Sunday, January 6, 2013

Girl on Fire

Sejak akhir-akhir ini,  saya selalu terdengar lagu ini di berkumandang di radio kereta kakak saya.
Memang kalau ikutkan,  semangat saya memang tengah berapi-api ni .. bagai sesuai pula lagu ni ..



Mary Kay pilihan anda?

Sepanjang 3 tahun karier saya di Mary Kay,  pelbagai ragam manusia saya temui.  Ramai wanita yang mahu memperbaiki penampilan wajah mereka.  Dan tidak kurang juga yang mahu memperbaiki ekonomi keluarga mereka.

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama salah seorang wanita muda yang baru saya kenali enam bulan lepas.  Dia berusia 25 tahun,  masih terlalu muda.  17 tahun lebih muda daripada saya.  Ibu kepada 3 orang cahaya mata,  yang sulung berusia 7 tahun dan si bongsu berusia 4 tahun.

Dia datang dari sebuah keluarga yang agak susah,  dan dia sukakan kecantikan.  Orangnya memang cantik,  kecil molek dan wajahnya sangat sempurna di mata saya.  Dia tidak pernah berkerja,  belajar cuma setakat sekolah menengah. Impiannya untuk memberikan kemewahan pada keluarga dan anak-anaknya.  Bukankah itu normal bagi seorang ibu?  Saya bertemu dengannya melalui kakak iparnya yang sebenarnya seorang sahabat kepada seorang teman di sekolah menengah saya ketika di Terengganu 24 tahun dulu.  Teman saya dan kakak iparnya itu adalah pelanggan setia saya,  yang sangat puas hati dengan produk Mary Kay dan servis saya.  Lalu,  kakak iparnya perkenalkan dia kepada saya dengan harapan saya dapat membantu dia mencapai impiannya.  Saya bertemu dengan seorang wanita yang sangat baik hati,  Dr Wan yang saya kira seorang doktor falsafah.  Dia yang membawa adik iparnya Sal kepada saya.

Sal memang ingin sangat berjaya di Mary Kay.  Tapi dia di Pasir Mas.  Dan saya di Petaling Jaya.Sejak bertemu dengannya,  Sal kerap menghubungi saya.  Banyaknya yang dia ingin pelajari.  Satu usaha yang sangat bagus.  Memang agak sukar untuk membimbing dari jauh.  Namun kami sama-sama mencuba yang terbaik.  Tiap bulan saya ke Kota Bharu semata-mata untuk membantunya melebarkan sayapnya.  Dia pula sudah 2 kali ke PJ untuk menghadiri unit meeting dan kursus.  Kali pertama datang ke mari,  saya menjemputnya pada jam 5 pagi di Hentian Putra.  Kali kedua pula,  ketika dia datang semata-mata untuk menghadiri unit meeting,  dia datang mengharung hujan dan selut dengan kereta Vivanya bersama suami dan anak-anaknya.  Istimewanya wanita ini kan?  Bagi saya dia seperti seorang adik.  Dia sering menyuarakan impiannya untuk membuktikan pada orang di sekelilingnya bahawa dia juga boleh berjaya.  Saya tahu betapa besarnya impiannya.  Betapa besarnya harapan Sal dan itu adalah tanggungjawab saya,  membawanya ke arah impiannya itu.  Nasihat saya padanya,  lupakan segala kepahitan yang pernah dilaluinya dahulu,  berusahalah ke arah impiannya,  berdoa pada Allah,  niatkan di dalam hati segala usahanya ini adalah demi anak-anak dan kuatkan semangat.

Itu sahaja yang sering menjadi pengubat pada adik-adik saya di Mary Kay. Harapan saya agar ianya bisa menjadi pembakar semangat mereka untuk terus berjaya di Mary Kay.  Kejayaan mereka adalah kejayaan saya. 

Pink Car unit menjelang Career Conference 2013?

Hari ini saya diberi tugasan paling utama sepanjang karier di Mary Kay.  Apakah dia?

Executive Senior Sales Director (ESSD) Nafisah Omar yang juga bakal National Sales Director (NSD) pertama di Malaysia telah meletakkan matlamat Pink Car Unit menjelang Career Conference pada April 2013 ini pada saya.  Wow!  Betapa besarnya harapan dan kepercayaan dia pada saya dan Crystal Swan unit.

Menjadi Pink Car unit sudah semestinya ada di dalam senarai impian tahun 2013 saya.  Dan menurut pelan,  ianya hanya bermula pada bulan Januari ini.  Tetapi berdasarkan prestasi pada bulan-bulan lepas,  senior saya yang juga mentor saya di Mary Kay percaya saya boleh menamatkan cabaran Pink Car ini pada bulan Mac ini.  Cabaran Pink Car adalah salah satu cabaran tertinggi di Mary Kay dan ianya berlangsung selama 2 penggal berturut-turut.  Jika inilah kepercayaan yang diberikan oleh ESSD Nafisah,  saya akan berusaha ke arah itu.  Jika anda boleh impikannya,  maka anda boleh menggapainya.  Itu yang selalu menjadi kata-kata semangat saya pada semua anak-anak buah saya di Crystal Swan unit. 

Ya Allah,  perkenankan lah impianku dan anak-anak buah ku ini.

Aku akan berusaha dan kepadaMu aku berserah.

P/S:  ada masalah teknikal sedikit,  saya dah cuba upload gambar Mary Kay Pink Car Altis tapi tak berjaya la pula ..