Wednesday, September 12, 2012

Mengapa saya mahu jadi cantik?

Tahniah saya ucapkan kerana anda bertemu dengan blog saya ini.
Tahniah kerana anda mahukan perubahan pada diri anda.
Saya kira anda sedang mencari produk kecantikan?  Atau produk yang boleh menyelesaikan masalah anda?  Atau saja-saja google tentang Mary Kay?
Walau apa pun yang sedang anda cari,  Alhamdulillah anda telah bertemu dengan blog saya ini.

Baru-baru ini saya telah bertemu dengan seorang wanita yang juga seorang ibu tunggal yang sangat mengagumkan.  Ibu kepada 6 orang cahayamata,  yang masih berusaha untuk memperbaiki penampilan dirinya.
Tawaran saya untuk berkongsi ilmu tentang penjagaan wajah pernah ditolak sebelum ini oleh beberapa wanita bersuami dan wanita bujang.  Bagi mereka ianya tidak penting lagi setelah bergelar isteri atau bagi yang masih bujang,  mungkin mereka belum sedar akan kepentingan ilmu tentang penjagaan wajah ini.

Ok,  di sini ingin saya berkongsi pendapat peribadi.  Wajah yang cantik sebenarnya lahir dari kulit wajah yang sihat dan semestinya hati yang bersih.  Saya tidak pernah menganggap wajah saya cantik tetapi saya boleh katakan kulit wajah saya sihat.  Dengan wajah yang sihat,  solekan setakat bedak,  sedikit pemerah pipi dan warna bibir yang sangat natural sudahpun memadai.
Pernahkah anda merasakan wajah yang cantik itu satu kepuasan?  Suka apabila suami mengatakan anda cantik?  Atau jika dia suka melihat wajah anda?  Suka apabila anak-anak menganggap andalah wanita tercantik di dunia ini? 

Wajah kita dijadikan Allah berbeza-beza.  Ada yang sejak lahir memang sudahpun diberikan ciri-ciri wajah yang cantik,  berhidung mancung,  berwajah tirus, bermata bulat,  kulit yang putih,  berbibir tipis.  Oh .. itu semua tiada pada saya kecuali kulit wajah yang putih.  Tapi tidak apa,  saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah,  tiada cacat di tubuh badan saya.  Opps,  lupa,  ada sedikit kekurangan di wajah saya,  ada sedikit lekuk pada kedua belah pipi saya yang dipanggil lesung pipit.
Walau apapun yang diberikan Allah,  bersyukurlah.  Tak perlu mancungkan hidung yang pesek,  tak perlu buat surgeri untuk kuruskan wajah yang memang bulat atau bersegi (macam wajah saya),  tak perlu gunakan contact lense untuk membesarkan mata yang mungkin ada kesan sampingan,  tak perlu putihkan wajah yang hitam manis (hitam itu menawan bukan?),  atau tidak perlu membenci bibir yang tebal tapi tak juga seksi tu.  Apa yang anda boleh buat,  jagalah aset penting anda itu sebaiknya.  Jangan dirosakkan ia semata-mata untuk kepuasan sementara.

Mengapa jaga wajah?  Kalau memang sudah cantik,  mengapa nak susah-susah pakai itu ini lagi?  Kalau memang kurang cantik,  mengapa mahu jaga sebab bukannya boleh jadi cantik macam Siti Nurhaliza pun?  Jawapannya mudah.  Kalau memang sudah cantik,  pelu dijaga agar kecantikan itu dapat dikekalkan dengan lebih lama dari dimakan usia.  Kalau kurang cantik pula,  jagalah kulit wajah itu agar ianya sentiasa sihat berseri,  gebu dan awet muda dan secara otomatik,  tetap akan nampak lebih cantik.

Bagi saya,  dengan wajah yang lebih menarik,  tahap keyakinan diri akan naik secara otomatik.
Takut untuk bertemu orang yang tidak dikenali,  takut untuk bersuara di dalam mana-mana perjumpaan,  jalan dengan tidak memandang wajah orang di sekeliling anda .. Ini memang terjadi pada diri saya.  Walaupun pernah bergelar Pengurus IT yang dikenali oleh hampir semua pihak pengurusan senior di pejabat lama dulu,  saya masih berasa sangat kecil dan malu untuk bersuara tiap kali menghadiri mensyuarat.  Kenapa?  Kerana tiada keyakinan diri lah.

Saya ingin berkongsi rahsia dengan anda.  Kalau dulu,  saya cuma akan bersolek untuk ke pejabat.  Pakai pakaian cantik-cantik ke pejabat atau keluar dengan suami.  Di rumah sekadar seluar dan T-shirt,  tiada mekap langsung.  Tetapi kini tidak lagi.  Kenapa harus cantik bila ke pejabat sahaja?  Bila di rumah bersama suami semuanya dilupakan?  Untuk siapa saya ingin kelihatan cantik?
Bila bersama suami,  saya akan pastikan wajah tetap nampak menarik di matanya walaupun tanpa mekap dengan memastikan wajah kulit yang bersih, gebu dan sekata.
Bila keluar tanpa suami,  saya pastikan saya tetap kelihatan menarik untuk kepuasan diri sendiri.  Tiada salahnya bukan?  Untuk tampak menarik tapi of course,  bukannya saya ada niat lain pula.  Bila kita kelihatan cantik dan kemas,  layanan yang diberikan juga berbeza.  Cubalah.

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya