Tuesday, September 21, 2010

Pencarian Model The Look

Pencarian Mary Kay Model of Beauty untuk pelanggan di Cantik Bersama Mary Kay!

Pelanggan yang menyertai pertandingan ini berpeluang untuk menjadi model dalam edisi akan datang The Look. Menarik bukan? Bayangkan wajah anda menjadi tatapan wanita-wanita Malaysia dan Singapura ...

Apa hadiah yang menanti anda?

Enam pemenang hadiah utama akan menerima :

  • Satu sesi foto profesional untuk edisi The Look sebagai "Model of Beauty"
  • Satu makeover oleh mekap artis profesional
  • Satu Mary Kay Color Compact dan warna mineral untuk mengisi kompak, ditambah lagi dengan lip liner, lip gloss, eye liner dan maskara pilihan pemenang


Dan sempena meraikan ulangtahun ke-10 Mary Kay, satu set Mary Kay Satin Hands untuk 10 pemenang hadiah saguhati.


Bagaimana untuk menyertai?

Langkah pertama adalah dengan mengadakan temujanji perundingan warna dengan kak has. Anda hanya perlu mengambil gambar sebelum dan selepas perundingan warna.

Kemudian isikan borang penyertaan bersama dengan slogan terbaik mengenai kecantikan dan hantarkan ke pejabat Mary Kay bersama-sama dengan gambar anda sebelum 30 November 2010.

Mudah bukan? Tiada pembelian diperlukan, hanya temujanji sahaja ..

Sunday, September 5, 2010

Kelas Mekap Bersama BC Mimie dari Athiz Collection

Pada 31 Ogos baru-baru ini, kami telah mengadakan bengkel mekap yang telah dikendalikan oleh mekap artis yang telah 7 tahun berkecimpung dalam bidang andaman. Sungguh bertuah dapat menimba ilmu daripada Mimie. Banyak yang telah kak has pelajari daripada Mimie.

Tak pernah kak has tahu macamana teknik membentuk kening tanpa cukuran :-)
Sehingga hari itu ..

Dan buat pertama kali kak has berani menggunakan teknik smokey eyes pada mata kak has ...

Ini adalah peserta bengkel bersama beauty consultant, sales directors dan senior sales director dan juga Mimie. Kelas dihadkan kepada kurang daripada 30 orang untuk memastikan keberkesanan bengkel. Dan setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM30 sahaja.


Ini kawan lama kak has .. sejak darjah 4 .. Linda dan Awa .. Kali terakhir kak has berjumpa Linda adalah 28 tahun dulu dan Awa pula 24 tahun dulu. Lama dah kan? Kalau bukan sebab Mary Kay, entah bila kami bertemu semula.

Dan yang paling kak has seronok, apabila Linda sendiri teruja dengan produk Mary Kay.

Berseri-seri wajahnya selepas kelas mekap tempohari.



Ini gambar Linda dari dekat.

Kata Linda, masa dia pulang ke rumah, suaminya terkedu sekejap.
Punya lah lain nampak wajah Linda..:-)

Linda memang dah sedia cantik, tapi selepas bermekap tampak lebih menawan.







Ini pula semestinya wajah kak has.

Kak has nak kongsi satu rahsia ..
sekarang kak has dah mula pakai Melacep Night Cream ..

Baru seminggu rasanya, tapi kulit wajah kak has nampak lebih cerah.

Lain-lain, you all komen lah sendiri ya.


Melacep set ni memang best la.
Tapi kak has suka Timewise Miracle set juga :D

Jadi, kak has pakai dua-dua la he he ..



Semua seronok !!