Sunday, January 6, 2013

Pink Car unit menjelang Career Conference 2013?

Hari ini saya diberi tugasan paling utama sepanjang karier di Mary Kay.  Apakah dia?

Executive Senior Sales Director (ESSD) Nafisah Omar yang juga bakal National Sales Director (NSD) pertama di Malaysia telah meletakkan matlamat Pink Car Unit menjelang Career Conference pada April 2013 ini pada saya.  Wow!  Betapa besarnya harapan dan kepercayaan dia pada saya dan Crystal Swan unit.

Menjadi Pink Car unit sudah semestinya ada di dalam senarai impian tahun 2013 saya.  Dan menurut pelan,  ianya hanya bermula pada bulan Januari ini.  Tetapi berdasarkan prestasi pada bulan-bulan lepas,  senior saya yang juga mentor saya di Mary Kay percaya saya boleh menamatkan cabaran Pink Car ini pada bulan Mac ini.  Cabaran Pink Car adalah salah satu cabaran tertinggi di Mary Kay dan ianya berlangsung selama 2 penggal berturut-turut.  Jika inilah kepercayaan yang diberikan oleh ESSD Nafisah,  saya akan berusaha ke arah itu.  Jika anda boleh impikannya,  maka anda boleh menggapainya.  Itu yang selalu menjadi kata-kata semangat saya pada semua anak-anak buah saya di Crystal Swan unit. 

Ya Allah,  perkenankan lah impianku dan anak-anak buah ku ini.

Aku akan berusaha dan kepadaMu aku berserah.

P/S:  ada masalah teknikal sedikit,  saya dah cuba upload gambar Mary Kay Pink Car Altis tapi tak berjaya la pula ..

No comments:

Post a Comment