Friday, June 11, 2010

Cuti-cuti Malaysia Jun 2010





Ini gambar yang diambil ketika di Turtle Beach






Kak has baru saja pulang dari bercuti di Pulau Perhentian minggu lepas. Memang menarik sekali. Ianya percutian yang dirancang pada saat akhir. Thanks to Mayee & Azimah and the KB Backpackers team! You are GREAT!!

Sebelum ke Kuala Besut, kak has singgah di Losong untuk bertemu kawan-kawan lama dari MRSMKT. Kami bertemu kembali selepas 21 tahun berpisah. Walaupun kami tidak begitu rapat, masih ada kawan-kawan yang boleh cam wajah kak has. Maknanya, wajah kak has tak banyak berubah lah tu ..:) Cuma sedikit lebar. Apa rahsianya? Tentulah Mary Kay!


Esoknya kami terus ke pulau. Tiba di pulau, selepas berkemas ala kadar, kami terus ke laut untuk aktiviti snorkeling. Cuaca di pulau semestinya panas terik dan ditambah pula dengan aktiviti snorkeling di tengah-tengah laut. Kami sekeluarga cuma menggunakan Mary Kay SPF30 sunscreen pada bahagian kulit yang terdedah pada cahaya matahari dan pada wajah pula, kak has cuma menyapukan TimeWise Day Solution dan TimeWise Age-fighting moisturiser. Itu saja.
Dan hasilnya, walaupun wajah kulit sedikit tanned, tiada kesan terbakar atau kekeringan.

Mary Kay SPF30 sunscreen tidak berminyak dan tidak melekit. Kalau dulu, kak has biasa menyapukan sunscreen banana boat dua tiga kali selepas setiap kali berendam tapi kali ini, kak has cuma sapukan satu lapisan saja pada lengan dan kaki.


Produk ini sememangnya bagus!

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya