Friday, April 5, 2013

Pink Trophy on Wheels

Bulan Mac baru saja melabuhkan tirainya.
Bulan yang penuh dengan debaran.
Impian saya telahpun tercapai.  Pink Toyota Altis sudahpun menjadi milik saya.
Seorang wanita biasa boleh melakukan sesuatu yang agak luar biasa.  Itulah saya.  Segalanya berlaku hanya kerana keazaman,  kasih sayang dan doa.  Keazaman yang sangat kuat untuk memperkaya hidup wanita di sekeliling saya dengan memberi galakan kepada adik-adik saya di Mary Kay.  Dan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang untuk menjadikan mereka yang terbaik.  Kesabaran dan kasih sayang dari keluarga tercinta.  Dan ilmu dan semangat yang dicurahkan oleh mentor-mentor hebat di Mary Kay.  Dan juga diiringi dengan doa kepada Yang Maha Kuasa. Terimakasih tidak terhingga buat semua yang telah memberi sokongan dan kasih sayang anda.  Dan Alhamdulillah,  saya beryukur kepada Allah kerana telah memberi saya peluang ini untuk menjadi sumber inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama Mary Kay dengan anda.  Saya ingin anda tahu,  apa yang membuatkan saya jatuh cinta dengan produk ini dan syarikat ini.  Nantikan majlis debut saya pada bulan Jun ini nanti ya.

Tak sabar menantikan Career Conference pada 20 April ini.  Diharapkan segala kejayaan saya setakat ini akan menjadi sumber inspirasi kepada semua wanita di sekeliling saya.