Wajah kita adalah bahagian pertama yang akan dipandang. Bayangkan wajah anda yang cantik berseri, sekata dan anjal, tak puas dipandang orang. Kak has dah laluinya. Sekarang kak has nak anda semua merasainya.
Ini adalah hasil daripada penggunaan TimeWise Replenishing Serum C. Wajah yang sememangnya sudah sekata dan anjal tampak lebih berseri dan cerah selepas sebulan penggunaan Serum C.
Kak has suka permainan teka umur bersama tetamu yang datang untuk facial percuma bersama kak has. Dua minggu lepas, ada yang meneka umur kak has 29 tahun. Wow! Seronoknya tengok wajah mereka yang tidak percaya bila kak has kata yang kak has sudahpun berumur 40 tahun. Alhamdulillah dengan kurniaan Allah dan terimakasih pada kakak kak has yang menyebabkan kak has bertukar dari produk yang berasal dari Jepun itu ke Mary Kay!

Ini adalah gambar di pagi Raya dua tahun lalu. Gambar setelah menggunakan Serum C.


Gambar-gambar ni ada kak has letak di facebook. Ramai pula yang mula merancang untuk memakai Serum C selepas melihat gambar kak has. Inilah rahsia kak has untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik berseri di pagi Raya. Biarlah baju Raya tak siap pun (huhu .. dah hantar dari bulan Mei, tapi rupanya tukang jahit sibuk sangat sampai terlupa kain kak has yang 2 pasang tu), janji wajah dah bersedia untuk menyambut Raya :-)
Anda tak teringin untuk mendapatkan kulit wajah seperti saya?
Sesiapa sahaja berupaya untuk kelihatan cantik.