Ini adalah retreat kedua saya di Mary Kay. Sangat mengujakan. Manakan tidak? Kami ke sana bersama Senior National Sales Director kami, Pam. Tempatnya pula? Sangat cantik dan menenangkan. Makanannya? Fuh ... Fantastic!! Dan ilmu yang dikutip? Sangat-sangat berharga.
Pengalaman paling manis ... saya terpilih untuk berkongsi setelah berjaya mendapat tempat dalam Top 5 Unit Production dalam Pam's Area. Di kesempatan ini, saya telah berkongsi sedikit tip bagaimana sesebuah perhubungan itu dapat membantu dalam memajukan karier di Mary Kay. Dan bagaimana seorang Sales Director boleh menjadi inspirasi kepada ahli di dalam unit mereka.
Selain dari itu, paling manis apabila saya berkali-kali naik ke pentas untuk menerima anugerah pertengahan tahun. Semangat kian membara. Impian saya semestinya untuk mendapatkan hadiah Pink Car Toyota Altis pada ulangtahun ke-50 Mary Kay tahun ini dan 4 bentuk cincin berlian pada Seminar 2013 ini.
Pemandangan pada waktu malam
Antara aktiviti pantai yang disediakan
Pantai persendirian
Kolam renang
Bilik kami
Cantiknya. Tempat ini biasa digunakan untuk majlis perkahwinan ala taman
Ready for Dinner
Bersama otai hebat di Mary Kay
Last minute preparation for the speech
Sharing dari hati saya
Inilah SNSD Pam kami. Cantik kan?
Kali pertama menyentuh tapak sulaiman. Bawah tu penuh dengan kaki kecilnya. Subhanallah!! Masih hidup. Lalu kami campakkan ia ke laut.
Star fish yang telah mati
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya