Testi untuk Set Penjagaan Kulit
6 bulan lalu saya telah menghadiahkan set penjagaan badan yang terdiri daripada Loofah body cleanser dan Shower gel kepada anak buah saya pada hari perkahwinannya. Petang tadi saya telah menghubungi Yun untuk mengajaknya menghadiri sesi penjagaan kulit.
Kami memang sudah lama tidak saling menghubungi dan sebentar tadi, baru dia tahu saya yang telah menghadiahkan set penjagaan badan itu padanya. Katanya, kedua-dua produk telah lama habis digunakan dan dia pula tidak tahu di mana hendak mendapatkannya lagi. Biasalah tu. Kebanyakan pengguna cuba mencari produk ini di kaunter tetapi gagal menemuinya. Kata Yun, suaminya yang menyuruhnya mendapatkan lagi produk tersebut; kedua-dua mereka sangat suka menggunakannya. Saya juga sangat teruja. Setiap kali saya menjual produk jenama ini atau menghadiahkan produk jenama ini kepada pelanggan, tiada apa yang saya harapkan (selain daripada extra income!!) selain kepuasan pelanggan!
Testi untuk produk kecantikan kulit
Ini gambar terbaru yang diambil tepi highway masa saya ke Arau untuk SCC
Disember 2009
Mekap tetap maintain :)
Inilah wajah terbaru saya!
September 2009
Setelah hampir setahun menngunakan produk anti-penuaan yang mengandungi pembersih 3 dalam 1, pelembab, krim siang dan krim malam diikuti dengan penggunaan supliment untuk melembab dan masker, kulit terasa semakin anjal, tona yang lebih sekata, lembab dan gebu.
Penggunaan pencuci mekap bebas minyak juga memastikan kulit bibir terasa licin dan bebas dari sisa-sisa lipstik harian dan juga memastikan kawasan mata bersih dari kesan pembayang mata, celak dan maskara.
Kini saya sudah hampir seminggu menggunakan serum bervitamin C, dan kulit terasa lebih lembut dan gebu. Tujuan penggunaan serum bervitamin C ini adalah untuk menghilangkan garis-garis halus dan pigmentasi yang sudah mula kelihatan pada kulit wajah saya.
Ini pula gambar salah seorang pengguna.
Adakah anda mempunyai masalah jerawat dan kulit yang berminyak yang sama sepertinya? Dan inginkah anda mendapatkan kulit yang lebih sihat dan tidak berkilat atau berjerawat sepertinya? Hubungi saya untuk jawapannya ..