Biasa entri semua berkenaan bengkel saja kan ..
Kali ini ada kelainan sikit.
Entri kali ini berkaitan dengan trip kak has ke Dallas baru-baru ini. Trip ini telah disponsor sepenuhnya oleh Mary Kay Malaysia sempena kejayaan kak has menamatkan Catch the Dream Dallas Challenge setelah bergelar Sales Director pada Mei 2011. Cuma sediakan duit untuk shopping saja .. best kan?
Ok trip sepatutnya bermula pada 17 Jun hingga 22 Jun tapi, kak has rasa lah masa tu, perjalanan dari KLIA ke Los Angeles saja dah memakan masa hampr 20 jam, jadi apa kata singgah dulu di LA sebelum meneruskan perjalanan ke Dallas, Texas. Penat tu kalau terus fly ke Dallas, dah lah nak kena attend kelas lepas tu. So kak has pun buat keputusan untuk awalkan 3 hari perjalanan kak has, untuk singgah makan angin dan shopping dulu di LA.
Cuba tengok gambar ni .. Besarnya bunga ros tu kan .. Dekat nak sama besar dengan muka kak has hihi |
Ini memang my fave singer .. Dari dulu hingga sekarang .. |
Harga boleh tahan juga, fridge magnet dan keychain satu USD4.99 .. Tapi memang cantik-cantik .. Jadi beli juga la dekat 20 biji ..
Kat sini memang ramai sangat tourists .. dan agak selamat juga la .. tapi kak has masih berhati-hati .. Ye la kan, kita berada di tempat orang kan ..
Kak has sempat juga ke Universal Studio buat kali kedua selepas 21 tahun .. Bila dah berumur ni, rasa nak naik rides tu semua macam dah tak sesuai .. Tapi alang-alang dah sampai ke sini, kak has naik juga la rides Transformers, Jurassic Park dan The Mummy ..
Apa lagi, menjeritnya macam dah tak sedar diri .. Tapi memang kecut perut dibuatnya especially bila naik rides dalam gelap-gelap tu dengan 3D effect lagi ..
Apa pun, seronok juga ..
Dah habis enjoy, ada lagi yang lebih seronok .. Ke Camarillo Premium Outlet .. Sehari sebelumnya kak has dah pun ke Citadel Factory Outlet, keci je, besar sedikit dari JPO kita tu .. kak has cuma beli Coach wristlet je di situ.
Tapi di Camarillo Premium Outlet ni, besarnya berganda-ganda .. Nak complete round semua kedai, memang tak boleh jalan kaki, kena drive .. Besar betul kawasannya dan banyak betul kedainya ..
Antara kedai yang kak has sempat masuk adalah, kedai kasut Skechers beli kasut anak-anak, memang murah betul la .. kalau kat KL ni sepasang kasut yang sama harganya RM179 tapi kat sana cuma USD42 dan dapat lagi diskaun dalam 20-50%.
Kak has juga sempat masuk ke Coach Men beli beg laptop, Ipad cover, talipinggang dan wallet. Kat Coach pula beli handbag dan wristlet lagi ..
Next time pergi LA, dah tahu dah nak shopping apa .. Kali ni pergi tak berapa bersedia untuk bershopping, so ala kadar saja la .. Yang banyak belinya hadiah untuk Beauty Consultant kak has la .. Hadiah apa tu? Of course Coach wristlet dan purse .. Lumayan betul kan? Tapi of course, challenge yang kak has bagi pun agak tough .. ok la tu kan ..
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya