Monday, May 30, 2016

Hong Kong lagi ...

Dah pernah ke Hong Kong? Dan nak pergi lagi? Mengapa tidak? Saya suka ke sana.

Atau belum pernah ke sana lagi. Dan mahu lihat apa yang menarik di sana?

Jom ke Hong Kong.
Kali ini secara percuma.
Tak perlu risau tentang tambang kapalterbang. Atau hotel. Atau transport di sana nanti.
Semua disediakan..secara percuma.
Anda hanya perlu fikirkan baju apa nak pakai. Dan souvenir apa nak beli.

Hong Kong .. destinasi pelancongan sesuai untuk semua peringkat usia dan agama.

Jom join team saya. Kita sama-sama ke Hong Kong Februari 2017 nanti.
Hong Kong Disneyland .. tak kisahlah tua atau muda .. jom ke sini .. the happiest place on earth katanya ..
Ini saja yang sempat .. Donald pun Donald lah kan .. nak tunggu Mickey berderet orang beratur ..
Jangan silap faham .. Inilah Kpop star kesukaan saya .. bintang dari siri My Love From The Star .. tapi ini hanyalah patungnya .. Madame Tussauds The Peak

Saya ke Dallas lagi ..

Dallas .. jauh beribu batu tapi tetap mahu saya kunjungi lagi .. dan lagi ..

7 jam dari KL ke Doha
4 jam transit di Doha
Dan 15 jam dari Doha ke Dallas

Menaiki Qatar Airlines kali ini ..
Merentasi Eropah dan Greenland

Ini adalah kali kedua saya ke Dallas. Kali pertama sebagai Sales Director baru. Dan kali kedua nya sebagai Senior Director setelah berjaya menamatkan cabaran sebagai senior dan setelah berjaya membimbing dua orang offspring Director saya untuk menamatkan cabaran yang sama.
Kali ini kenangan yang lebih indah. Kerana pergi bersama anak didik saya.
Seperti biasa, ibu pejabat Mary Kay Cosmetics tempat wajib dikunjungi.
Dan semestinya pejabat mendiang Mary Kay Ash juga.
Kami dibawa ke kilang dan gudang.
Dan juga tidak lupa ke Premium Outlets.

Wow .. memang seronok ..

Bergambar bersama offspring Directors saya di hadapan ibupejabat Mary Kay Inc di Dallas Texas
Gambar wajib jika berada di Dallas.  Bangganya menjadi sebahagian dari keluarga syarikat terbaik untuk wanita berkerja
Duduk di meja mendiang Mary Kay Ash,  di dalam pejabat mendiang. Sangat special.  Hanya achievers luar dari Amerika Syarikat berpeluang duduk di sini ..

Ini NSD Judy dari Korea.  Sangat cantik kan?  Kata Judy,  sebagai seorang ibu,  tiada apa yang kita tidak mampu lakukan
Haha .. berangan jadi model Harley sekejap ..
Saya suka gambar ini .. pemandangan Oslo dari udara. Sangat cantik.  Bahagian putih tu adalah kawasan yang diselaputi salji
Penerbangan dari Los Angeles menuju Doha.  Bahagian hitam menandakan waktu malam.  Greenland di Kutub Utara tetap siang.
Dan ini ketika merentasi Greenland. Sebelum itu kami baru saja melalui kawasan Kanada yang sedang mengalami matahari terbenam.  Tiba di Greenland beberapa minit kemudian tiba-tiba terang benderang.  Subhanallah .. 
Sempat singgah ke San Fransicso kali ini.  Sebelum pulang dari Dallas.  Golden Gate bridge yang sangat cantik
Rumah di San Fransisco .. jika anda masih ingat sitcom Full House dahulu kala .. sangat cantik 
Dan inilah tram yang sangat terkenal di SF ..