Wednesday, July 11, 2012

Her World Beauty Awards Winners

Dalam majalah Her World edisi Julai 2012,  telah diumumkan beberapa produk Mary Kay yang telah memenangi Her World's Choice award dan People's Choice award.
Antaranya Mary Kay Lotus & Bamboo Deo Body Spritzer,  Mary Kay TimeWise Moisture Renewing Gel Mask,  Mary Kay TimeWise Renewing Softener,  Mary Kay NouriShine Lip Gloss, Mary Kay Eyeliner,  dan Mary Kay Lash Love Mascara.


Mengapa saya memilih Mary Kay Lotus & Bamboo Deo Body Spritzer untuk menggantikan deodorant?  Saya selalu berfikir peluh adalah sesuatu yang natural dan tidak harus disekat.  Tetapi peluh di bahagian ketiak terutamanya boleh menghasilkan bau-bauan yang kurang menyenangkan.  Itulah sebabnya saya menggunakan Body Spritzer ini.  Ia memastikan badan saya berbau segar sepanjang hari.
Bagi mereka yang mementingkan penjagaan tubuh badan,  Deo Body Spritzer ini adalah salah satu daripada tiga produk dalam set penjagaan badan Mary Kay.  Tiga produk itu adalah Loofah Body Cleanser yang bertindak sebagai pembersih tubuh badan yang membuang sel-sel kulit mati dan sebarang kesan jerawat terutama di bahagian belakang tubuh badan,  Deo Body Spritzer yang bertindak dengan memerangkap molekul-molekul bau busuk pada tubuh badan dan Body Lotion yang bertindak untuk melembap dan melembutkan kulit.  Hasilnya,  tubuh badan yang licin, lembut dan sentiasa harum dan segar sepanjang hari.  Bagi saya,  ianya satu kepuasan menyentuh kulit badan seperti ini.

Sebelum mengenali Mary Kay,  lipgloss atau pengilat bibir bukanlah produk kesukaan saya.  Mengapa?  Kerana kebanyakan lipgloss yang saya cuba sebelum ini sangat mengeringkan bibir saya yang sering bermasalah.  Sejarah bibir saya dulu memang sangat buruk.  Ianya sangat kering dan sering mengelupas dan ada kalanya hingga luka dibuatnya. 
Tetapi kini lipgloss adalah antara produk mekap yang saya gunakan sebagai rutin.  Ianya tidaklah terlalu berkilat dan ianya tidak mengeringkan bibir saya.  Hasil selepas mengenakan lipgloss ini,  bibir tampak lebih penuh dan cantik.
Dan alis mata atau eyeliner Mary Kay, sangat lembut.  Perlu anda tahu,  mata adalah bahagian di wajah yang paling sensitif dan hati-hati dalam memilih produk kecantikan dan mekap untuk bahagian ini.  Mekap mata yang susah dicuci boleh menyebabkan kedutan awal.  Dengan Mary Kay eyeliner,  ianya sangat lembut hingga boleh dilukis betul-betul pada akar bulu mata.  Dan ianya juga mudah dicuci jadi jika anda akan ke majlis yang bakal dipenuhi dengan airmata,  sila elakkan eyeliner ini ya.  Untuk majlis suka ria,  ini sangat sesuai bagi menyerlahkan lagi kecantikan mata anda.

Hydrating gel mask sangat bagus terutama bagi mereka yang bermasalah kulit kering dan mereka yang selalu duduk di dalam bilik yang berhawa dingin.  Harganya jauh lebih rendah tetapi hasilnya sangat memberangsangkan.  Ini adalah satu-satunya masker Mary Kay yang boleh dibawa tidur bersama.  Kesannya dapat dilihat terus pada keesokan harinya.

Ini adalah produk kesukaan saya ... dulu saya memang sukakan mekap tetapi saya sering bermasalah tidak tahu memilih mana yang sesuai dan tidak tahu cara menggunakannya.  Tetapi dengan Lash Love Mascara,  semua orang boleh mendapatkan bulu mata yang panjang,  lebat dan lentik dengan mudahnya.  Tidak perlu lagi bulu mata palsu atau eye lash extension. Selain dari fungsi mencantikkan ini,  mascara ini juga mengandungi bahan untuk merawat bulu mata juga bagi mendapatkan bulu mata yang sihat.

Ini adalah antara produk terbaru Mary Kay! Fungsinya lebih daripada hanya sebagai Toner.  Ia membersihkan sisa-sisa mekap yang mungkin masih lagi tertinggal selepas wajah dicuci,  ia menghaluskan pori-pori dan ia juga melembutkan kulit wajah anda.  Hasilnya,  kulit wajah yang bersih,  halus dan lembut dan anjal.  Bukankah itu yang kita semua impikan?

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya