Saturday, December 29, 2012

Selamat Tahun Baru 2013!!

Salam semua ..
Lamanya saya tak berposting di sini ..
Tahun 2012 cuma tinggal 3 hari saja lagi.  Apa yang anda rasa?  Adakah impian anda di tahun 2012 telah pun tercapai?  Sudah bersedia menghadapi tahun baru?  Ada cabaran sedang menanti?

Bagi saya,  tahun 2012 penuh dengan pelbagai kenangan.

Tahun 2012 adalah tahun terakhir saya berkerja makan gaji.  18 tahun menghabiskan waktu di bank sebagai Pengurus IT.  Akhirnya saya tamatkan karier sebagai banker kerana telah bertekad untuk meneruskan karier sebagai seorang perunding kecantikan bebas sepenuh masa bersama Mary Kay Malaysia.  Kini,  setelah 6 bulan menjalankan karier baru ini,  saya berasa lebih tenang dan lebih puas.  Ianya sesuatu yang berbeza daripada karier di bank.  Di Mary Kay,  wang bukan segalanya.  Ia lebih daripada itu. 
Ada pelbagai ganjaran yang anda boleh dapat di Mary Kay.

Money.  Mary Kay boleh memberi pendapatan tambahan pada anda.  Berapa pendapatan tambahan yang anda inginkan sebulan?  RM500?  RM1000?  Atau lebih dari itu?  Atau anda ingin terus menggantikan pendapatan sekarang dengan pendapatan dari Mary Kay sepenuhnya?  Seperti saya.  Jika kepuasan berkerja di tempat sekarang sudah tiada,  inilah masanya untuk anda mencari sesuatu yang anda suka.
Recognition.  Di Mary Kay,  setiap usaha anda akan dihargai.  Bilakah kali terakhir anda menerima hadiah dari pihak syarikat tempat anda berkerja?  Anda pernah menerima tawaran belajar di luar negara secara percuma?  Anda pernah mendapat sebentuk cincin berlian apabila anda membantu memperkaya wanita lain?  Di Mary Kay,  saya telah mencapai beberapa penghargaan ini.  Tahun 2012.  Saya telah ke Dallas,  USA untuk belajar daripada mentor-mentor terhebat dari USA,  dan China setelah berjaya membantu wanita-wanita lain untuk merubah kehidupan mereka.  Dan saya telah mendapat cincin berlian pertama saya hanya dengan membantu mencantikkan wanita-wanita di luar sana.
Self-growth.  Percayakah anda bahawa walaupun saya adalah seorang Pengurus IT di sebuah bank ketiga terbesar di Malaysia,  tetapi saya seorang yang tiada keyakinan diri.  Tetapi,  sedikit demi sedikit,  saya belajar untuk memperbaiki diri dan menambah keyakinan diri.  Paling berharga adalah apabila saya menjadi sumber inspirasi kepada ramai wanita samada yang telah saya kenali atau pun tidak.  Di samping itu juga,  melalui perniagaan di Mary Kay juga telah mendekatkan saya dengan Yang Maha Esa tanpa saya sedari.  Dan lebih merapatkan perhubungan saya bersama keluarga saya terutama anak-anak.
Career Car.  Antara hadiah yang menjadi idaman semua wanita.  Setujukah anda dengan saya?
Advancement.  Anda berpeluang untuk terus maju di Mary Kay tanpa batasan.
Be Your Own BOSS.  Anda yang menentukan hala tuju perniagaan anda.

Anda boleh pilih yang mana satu penting bagi diri anda.  Dan anda boleh dapatkannya di Mary Kay!


No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya