Tuesday, March 12, 2013

Kelas Penjagaan Wajah di Putrajaya

Saya akan berada di Putrajaya pada 16 Mac ini dari jam 10 pagi hingga 2 petang untuk sesi penjagaan wajah Mary Kay.  Anda berpeluang untuk mengenali jenis kulit anda dan cara untuk menyelesaikan masalah kulit anda.  Dan belajar untuk melakukan facial sendiri di rumah dengan menggunakan produk Mary Kay.  Semuanya percuma.  Dan selain dari set penjagaan wajah,  anda juga berpeluang untuk mencuba barangan kosmetik Mary Kay yang sangat natural dan ringan.

Jika anda bermasalah kulit tidak sekata,  berjerawat,  berjeragat,  berparut hitam dan berlubang,  atau bergaris halus,  saya mungkin dapat membantu.

Atau jika anda tidak pandai bersolek,  anda berpeluang untuk belajar untuk menghasilkan warna bedak asas yang sangat sesuai dengan tona kulit anda dan lihat bagaimana kulit wajah anda berubah serta merta.

Jangan tunggu lagi.  Sila SMS/WhatsApp saya di 016-3610628 sekarang juga untuk tempahan.


Tuesday, March 5, 2013

Hari Wanita Sedunia 8 Mac 2013

Salam semua!!
Mac sudah masuk hari ke-6.  Jangan lupa 8 Mac ini adalah Hari Wanita Sedunia.
Raikan wanita paling istimewa di sisi anda.  Tunjukkan betapa cantik dan istimewanya dia dengan hadiah daripada Mary Kay.


Kepada wanita sekitar Kuala Lumpur,  sila SMS/WhatsApp saya di 016-361 0628 untuk mendapatkan complimentary facial dan mekap asas.
Atau jika anda berada di sekitar Kota Bharu,  Kuala Terengganu,  Kemaman,  Kuantan,  Johor Bharu,  Putrajaya,  Kajang,  Pulau Pinang,  Kulim atau di mana saja,  sila SMS/WhatsApp saya ya.  Kita bertemu untuk free facial.  Anda tentukan samada ianya betul-betul boleh merubah penampilan wajah anda.


SD Retreat ke-2 di Lone Pine Resort Batu Feringhi Penang

Hujung minggu lepas semua Sales Director dari Pam-Fortenberry Slate Area telah ke Lone Pine Resort,  Batu Feringhi Penang untuk Sales Director Retreat.

Ini adalah retreat kedua saya di Mary Kay.  Sangat mengujakan.  Manakan tidak?  Kami ke sana bersama Senior National Sales Director kami,  Pam.  Tempatnya pula?  Sangat cantik dan menenangkan.  Makanannya?  Fuh ... Fantastic!!  Dan ilmu yang dikutip?  Sangat-sangat berharga.

Pengalaman paling manis ... saya terpilih untuk berkongsi setelah berjaya mendapat tempat dalam Top 5 Unit Production dalam Pam's Area.  Di kesempatan ini,  saya telah berkongsi sedikit tip bagaimana sesebuah perhubungan itu dapat membantu dalam memajukan karier di Mary Kay.  Dan bagaimana seorang Sales Director boleh menjadi inspirasi kepada ahli di dalam unit mereka.

Selain dari itu,  paling manis apabila saya berkali-kali naik ke pentas untuk menerima anugerah pertengahan tahun.  Semangat kian membara.  Impian saya semestinya untuk mendapatkan hadiah Pink Car Toyota Altis pada ulangtahun ke-50 Mary Kay tahun ini dan 4 bentuk cincin berlian pada Seminar 2013 ini.  

Pemandangan pada waktu malam

Antara aktiviti pantai yang disediakan

Pantai persendirian

Kolam renang 

Bilik kami

Cantiknya.  Tempat ini biasa digunakan untuk majlis perkahwinan ala taman


Ready for Dinner

Bersama otai hebat di Mary Kay

Last minute preparation for the speech 

Sharing dari hati saya

Inilah SNSD Pam kami.  Cantik kan?

Kali pertama menyentuh tapak sulaiman.  Bawah tu penuh dengan kaki kecilnya.  Subhanallah!!  Masih hidup.  Lalu kami campakkan ia ke laut.

Star fish yang telah mati