hari ini.

Keselamatan produk adalah keutamaan kami
Pada tahun lazim, syarikat membelanjakan jutaan dolar untuk menjalankan lebih daripada 300,000 ujian bagi memastikan bahawa setiap produk memenuhi piawaian tertinggi dari segi keselamatan, kualiti dan prestasi.

Pakar-pakar sains menilai setiap satu ramuan dan setiap produk akhir
Semua ujian yang ketat, pengujian semula, dijalankan atau diselia oleh ahli-ahli Makmal Penyelidikan dan Pembangunan, termasuk ahli-ahli sains berkelulusan Ph.D dan ijazah lanjutan yang lain dalam bidang toksikologi, farmakologi, mikrobiologi, kimia dan biokimia.

Jaminan Kepuasan
Jika atas sebarang alasan anda tidak berpuashati sepenuhnya dengan mana-mana produk, ia akan digantikan tanpa bayaran, tukar ganti atau harga beli penuh dikembalikan beriktan barang belian itu dikembalikan kepada Perunding Kecantikan Bebas yang sah atau jika dia tidak aktif lagi, kepada Syarikat berserta dengan bukti pembelian.

Thursday, September 24, 2009

Butylparaben

Salah seorang kenalan yang prihatin (thanks Mar!) telah bertanyakan saya tentang butylparaben yang terdapat di dalam Mary Kay Satin Lips Lip Balm.

Produk Mary Kay seperti produk kecantikan lain juga memang ada mengandungi bahan kimia. Ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Walaubagaimanapun, bahan kimia yang terkandung di dalam produknya adalah dalam kuantiti yang sangat minimal dan yang dibenarkan sahaja. Setiap tahun, lebih daripada 300,000 ujian telah dijalankan ke atas bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan produk kecantikan Mary Kay untuk memastikan ianya selamat digunakan dan dapat memberikan hasil yang positif.

Walaupun fakta ini telah ramai ketahui, saya masih mengambil inisiatif untuk mendapatkan kepastian daripada pihak Mary Kay dan ini adalah respon daripada mereka:


From: Customer Service, Malaysia [Customer.ServiceMalaysia@mkcorp.com]
Sent: Thursday, September 17, 2009 8:37 AM
To: Hasni

Subject: FW: Butylparaben

Dear Hasni,

Thank you for your email.

This ingredient is one of the many “parabens” that are safely used in MK products and approved for use by your country’s authorities. This category of ingredients help to protect the products from mold, bacteria and other germs that could potentially cause problems for consumers. This is why parabens are so popular to be used in consumer products and medications around the world.

Unfortunately, the information provided below by your prospect is not entirely accurate. For your reference, we will provide a few “balanced” websites that can help the consumer make a decision to use products with butylparaben or not. If she chooses not to, then she can simply avoid the products that have this ingredient on our packaging.


http://www.cosmeticsinfo.org/
http://www.cancer.org/docroot/MED/content/MED_6_1x_Antiperspirants.asp

http://www.marykay.com/company/productresearchanddevelopment/default.aspx?ab=sidenav_productresearchanddevelopment

Please do not hesitate to contact us should you have any enquiries.

Thank you.

Sunday, September 6, 2009

Gift Hampers for any Occassions

Set penjagaan diri Harga : RM150



Lipstik dan suplement untuk wajah yang berseri Harga : RM180




Set penjagaan asas botanical Harga : RM300

Saturday, August 29, 2009

Testimonial



Testi untuk Set Penjagaan Kulit



6 bulan lalu saya telah menghadiahkan set penjagaan badan yang terdiri daripada Loofah body cleanser dan Shower gel kepada anak buah saya pada hari perkahwinannya. Petang tadi saya telah menghubungi Yun untuk mengajaknya menghadiri sesi penjagaan kulit.

Kami memang sudah lama tidak saling menghubungi dan sebentar tadi, baru dia tahu saya yang telah menghadiahkan set penjagaan badan itu padanya. Katanya, kedua-dua produk telah lama habis digunakan dan dia pula tidak tahu di mana hendak mendapatkannya lagi. Biasalah tu. Kebanyakan pengguna cuba mencari produk ini di kaunter tetapi gagal menemuinya. Kata Yun, suaminya yang menyuruhnya mendapatkan lagi produk tersebut; kedua-dua mereka sangat suka menggunakannya. Saya juga sangat teruja. Setiap kali saya menjual produk jenama ini atau menghadiahkan produk jenama ini kepada pelanggan, tiada apa yang saya harapkan (selain daripada extra income!!) selain kepuasan pelanggan!




Testi untuk produk kecantikan kulit




Ini gambar terbaru yang diambil tepi highway masa saya ke Arau untuk SCC
Disember 2009


Mekap tetap maintain :)









Inilah wajah terbaru saya!
September 2009

Setelah hampir setahun menngunakan produk anti-penuaan yang mengandungi pembersih 3 dalam 1, pelembab, krim siang dan krim malam diikuti dengan penggunaan supliment untuk melembab dan masker, kulit terasa semakin anjal, tona yang lebih sekata, lembab dan gebu.
Penggunaan pencuci mekap bebas minyak juga memastikan kulit bibir terasa licin dan bebas dari sisa-sisa lipstik harian dan juga memastikan kawasan mata bersih dari kesan pembayang mata, celak dan maskara.

Kini saya sudah hampir seminggu menggunakan serum bervitamin C, dan kulit terasa lebih lembut dan gebu. Tujuan penggunaan serum bervitamin C ini adalah untuk menghilangkan garis-garis halus dan pigmentasi yang sudah mula kelihatan pada kulit wajah saya.






Ini pula gambar salah seorang pengguna.
Adakah anda mempunyai masalah jerawat dan kulit yang berminyak yang sama sepertinya? Dan inginkah anda mendapatkan kulit yang lebih sihat dan tidak berkilat atau berjerawat sepertinya? Hubungi saya untuk jawapannya ..






Monday, August 17, 2009

Powder





Asas yang Sempurna ...

Anda tidak perlu dilahirkan dengan kulit yang sempurna untuk kelihatan sempurna pada hari ini .

Inginkan bedak yang memberikan liputan seperti bedak asas?

Mineral Powder Foundation

Bedak ringan, penyempurna kulit yang memberikan liputan yang boleh ditokok mengikut kesukaan anda.
Anda boleh memilih samada ingin menyapukan foundation terlebih dahulu atau tidak. Kesannya tetap sama .. kulit wajah yang licin berseri.

Pilihlah warna yang sesuai dengan kulit wajah anda ...

Nota : Penggunaan foundation bersama Mineral Powder Foundation semestinya memberikan kesan kulit yang licin dan rata. Dengan sapuan yang nipis mampu memberikan hasil yang mengagumkan.



Mineral Foundation Brush

Berus yang diperbuat daripada bulu kambing ini membantu memberikan kesan bedak yang sama rata pada wajah.





Loose Powder

Dengan sapuan tipis di atas lapisan bedak asas (foundation) dapat mengawal kilatan dan dapat memberikan kesan wajah yang senantiasa segar sepanjang hari.




Sheer Mineral Pressed Powder

Kekalkan kesegaran wajah anda dengan deria rasa pengawal kilat ini. Bedak tekan membantu mengurangkan keketaraan garis-garis halus, meningkatkan kilauan dan menampilkan warna yang halus.






Foundation



Ingin memilih bedak asas jenis cecair kerana mempunyai kulit jenis normal hingga kering?

Penggunaan foundation semestinya lain dari yang lain. Sapuan yang sangat tipis sudah mencukupi untuk menutup cela, memberikan kesan yang sempurna pada wajah dan semestinya tidak berminyak.


Didatangkan dalam dua jenis :

Foundation
Membekalkan warna yang tahan pakai dan kekal seperti asalnya serta mengawal minyak berlebihan selama sekurang-kurangnya lapan jam.

Foundation
Membekalkan warna kekal seperti asal dan tidak tanggal serta segera menghidratkan kulit sehingga enam jam.


Pilihlah daripada 5 tona yang sesuai dengan warna kulit wajah anda :


Nota : Foundation ini memberikan kesan kulit yang rata dan tidak berminyak atau berkerak.

Dengan penggunaan normal, tiub kecil ini mampu bertahan selama sekurang-kurangnya 5 bulan. Jimat bukan?