Thursday, December 18, 2025

Mengapa kita perlu pakai sunscreen?

Tips of the Day
🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Mengapa kita perlu pakai Sunscreen? 
 Tidak kira samada panas terik atau musim hujan. Di tepi pantai mahupun di dalam rumah. 

 Tahukah anda sunscreen merupakan produk anti penuaan @ anti aging paling penting yang kita perlu pakai?

Pendedahan kepada sinar matahari yang berpanjangan menyumbangkan dalam 80-90%kepada kesan penuaan. 
 Tetapi jangan risau kerana ianya sesuatu yang boleh dielakkan.

Penggunaan sunscreen selepas pelembap pada waktu siang boleh melindungi kulit kita dari kesan sinar UV yang berbahaya yang menyebabkan penuaan awal & kerosakan kulit termasuk garis halus, kedutan, tompokan hitam, kulit kendur, menyusutkan kolagen & kulit yang kasar. Banyaknya kesan sinar UV ni kan?

Jadi janganlah skip sunscreen dalam rutin pagi penjagaan wajah kita mulai hari ini okay👌🏼 

 💞 
 Your certified Mary Kay Independent Beauty Consultant