Wednesday, July 1, 2015

Peluang membina keyakinan diri melalui Mary Kay

Saya sedang mencari lima orang wanita yang berminat untuk menambahkan keyakinan diri di samping memperbaiki keadaan ekonomi keluarga.

Syaratnya hanya tiga:
1. Sukakan kecantikan
2. Sukakan orang
3. Suka belajar

Tak susah pun kan?

Tentang diri saya.
Bulan ini genaplah enam tahun saya bersama Mary Kay sebagai Perunding Kecantikan Bebas atau lebih dikenali sebagai Mary Kay Independent  Beauty  Consultant.
Sebelum ini saya hanyalah seorang pekerja bank yang tiada pengalaman berniaga, memimpin pasukan. Malah saya juga tiada  langsung ilmu tentang kecantikan. Ditambah pula dengan  sikap pemalu dan pendiam.
Tetapi kini saya sudahpun berubah. Tentunya menjadi lebih baik dari dahulu kala dan lebih positif.
Dan paling saya suka, saya dapat membantu ramai wanita yang personalitinya seperti saya berubah ke arah kebaikan.

Anda mahu jadi seperti saya juga?
Sila wassup saya di 016 361 0628.
Peluang ini terbuka kepada semua wanita berumur 18 tahun ke atas, tidak kira bangsa atau agama.

Sunday, June 7, 2015

Hong Kong : Destinasi seterusnya bersama Mary Kay



Anda mahu ke Hong Kong? Ke Disneyland? Arena of Stars? Victoria's Peak? Muzium Madame Tussaud? Atau mahu shopping? Shop till you drop?
 
Saya pernah ke Hong Kong pada tahun 2010. Saya suka ke sana. Bandaraya yang sangat moden dan bersih. Dan sangat cantik. Begitu banyak destinasi pelancongan yang boleh dilawati. Terlalu banyak kompleks beli-belah untuk mencuci mata. Pemandangan indah malam hari dengan bangunan yang dihiasi lampu-lampu pelbagai warna dan pertunjukan laser yang sangat cantik. Dan .. dim sum halal yang sangat sedap. 

Jika dulu saya ke sana atas belanja sendiri, kali ini saya ingin kembali ke sana. Percuma dengan tajaan Mary Kay. 

Siapa suka melancong secara percuma? Tak perlu beragak-agak hotel mana yang paling mampu. Atau tiket penerbangan paling murah. Dan tak perlu fikir tentang makan dan pengangkutan mana perlu diambil. Semua disediakan oleh pihak syarikat.
 
Pemandangan dari Arena of Stars pada waktu malam.  Di sinilah pertunjukan laser diadakan.  Memang sangat cantik!!
 
Jika anda mahu bersama saya ke Hong Kong Disneyland dan tempat-tempat menarik di sana, jom sertai pasukan saya.
 
PM saya di 016 3610628 hari ini juga
Christmas Parade. 
 
Snow White
Its A Small World after all ..
 

Thursday, June 4, 2015

Magical May

Wow!
One of the best days in my whole Mary Kay career.
Hari ini di Sales Director Development Day, saya dikejutkan dengan 3 kejayaan.
Semestinya kejayaan mencapai tahap Senior  Sales  Director dengan kelahiran dua orang offsprings pertama saya pada bulan Mei 2015.
Dan juga saya berjaya menjadi Top Director dan Top Unit Recruiter.
Dan juga pencapaian unit produksi tertinggi dalam 12 bulan.
Tidak disangka-sangka.
Hanya ucapan Alhamdulillah.
Saya hanyalah wanita biasa.
Tetapi saya mampu mendapatkan ini semua hasil usaha saya di samping sokongan dari banyak pihak. Dan juga dengan keizinan Allah.
Jika anda mahu mencapai kejayaan yang sama atau lebih baik dari saya, saya bersedia berkongsi segala ilmu yang saya ada ini.
Seikhlasnya.
Dengan harapan ia dapat membantu anda mencapai impian anda itu.
 
Bersama Ms Moriko.  Yang sentiasa excited.
 
Anda suka kumpul sijil?  Jom bersama pasukan saya.  Dan saya akan anda bagaimana cara untuk mendapatkanny 

Sunday, May 31, 2015

Adakah kerjaya di Mary Kay sesuai dengan anda?

Enam tahun dahulu saya menganggap kerjaya di Mary Kay tidak mungkin boleh mengganti kerjaya saya sebagai Pengurus IT di sebuah bank ternama di Malaysia.
Enam tahun dahulu saya tidak pernah menjangka saya berpotensi meneraju sebuah kumpulan wanita seramai 150 orang ini dalam mencapai impian mereka.
Enam tahun dahulu tidak pernah terfikir saya mampu membawa suami tercinta ke percutian mewah di Eropah.
Enam tahun dahulu tidak pernah terfikir saya mampu menjadi seorang surirumah sepenuh masa dengan pendapatan setinggi seorang Pengurus.

Alhamdulillah. Peluang yang datang tidak saya tolak. Niat mungkin pada mulanya hanya untuk membantu kawan dan hanya bersandarkan kepercayaan kepada produk yang sangat bagus ini akhirnya membawa saya hingga ke tahap sekarang.

Setelah enam tahun bersama Mary Kay, saya berjaya mencapai tahap Pengarah Jualan nombor 1 pada Januari 2015.
Setelah enam tahun bersama Mary Kay, telah ramai wanita yang saya perkayakan melalui kursus kelolaan pihak syarikat. Paling istimewa. Paling berharga. Dan ia adalah alasan kenapa saya harus terus mencapai impian di Mary Kay.
 
Anda juga seperti saya?
Anda mahu melihat sejauh mana potensi anda dalam kepimpinan?
 
Jom ke majlis debut pada 14 Jun ini.
Anda datang. Lihat. Dan dengar.
Lihat betapa ramainya wanita hebat di Mary Kay ini. Yang bermula dengan tanpa apa-apa pengalaman di bidang perniagaan dan kecantikan. Yang bermula di Mary Kay dengan pelbagai alasan.
Dan dengarkan kisah perjalanan 2 orang wanita hebat yang  akan diraikan pada hari tersebut. Kisahnya mungkin sama dengan kehidupan anda.
 

Friday, March 6, 2015

Sesi Penjagaan Wajah dan Peluang Kerjaya di Mary Kay

Wahai wanita Terengganu yang disayangi ..

Mary Kay Malaysia akan ke Kuala Terengganu pada 27 Mac 2015 ini bersempena dengan misi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sana pada penghujung 2014 lepas.
 
Ini adalah bantuan jangka panjang dari pihak kami.
Kami ingin memperkenalkan produk kebanggaan kami kepada anda.
Kami ingin  memberi peluang kepada anda untuk mencuba sendiri produk kami dan lihat sendiri kesannya di wajah anda.
Dan kami juga ingin memberi peluang kepada anda untuk menilai sendiri peluang kerjaya yang kami tawarkan ini.
 
Datang.
Lihat.
Dan putuskan sendiri.
 
Mungkin anda mahukan pendapatan sampingan?
Atau sukakan penghargaan di atas usaha anda?
Atau ingin menambahkan keyakinan diri dan memperbaiki kelemahan diri?
Atau sukakan sebuah kereta berwarna pink?
Atau anda mahu tentukan sendiri tahap kerjaya anda?
Atau anda sukakan suatu perniagaan milik anda seratus peratus?
 
Bagi saya, ini adalah peluang kerjaya terbaik bagi seorang wanita. Samada anda masih single ataupun sudah berkeluarga.
Perniagaan anda dan anda tentukan sendiri pendapatan yang anda mahukan dan waktu berkerja yang anda sendiri tentukan.
 
Sila datang ke majlis ini.
Berikan peluang pada diri anda.
Kami hanya membuka peluang. Langkah seterusnya tetap milik anda.
Sila hubungi saya di 016 361 0628 untuk tempahan tempat.
 
Pagi kita ber-facial
Petang kita dengarkan peluang kerjayanya
Segalanya percuma
Jika anda datang ke kedua-dua sesi,  ada hadiah istimewa daripada saya.  Jika anda mendaftar sebagai konsultan pada hari tersebut,  ada satu lagi hadiah istimewa daripada saya.
 
Jom kita ke Duyong Marina and Spa Resort.

 
Datanglah seawall jam 10 pagi untuk belajar teknik penjagaan wajah awet muda.  Atau juga dipanggil relaxing spa at home.  Anda pasti sukakannya
 
Dan sebelah petangnya kembalilah lagi untuk melihat peluang kerjaya yang kami tawarkan kepada anda.

Spread the Love to East Coast - Kota Bharu

Spread the Love to East Coast di Kota  Bharu telah berjalan lancar. Alhamdulillah.

Seramai 247 orang tetamu dan Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay telah hadir.
Dan seramai 34 orang konsultan baru telah mendaftar.

Wow! Hebatnya wanita Kelantan.

Bangga saya dengan anda

Terasa hilang kepenatan terbang  dari Subang di awal paginya. Menjaga kaunter mini beauty fair selama 2 jam. Dan menjadi emcee majlis itu. Dan terbang  pulang ke Subang semula.

Banyak yang saya dapat dari aktiviti hari tersebut.
Mengajar BC di Kelantan cara menjual on-the-go produk Mary Kay.
Menjadi emcee untuk majlis rasmi Mary Kay. Ini cara saya mengatasi ketakutan bercakap di hadapan orangramai.
Dan Allah memberi saya seorang BC baru juga pada hari itu. Ini yang saya selalu gelar .. rezeki dari langit. Kerja seikhlasnya dan rezeki pasti ada.

 
Antara tetamu dan BC yang hadir. Bersemangat emcee dengan kehadiran mereka ..
 
Tu dia .. emcee of the day .. kali pertama menjadi emcee tak bergaji .. anyway,  this is how I overcome my fear.  Malu pun ada especially bila ditenung lama-lama .. walaupun yang merenung tu wanita juga hahaha
 
Sempat posing lagi .. memang gila glamer lah ni hahaha

Monday, February 23, 2015

Spread The Love To East Coast

Istimewa buat wanita Kelantan ..
 
Pada 27 Februari ini, Mary Kay Malaysia akan mengadakan majlis penyampaian bantuan khas untuk perunding kecantikan yang terbabit dengan bencana banjir baru-baru ini.
Bersempena dengan itu, kami juga akan berkongsi peluang perniagaan di Mary Kay dengan wanita-wanita Kelantan.
Ini adalah bantuan jangka panjang yang mampu kami hulurkan pada anda semua.
 
Mungkinkah ini peluang yang anda cari selama ini?
Jika anda mahukan sebuah kerjaya dengan waktu yang fleksibel tetapi mampu menjana pendapatan  yang tinggi, atau jika anda sukakan sebuah kerjaya yang sentiasa memberikan anda penghargaan bagi setiap pencapaian, atau jika anda sukakan sebuah kerjaya yang mampu menambah keyakinan anda, kerjaya sebagai Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay mungkin jawapannya.
 
Datanglah ke majlis kami ini.
Dengarkan tentang sejarah dan pencapaian pengasas dan syarikat Mary Kay Inc.
Lihatlah kami, para perunding kecantikan Mary Kay, betapa akrabnya perhubungan sesama kami. Dan lihatlah peluang yang mampu anda dapat di Mary Kay ini.
Dan selepas itu, putuskan lah sendiri samada ianya sesuai dengan jiwa anda.
 
Peluang ini mungkin akan tiba lagi suatu hari nanti. Tetapi jangan lepaskan peluang yang ada sekarang. Lebih cepat anda membuat keputusan, lebih cepatlah anda mampu menikmati ganjarannya.
 
Perkongsian tentang peluang kerjaya di Mary Kay ini berlangsung dari jam 2 petang hingga 4 petang.
Tetapi jika anda mahu melihat produk penjagaan badan dan wajah yang ada di syarikat kami, dan jika mahu mencubanya, datanglah seawal jam 11 pagi.
 
Hubungi saya di 016 361 0628 jika anda berminat.
 

Thursday, February 5, 2015

Bali : Mary Kay Leadership Conference


Gambar kenangan semua Sales Director yang menghadiri Leadership Conference kali ini bersama VIP Mary Kay. Antaranya adalah GM Mary Kay Malaysia/Singapore Encik Nasution, President Mary Kay Asia Pacific Mr KK Chua, Vice President  Sales  Development & Sales Education Mr Dave Grant, mentor NSD Emeritus Ann  Newbury dan Elite NSD Grace Kao, Susan Freeman dan Jayne Chen
Kejayaan kami mencapai tahap Pengarah Jualan diraikan di Bali tahun ini ..
 
Bali .. satu destinasi pelancongan popular yang pernah juga singgah di hati saya.  Dan seperti biasa, impian saya tentunya inginkan percutian mewah. Tinggal di hotel bertaraf 5 bintang dengan layanan yang sangat istimewa. Dan dibawa melancong ke tempat-tempat menarik oleh pemandu pelancong dan makanan juga disediakan. Tak perlu fikir apa-apa. Semua disediakan.

Dan impian itu tercapai juga akhirnya. Di Mary Kay. Sempena ulangtahun ke-15 Mary Kay Malaysia, pihak syarikat telah membawa kami ke Nusadua Bali, Indonesia untuk Leadership Conference kami.

Percutian selama 4 hari 3 malam itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Belajar, makan malam bertemakan Under The Sea, melancong hingga ke Kintamani dan tentunya shopping di Kuta.  Kami tinggal di The Westin Nusadua. Sebuah resort  yang sangat cantik. Dan saya berpeluang menyaksikan sunrise dan sunset yang sangat-sangat indah.


Boarding time .. wajah-wajah happy untuk pergi melancong sambil belajar
 
Saat tiba di Ngurah Rai International Airport saya sudah terpegun. Melihatkan ukiran-ukiran menarik sekitar kawasan bandar udaranya.
Bergambar dahulu sebelum keluar dari airport
 Dari airport ke Nusadua,  tambang teksinya 150000 rupiah
 
Sebelum menaiki teksi menuju ke Nusadua Bali
Sebelum memasuki kawasan Nusadua,  kami melalui pemeriksaan keselamatan.  Tiap kali kenderaan masuk ke kawasan resort ini akan diperiksa terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang ancaman.  dan kami diberitahu,  masyarakat sekitarnya tidak dibernarkan memasuki kawasan tersebut.  Ianya khas untuk para pelancong sahaja.
Tiba di lobi hotel,  kami melalui pemeriksaan keselamatan sekali lagi.


Tiba di The Westin kami disambut oleh dua gadis manis ini
Pemandangan sekitar The Westin.  Sungguh indah.  Pantainya yang landau dan sungguh panjang.  Ketika saya bersiar-siar di tepi pantai pagi itu,  kelihatan batu karang di gigi air.  Rumpai laut juga timbul. 
Pemandangan di sepanjang pantai.  Banyak kerusi malas disediakan bagi menikmati pemandangan indah ini
Kali pertama melihat kolam renangnya saya sudah terpegun.  Sungguh luas.  Sungguh cantik.  Dikelilingi pokok-pokok kelapa dan taman bunga.
Antara tarikan sesebuah hotel atau resort adalah kolam renangnya. Jika saya katakan ini antara kolam renang tercantik  pernah saya lawati, percayalah kata-kata saya. Lebih cantik dari kolam renang di Andaman Langkawi Spa Resort, Shangri-la Tanjung Aru dan Lone Pine Resort Batu Feringhi. Kolam mandi di sini siap dihiasi dengan air terjun dan taman yang sangat indah
 
Luas kan?  Tak perlu berebut kawasan ...
 
Penghias kolam renang. Teratai putih dan merah jambu dalam kolam ikan koi yang berwarna-warni
 
Gambar faveret saya ni .. Kilauan matahari yang dapat saya rakam hanya dengan kamera Samsung Note. 
Hadiah .. hadiah .. dan hadiah lagi ..
 
Kejutan dari pihak hotel. Oleh-oleh berupa batik yang boleh dijadikan shawl ataupun pario. 
   Dan seperti biasa, hadiah penghargaan dari pihak syarikat Mary Kay Malaysia untuk semua Sales  Director yang menghadiri Leadership  Conference  kali ini. Set wangian baru Thinking of You bernilai lebih RM250. Wow! I love my Mary Kay!
Persidangan bermula ..
Hari kedua kami di Nusadua Bali
 
 Bersama rekruter dan Power Partner  saya

 



Pencapaian saya setakat enam bulan pertama di Seminar 2015.  Diraikan di Bali Indonesia.

VIP Mary Kay .. 
Gambar kenangan bersama GM kami yang sangat tegas tetapi sporting
 
Bersama Mr KK Chua. Yang selalu mengingatkan kami tentang falsafah di Mary Kay iaitu kehidupan yang seimbang : Pertama Tuhan, Kedua Keluarga dan Ketiga Kerjaya. Beliau juga selalu mengingatkan kami tentang pentingnya kedudukan suami dalam perhubungan suami isteri.
 
Istimewanya setiap persidangan pasti ada mentor hebat yang dibawakan kepada kami. Ini kali pertama saya bertemu dengan NSD Emeritus Ann Newbury yang pernah mendapat latihan terus dari Mary Kay Ash dan di sebelahnya tentunya Elite NSD Grace Kao yang sentiasa menjadi inspirasi saya.
Kami memang suka bergambar ..
 
Ini gambar kenangan bersama semua Sales Directors dari Pam Fortenberry-Slate Area, Zoe dan Encik Nas
Malam yang dinanti ..
Selesai training di siang hari,  yang penuh dengan ilmu, tips,  inspirasi dan motivasi .. kami sudah bersedia untuk parti ..
Pelbagai fesyen dapat dilihat .. masing-masing sangat sporting.
 
Makam malam bertemakan "Under the Sea". Saya seperti biasa tetap dengan pakaian sopan lah ..
NSD Emeritus Ann Newbury sudah berusia lebih 70 tahun .. tetapi semangat Mary Kay nya masih membara.
 
Bersama Anne Newbury dan Susan Freeman
Tema Under The Sea .. memang pening memikirkan pakaian yang sesuai untuk muslimah kan hahaha .. dan saya semestinya mahukan yang elegen sahaja .. jadi inilah dia yang mampu saya berikan .. pin-pim star fish di tudung dan rantai dolphin.  Ok lah tu kan .. tapi sekali tengok Nampak macam ikan Dory dalam filem Finding Nemo pun ada hahaha ..
 
Baju saya kali ini semuanya dari Seri Kapas. Rasa sangat cantik malam itu hahaha
 

Wow makanannya .. sungguh mewah .. dan cantik-cantik .. bukan dapat nak makan semua pun .. jamah sana sini sikit-sikit saja lah


Deretan hidangan malam itu. Sangat menarik kan?
Sungguh menyelerakan .. sayangnya saya tak biasa makan banyak. Cuma dapat rasa serba sedikit saja ..
 

Hari ketiga di Bali,  kami dibawa dengan bas pelancong hingga ke Kintamani. Sempat singgah shopping di Dewata.  Kemudian ke Ubud melihat padi bukit.  Kemudian terus ke Kintamani untuk menikmati makan tengahari sambil menikmati pemandangan indah ini.  Kemudian dibawa pula ke Bandar Kuta yang sangat sibuk untuk terus shopping. 

Gambar diambil dari dalam restoran tempat kami menjamu selera tengahari itu
 

Cantik bagaikan lukisan. Gunung Batur, gunung berapi yang masih aktif. Kali terakhir ia meletus adalah pada tahun 1974. Di sebelahnya adalah sebuah tasik yang sangat luas
  
Shopping oleh-oleh di Dewata. Sangat murah tetapi saya jadi rambang mata hingga akhirnya cuma sempat memilih gelang kayu  dan piring yang diperbuat dari mother of pearl untuk dijadikan oleh-oleh buat konsultan dan VIP customer saya
 

Pemandangan saat matahari terbenam di Pantai Kuta. 
 
Menyaksikan pemandangan saat matahari terbenam di Pantai Kuta. Sungguh cantik ...
Awan pun nampak cantik ..
   Ini pula pemandangan matahari sedang naik.  di Pantai Nusadua Bali
 
 
  
 

Monday, December 29, 2014

Mary Kay vs kaum lelaki

Lama rasanya saya tidak menonton drama Melayu.  Hanya bertumpu pada K-drama saja sejak setahun yang lalu. Hingga tidak kenal ramai artis-artis baru. Tiba-tiba terpandangkan satu wajah di billboard di tepi highway. Boleh tahan kacaknya. Ini adalah wajah asli. Tiada surgeri seperti kebanyakan artis Korea ..
 
Agak-agak apakah produk penjagaan wajah pilihannya? Jangan terkejut. Sekarang ramai lelaki metroseksual. Menjaga wajah seperti wanita juga. Atau mungkin lebih dari sesetengah wanita. Saya kagum dengan mereka. Wajah adalah aset kurniaan Allah yang perlu dijaga sebaiknya. Kerana ia mungkin sumber rezeki bagi sesetengah orang.
 
Mary Kay juga ada rangkaian produk penjagaan wajah untuk kaum lelaki.  Malah cc creamnya juga sangat sesuai bagi mereka yang mahukan finishing  yang natural dan berseri.