Monday, February 15, 2010

Kulit terbakar dek panas cahaya matahari

Cuaca sekarang memang sangat panas. Semalam ketika di kampung, anak kak has yang berumur 11 tahun berjemur tengah panas mencari ikan di sungai. Itulah kegemarannya .. menangguk ikan bersama sepupunya. Rasanya adalah paling kurang 2 jam dia berjemur di tengah panas tanpa baju.


Balik ke rumah malam tadi mengadu belakang tubuhnya sakit-sakit. Bila kak has tengok, dah macam udang kena bakar. Patutlah sakit sangat .. dah sun burnt. Mula-mula kak has sapukan gel gamat. Lega katanya, tapi bila gel gamat dah kering kembali sakit. Nak berbaju tak boleh, nak tidur pun terpaksa meniarap. Tiba-tiba kak has teringat cerita Auntie Aida, salah seorang senior sales director Mary Kay yang paling senior di Malaysia. Katanya, dia selalu letakkan Mary Kay oil-free hydrating gel satu di dalam bilik dan satu lagi di dapur. Untuk apa? Kalau terkena minyak panas tika memasak! Lalu kak has pun terfikir untuk mencubanya pada anak kak has. Memang berkesan. Rasa perit kerana terbakar dek cahaya panas matahari dapat dikurangkan. Pagi ini dia tampak kembali normal.

Untuk sesiapa yang menghadapi masalah kulit wajah terbakar dek panas cahaya matahari, boleh cuba produk ini.

Saturday, February 6, 2010

Berminat dengan produk Mary Kay tapi bagaimana ingin mendapatkannya?

Kak has di Petaling Jaya. Pelanggan di Utara dan di Selatan tanahair, dan mungkin juga di negeri di bawah bayu. Bagaimana ingin berurusan dan berjual beli? Jangan bimbang ...


Kita ada telefon, boleh sms atau telefon bila-bila masa.
Kita ada internet, boleh PM bila-bila senang.
Dan semestinya, kita perlu berjumpa untuk bertemu-janji. Tanpa internet mungkin kita tidak kenal. Tanpa telefon mungkin kita tidak dapat beramah mesra. Tanpa perjumpaan kita tidak dapat bertemu-janji. Tanpa temu-janji tiada facial. Tanpa facial tiada pertalian. Tanpa pertalian tiadalah perhubungan yang berterusan dan seterusnya tiada kesetiaan.
Walaupun kita mungkin bertemu di alam maya, kak has akan mencuba sedaya upaya untuk bertemu dengan pelanggan.


Prospek pernah bertanya bagaimana mungkin berurusan secara jarak jauh?
Mula-mula, kita perlukan facial. Kak has cuma boleh memberikan produk yang sesuai dengan masalah dan keperluan pelanggan melalui facial. Selain daripada itu, ianya adalah peluang bagi kak has memperkenalkan produk-produk Mary Kay yang lain-lain, yang mungkin tiada di dalam senarai pelanggan. Contohnya, oil-free makeup remover. Bagi kak has, ia merupakan salah satu kemestian dalam rejimen produk kecantikan kulit kak has.
Kemudian untuk urusan pembelian, ia boleh dibuat secara terus melalui telefon atau email. Pembayaran seterusnya akan dibuat melalui bank transfer.
Untuk penghantaran pula, kita ada perkhidmatan poslaju. Produk akan dibungkus kemas sebelum penghantaran dibuat dan biasanya, barangan akan tiba dalam masa 2 atau 3 hari bergantung pada lokasi.

Mudah bukan?


Inilah contoh barangan yang telah siap dibungkus sebelum dihantar kepda pelanggan menggunakan perkhidmatan poslaju.

Solekan Asas


Ingin kelihatan menarik tetapi tiada masa untuk bersolek?


Saya adalah ibu kepada empat orang anak, 3 sudah bersekolah dan seorang baby, sebenarnya tak lah baby sangat, dah berumur 2 tahun setengah, tetapi masih berjaga malam untuk susu.

Terjaga pada waktu pagi, saya akan menyediakan sarapan dan bekal untuk anak-anak dan suami, kadang-kadang sekadar roti tetapi menu tetap tiap minggu adalah samada mee goreng, nasi lemak atau meehoon goreng. Tetapi saya masih berpeluang untuk bersolek untuk ke pejabat. Kadang-kadang sempat lagi bermaskara :D



Apa rahsianya?


Selepas mandi, mula-mula saya akan sapukan freshener botanical formula 2 dengan menggunakan kapas muka pada wajah. Ini bertujuan untuk membuatkan pori-pori kelihatan lebih halus dan yang akan membuatkan mekap tampak lebih cantik.


Ini diikuti pula dengan timewise day solution. Tujuannya selain daripada mencergaskan pembaharuan sel-sel kulit, ianya juga bertindak untuk melindungi wajah daripada sinaran UV dan radikal yang menyebabkan penuaan kulit wajah.


Kemudian saya akan menyapukan oil-free hydrating gel yang akan memberikan kelembapan selama 10 jam. Saya percaya penggunaan gel ini yang membuatkan wajah saya tampak berseri-seri atau pun glowing.


Selepas itu saya akan menyapukan timewise age-fighting moisturiser untuk memastikan kelembapan kulit wajah di sampingmemacu proses pembaharuan kulit wajah. Ini diikuti pula dengan timewise firming eye cream yang dikhaskan sebagai pelembap di sekitar mata. Bagi saya yang biasanya hanya mendapat tidur sebanyak 5 jam sehari (disebabkan baby yang masih memerlukan perhatian dan juga kerja-kerja sebagai perunding kecantikan Mary Kay yang pada mulanya hanya sebagai kerja sampingan), saya dapati krim mata ini bukan sahaja membantu menghilangkan garis halus dan kedut pada mata, tetapi ianya juga membantu untuk menghindarkan kesan lingkaran gelap.


Proses penjagaan kulit wajah tidak lengkap tanpa penggunaan foundation! Foundation selain daripada membuatkan kulit wajah tampak licin dan rata, ianya juga berfungsi sebagai pelindung kulit wajah daripada alam sekitar contohnya habuk daripada melekat terus pada kulit wajah.

Anda boleh memilih samada untuk menyapukan foundation atau terus menyapukan mineral powder foundation pada wajah anda. Penggunaan mineral powder foundation juga boleh membuatkan kulit wajah tampak licin dan rata tetapi saya memilih untuk menyapukan satu lapisan tipis mineral powder foundation di atas lapisan foundation untuk membuatkan kulit wajah tampak rata, licin dan matte.


Untuk mekap yang paling ringkas, saya akan membentukkan sedikit kening saya yang agak lurus dan tiada bentuk ini. Kemudian saya akan sapukan lip balm dan lipstik. Lip balm bagi saya sangat penting kerana bibir saya yang sangat kering. Lip balm adalah antara barangan asas yang telah saya gunakan sejak 15 tahun dulu.


Untuk mekap ekstra, saya akan menyapukan mineral eye color dan mineral cheek color. Selalunya, saya akan menggunakan warna-warna natural kegemaran saya antaranya, lemongrass (hijau muda), dusty lilac (ungu muda), precious pink (merah jambu) dan blue metal (biru muda) sebagai warna asas dan diikuti pula dengan amber blaze (coklat), sweet pulm (ungu), iris (ungu muda) atau denim frost (biru). Untuk highlighter, saya akan gunakan warna-warna seperti crystalline, sweet cream atau moonstone. Manakala untuk pemerah pipi pula, warna kegemaran saya adalah sparkling cider (keorenan) dan strawberry cream (merah jambu). Jika masa mengizinkan, saya akan menyapukan liquid eye liner untuk mata yang lebih menawan dan juga ultimate mascara untuk bulu mata yang kelihatan lebih panjang.


Untuk solekan paling ringkas, saya cuma memerlukan kurang daripada 10 minit dan untuk solekan ekstra, saya akan mengambil masa selama 20 minit.


Cepat bukan? Dan hasilnya wajah yang tampak berseri, segar dan menawan. Dengan penggunaan harian, kita boleh menjadi lebih efisien dan tidak perlu menghadap cermin terlalu lama pada waktu pagi.



Saturday, January 23, 2010

Misi Mary Kay : Memperkaya Hidup Wanita

Mary Kay Malaysia baru saja umumkan bahawa promosi ini yang sepatutnya telah tamat pada 24 Feb 2010 telah dipanjangkan hingga 30 Mac 2010 disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan!


Dengan Mary Kay, kita bukan sahaja boleh menjadi semakin cantik tetapi juga dapat menaikkan taraf hidup.
Dari sekarang hingga 30 Mac ini, anda hanya perlu membayar RM48 sahaja untuk mengubah kehidupan anda. Dengan hanya RM48 ini anda akan mendapat Starter Kit yang mengandungi :
  • Welcome brochure
  • Business Basics
  • Product Guide
  • Flip Chart
  • DSAM Code of Conduct
  • Applause
  • The Look
  • Price List
  • Online Ordering Brochure
  • ESRS/NCB Flyers
  • Independent Beauty Consultant Agreement
  • Customer Receipt, pk/25
  • Customer Profile, pk/20
  • Discover the Beauty of Mary Kay
  • Product Replacement Form
  • Request for Repurchase Form
  • Training Enrolment Form
  • Business Card Application Form
  • Weekly Plan Sheet
  • Managing your Mary Kay Business
  • MK Eco-friendly Bag
Mari kita mulakan perniagaan sendiri bersama Mary Kay.

Kisah Benar

Dalam setiap SCC, pengalaman penggunaan produk kecantikan inilah yang akan kak has ceritakan pada pelanggan.

Kak has memang dari dulu sukakan bidang kecantikan ini. Masa mula-mula bekerja dulu, produk kecantikan yang kak has guna cumalah pencuci dan pelembab jenama Clarins. Kosmetik pula terdiri daripada produk berjenama Estee Lauder, CD, Bobbi Brown, Body Shop dan Artistry.
3 tahun kemudian, kak has telah bertukar kepada produk MLM berjenama Neways. Kemudian AG2000. Dan yang terakhir dan paling lama adalah SKII.

Kak has memang tidak begitu arif tentang cara-cara penggunaan produk. Rutin harian dulu-dulu cumalah, cuci muka sekali sehari dan sapukan pelembab pada waktu pagi sahaja.
Tetapi, dua tahun lepas, kak has telah diperkenalkan dengan produk kecantikan Mary Kay. Mula-mula kak has memang tidak berminat langsung tetapi atas dasar kesian, kak has tetap mencuba free facial yang dianjurkan oleh teman sepejabat. Nyata percubaan itu tidak sia-sia. Produk pertama yang kak has beli adalah eye makeup remover dan mineral powder foundation, diikuti oleh foundation dan set kecantikan wajah. Ianya memang begitu memikat hati.

Sekarang, selepas lebih setahun menggunakan produk kecantikan Mary Kay, kak has dapati, kulit wajah semakin berseri. Garis halus tiada. Tona semakin sekata. Sesiapa yang melihat selalunya akan memerhati dengan lebih dekat lagi. Mungkin cuba mencari cela di wajah.
Apa yang pasti, kak has tidak pernah berahsia tentang usia.


Inilah antara barangan wajib yang kak has gunakan dari dulu sampai ke hari ini.

Friday, January 22, 2010

Bertemu kawan lama

Hari ini kak has telah bertemu dengan kawan-kawan lama. Ada di antara mereka yang kak has sudah 20 tahun tidak bertemu. Kali terakhir kami berjumpa sebelum masing-masing berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran. Masing-masing tentunya semakin anggun bergaya. Ada yang menegur kulit wajah kak has .. ada yang berkata kulit kak has memang dari dulu lagi memang sudah cantik.

Alhamdulillah, memang kak has bersyukur kerana dikurniakan dengan kulit wajah yang tidak bermasalah. Walaubagaimanapun, kulit yang sediakala cantik tetap harus dijaga agar sentiasa kelihatan cantik dan tentunya, muda selalu. Semakin berusia, semakin kering kelihatannya.

Apakah rahsianya? Penjagaan dari awal .. Dulu-dulu, kak has cuma gunakan pencuci dan pelembab. Krim malam dan krim siang, apatah lagi, masker .. memang tak pernah sentuh pun. Cuma sejak dua tahun lepas, selepas mengenali Mary Kay, kak has mulai berjinak-jinak dengan krim siang, krim malam, masker dan serum. Dan inilah hasilnya.

Anda semua inginkan yang lebih baik dari kak has? Tentunya boleh ..

Pabila kulit wajah sudah semulajadi cantik, kita tidak perlu lagi menggunakan alat solek yang tebal. Kadang-kadang kak has cuma sapukan pelembab saja sebelum keluar rumah, pada malam hari lah .. kalau waktu siang, kak has masih sapukan krim siang, pelembab dan foundation. Salah satu fungsi krim siang Mary Kay yang lebih dikenali dengan nama TimeWise day solution adalah sebagai pelindung UV. Sementara foundation pula agar kulit tampak lebih licin dan rata.

Thursday, January 21, 2010

SCC bersama pelajar IPTA

Baru-baru ini, kak has telah menerima jemputan untuk Skin Care Class daripada Hanie. Hanie sangat berminat dengan produk kecantikan Mary Kay dan telah lama mencari maklumat mengenainya melalui internet. Tetapi sebelum membuat keputusan untuk mencuba produk ini, Hanie inginkan kepastian samada ianya benar-benar berkesan seperti yang selalu diwar-warkan di forum-forum.
Dengan kesediaan kak has untuk membuat facial sebelum setiap jualan, Hanie telah memilih untuk bertemu kak has.

Lewat petang Ahad lalu, kami telah bertemu di rumah Hanie. Kawan-kawan serumah semuanya agak keberatan untuk mencuba tetapi setelah dipujuk, akhirnya mereka semua bersetuju untuk mencuba facial yang kak has tawarkan. Ianya percuma dan rugilah kalau tak mencuba!
Percubaan mereka semua nyata tidak sia-sia. Aisyah, Tira, Ubai dan Una nyata teruja dengan kesan segera pada wajah mereka. Disebabkan usia mereka yang masih muda, pipi yang dipakaikan masker kelihatan ternaik sedikit. Itu baru sekali pakai. Kalau dah mula pakai secara berdisiplin, pasti kulit awet muda nanti.
Seronok kak has melihat gelagat mereka berlima.

Semuanya begitu teruja sampaikan kata Hanie, dua hari selepas scc tu pun mereka masih bercerita tentang Mary Kay.

Kepada Hanie, terimakasih sebab mengundang kak has tempohari ya. Lain kali boleh kita bertemu-janji lagi bersama kumpulan yang lain pula ya.

Kepada anda semua, apa lagi .. kalau inginkan free facial, hubungi kak has ya ..

Tuesday, January 19, 2010

SCC juga terbuka buat suami

Baru-baru ini kak has telah ke rumah pelanggan yang kak has temui di forum untuk facial. Apa yang menarik perhatian kak has adalah keperihatinan suami yang sentiasa menyokong usaha isterinya yang inginkan perubahan pada wajahnya. Bagi kak has, kecantikan kita harus diutamakan untuk suami dahulu. Jadi jangan lupa ya, kalau keluar rumah kita mahu kelihatan cantik, di rumah juga haruslah begitu. Sekurang-kurangkan sapukan foundation dan bedak pada wajah agar nampak berseri sentiasa. Dan jangan lupa, kulit tubuh juga haruslah sentiasa halus, lembut dan bersih.
Semasa facial pada hari minggu itu, bukan si isteri sahaja yang mencuba produk kecantikan Mary Kay, tetapi sang suami juga teringin mencuba loofah body cleanser. Dan yang menariknya, kedua-dua mereka amat sukakannya!

Wednesday, January 13, 2010

Testimoni terbaru untuk mata

Kak Has ada berita baik untuk dikongsi bersama pembaca semua.
3 minggu lepas, kak has telah mencuba TimeWise Firming Eye Cream. Ini adalah disebabkan kak has merasakan kulit di sekeliling mata agak kering memandangkan kak has tidak mengaplikasikan apa-apa pada bahagian tersebut kecuali foundation. Kak has cuma sapukan firming eye cream sekali sehari, pada waktu pagi sahaja. Dan hasilnya, lihatlah sendiri. Garis-garis halus hilang. Bila ketawa, semestinyalah akan kelihatan laughing lines tapi bukan kedut ya!
Puas kak has berposing sambil ketawa untuk menampakkan kedut pada mata tapi tetap gagal.


SCC di Arau, Perlis pada 6 Disember 2009

MISI KE UTARA pada 5 dan 6 Disember 2009 Bahagian II

Tidak ketinggalan terimakasih yang tak terhingga buat Ayu .. kalau bukan sebab Ayu and the gang, kak Has pun tak sampai ke Utara no .. My dear Ayu, you are such a great hostess!!

Kak Nita, Nain, Ain dan Nani .. Kak Has seronok berjumpa you all yang begitu teruja dengan kehebatan produk kecantikan Mary Kay.

Ayu adalah antara pelanggan pertama kak has. Dia adalah seorang yang sungguh prihatin tentang penampilan dirinya dan yang menariknya, dia juga suka berkongsi apa saja termasuklah pengalaman Mary Kaynya bersama teman-teman. Kami bertemu di forum dan Ayu telah melayari blog kak has untuk mengetahui kehebatan produk kecantikan Mary Kay.
Kelas pertama yang Ayu hadiri adalah ketika datang ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Tidak lama selepas itu, kak has telah ke Arau atas jemputan Ayu yang beriya-iya ingin berkongsi kehebatan produk Mary Kay yang telah digunakannya bersama teman baiknya. Ayu memang mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam diri mendiang Mary Kay Ash. Salah satunya adalah sifatnya yang suka berkongsi. Ayu sangat berpuas hati dengan perubahan yang telah dilaluinya semenjak dia menggunakan Time Wise basic set di samping oil-free hydrating gel dan masker. Disebabkan itu, dia telah mencadangkan teman baiknya Nain dan kak Nita untuk mencuba produk Mary Kay juga. Dengan kedatangan kak has ke Arau, Nain, kak Nita, Ain dan Nani telah berpeluang merasai kehebatan produk kecantikan Mary Kay melalui scc yang dihoskan oleh Ayu.
Nain yang menghadapi masalah kulit berjerawat dan kak Nita yang berkulit agak kering kini semakin berseri. Secara keseluruhan, mereka semua sangat berpuashati dengan scc yang telah kak has anjurkan dan setelah melihat perubahan pada Ayu, Nain dan kak Nita, semakin ramai yang teruja dengan kehebatan produk kecantikan Mary Kay ini.
Kepada Ayu, kalau ada lagi yang berminat dengan produk Mary Kay ini, dan kalau Ayu sudi untuk menjadi hos sekali lagi, just let me know ya ..





Ini wajah Nani .. lihat bibir bawah yang kelihatan lebih merah selepas dipakaikan lip mask. Memang teruja dibuatnya. Sesiapa saja yang mencuba lip mask ini pasti tertawan. Untuk Nani, kak has cadangkan botanical set formula 2 disebabkan kulitnya yang jenis kombinasi tetapi berjerawat. Nani juga boleh gunakan system for acne-prone skin untuk kulit berjerawat diselang-selikan dengan botanical set ya .. System for Acne-Prone skin ini agak mengeringkan dan disebabkan itulah, kak has nasihatkan penggunaan pelembab.
System for Acne-prone skin ini terdiri daripada pembersih, serum dan spot solution. Untuk diri kak has, kak has biasanya cuma gunakan spot solution saja untuk jerawat-jerawat nakal ni.






Lihat pula wajah sebelah kanan Ain yang telah dipakaikan masker .. kulit tampak lebih anjal, halus dan kurang berkilat. Disebabkan usia Ain yang masih muda, penggunaan botanical set mampu memperbaiki tekstur kulit Ain.




Ain selepas dimekapkan serba sedikit .. dah nampak cantik semulajadi. Ain cuma menggunakan medium-coverage foundation dan mineral powder foundation. Kulit kelihatan flawless saja kan!



Gambar ini diambil ketika kak has dalam perjalanan dari Kuala Perlis ke Arau untuk ke rumah Ayu. Sawah padi di mana-mana!
Gambar diambil pada pukul 8 pagi.




Ini pula gambar ketika dalam perjalan dari Arau ke Padang Besar pada jam 12 tengahari. Berhenti untuk mengagumi keindahan ladang tebu. Keadaan agak panas tapi mekap tetap maintain!!