Friday, July 27, 2012

Catch the Dream Dallas


Perjalanan diteruskan bersama Sales Force yang lain-lain pada 17 Jun.  Kami berkumpul di LA International Airport untuk ke Dallas dan seterusnya tiba di Fort Worth Airport pada jam 5 pagi keesokan harinya.

Selepas singgah di I-Hop untuk bersarapan,  kami terus ke Hilton Lincoln Center,  Dallas untuk check in.  Memang cantik hotelnya.  Untuk mengelakkan kemengantukan mereka yang baru tiba dari Malaysia,  kami terus keluar ke Galleria untuk aktiviti shopping pertama di Dallas.

Ini geng Panca Sitara mana la pulak ni ..
Semua tengah menanti shuttle untuk ke Galleria lah ni .. Tiba di Galleria,  lepas makan ala kadar masing-masing terus ke butik Coach .. Semua sibuk memilih Coach handbag .. untung la kedai pertama yang kami masuk tu ..

Pose istimewa sebelum training bermula :-)

Hari pertama training.
Tiba saja di dewan,  kami dikerumuni Sales Force dari negara lain seperti China,  Korea,  dan Taiwan.  Masing-masing teruja bertemu dengan kami.  Mungkin kami semua nampak sangat cantik bertudung kot .. hehe ..
Tak sempat-sempat masing-masing berebut-rebut nak bergambar dengan kami.  Lepas satu, satu kamera bertukar ganti.

Lenguh dah pipi sebab lama sangat tersenyum nak bergambar ramai-ramai.  Kenangan bersama Sales Force dari China

Selesai training separuh hari,  selepas makan tengahari,  waktu yang saya tunggu-tunggu telah tiba.
Kami dibawa ke ibu pejabat Mary Kay.  Dari lebuhraya,  kelihatan bangunan yang rasanya setinggi 13 tingkat tersergam indah.  Sungguh besar. 
Melangkah sahaja kami ke dalam bangunan,  kelihatan semua pekerja sedang menanti di balkoni setiap tingkat sambil bersorak dan bertepuk tangan meraikan kami.  Rasa begitu berharga diri kami disambut sedemikian.

Bergambar di hadapan bangunan.  Saya sangat bangga berkerja dengan Mary Kay Malaysia

Di hadapan pintu masuk bangunan.  Yang berbaju ungu tu adalah Sales Force dari Australia

Betapa besarnya pejabat Mary Kay ini kan?  Di dalamnya juga terdapat muzium Mary Kay di mana produk-produk lama,  pakaian lama Mary Kay Ash,  Jaket Merah,  Jaket Pengarah Jualan,  Jaket Pengarah Jualan Nasional,  keratan akhbar tentang Mary Kay Cosmetics,  gambar-gambar National Sales Director dan banyak lagi memorabilia ditempatkan.

 
Dalam muzium. 


Bersama semua Sales Force dari Malaysia dan Singapura di dalam bilik Mary Kay Ash

Bergambar di atas kerusi Mary Kay Ash,  di mejanya,  menggunakan pena Mary Kay Ash di dalam pejabatnya. 

Pergi ke Amerika Syarikat tiada di dalam agenda saya ketika mula-mula melangkah ke dunia Mary Kay.  Mana tidaknya.  Saya telah pun pernah tinggal di Washington selama 2 tahun ketika pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan IT.  Pengalaman duduk di negara 4 musim yang pada satu ketika itu musim sejuk dengan salji sehingga setinggi lutut selama 4 bulan sudah cukup bagi saya.  Tetapi untuk ke Amerika Syarikat sekali lagi hanya untuk duduk di pejabat Mary Kay Ash adalah sesuatu yang berlainan.  Ia bagaikan satu suntikan semangat buat saya untuk berkerja bersungguh-sungguh untuk mencapai impian saya untuk berjaya di dalam bidang yang saya sukai.
Dan dengan semangat yang membara itu akhirnya impian saya tercapai.
Hanya satu harapan saya selepas ini,  agar lebih ramai wanita menanamkan semangat yang kuat untuk berjaya.

Hari kedua.
Selesai training separuh hari,  kami dibawa melawat ke kilang pengeluaran Mary Kay dan juga gudang Mary Kay.
Sungguh teruja melihat betapa besar dan canggihnya kedua-dua kilang tersebut.
Di gudang ASRS (Automated Storage and Retrieval System) ini,  produk Mary Kay akan melalui QC.  Robot digunakan untuk mengangkut produk dari satu tempat ke satu tempat.  Gudang setinggi 80 kaki itu biasanya 60% dipenuhi dengan produk Mary Kay dan produk semuanya akan dihantar ke destinasi pada setiap bulan.

Ini adalah lori,  atau saya panggil trak atau treler yang digunakan untuk menghantar produk Mary Kay.  Penghantaran biasanya akan dibuat dari hari Isnin hingga hari Rabu sahaja untuk memastikan semua produk tiba di destinasi tepat pada waktunya.  Besar kan trak ini?

Ini pula tempat kotak-kotak berisi produk disimpan.  Forklift digunakan untuk menurunkan dan menyimpan kotak-kotak tersebut.

Dan yang kuning itu adalah robot yang digunakan untuk mengangkut kotak-kotak

Hari ketiga.
Selesai training separuh hari,  kami dibawa ke Allen Premium Outlet untuk bershopping! Semua sangat teruja.  Masing-masing sudah merancang untuk memborong barangan Coach dan jeans Levi's banyak-banyak.  Masing-masing sudahpun berkerja keras sebelum ini dan inilah masanya untuk memborong.  Saya sendiri banyak memborong barangan Coach untuk dijadikan hadiah buat Beauty Consultant sebagai ganjaran untuk cabaran yang saya berikan. 

Selesai shopping,  kami dibawa ke South Fork Ranch untuk makan malam dan majlis berdansa. 
Di sinilah penggambaran siri TV Dallas yang sangat popular pada zaman 80-an dulu.

Cantik tak topi koboi pink tu?  Special untuk Mary Kay saja tau.  Dan cantik tak sunglasses tu?  Tiffany tu tau .. kalau bukan sebab Mary Kay,  takkan sanggup ku bazirkan USD320 semata-mata untuk spek hitam tu saja hihi

 
Haa .. tu kan gambar Bobby Ewing ..

 
Dan inilah dia rumah tempat penggambaran siri TV Dallas.

Berlatarbelakangkan ladang kuda.

Macamana?  nampak seronok kan?  Kerja rajin-rajin,  ganjarannya pun hebat.  Dapat belajar,  dapat motivasi,  dapat semangat,  dapat makan angin dan dapat shopping.  Dan lagi seronok,  dapat kenal lebih rapat dengan kawan-kawan Mary Kay sendiri.

Ini baru permulaan.  Kadangkala kami memperkenalkan Mary Kay Malaysia kepada wanita-wanita lain sebagai travelling company.  Mengapa?  Kerana kebanyakan ganjaranya adalah educational trip.  Kalau dalam Malaysia,  ke Sabah,  dan ke PD setakat 3 tahun kebelakangan ini.  Dan kalau ke luar negara,  kami dihantar ke China,  Amerika Syarikat,  Jerman,  Switzerland,  dan ke Paris di antaranya mengikut cabaran yang diberikan.

Selain dari trips,  hadiah lain yang disukai oleh wanita seperti saya adalah cincin berlian.  Hmm .. siapa yang tak suka, kan?  Kami boleh mendapatkan sebanyak 5 bentuk cincin setiap tahun. 

Saya harap cerita saya ini akan menjadi inspirasi buat wanita lain di luar sana pula.

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya