Khamis lepas saya bertemu dengan Fatin. Selama setahun dia menggunakan produk yang melibatkan pengelupasan. Ketika saya menemuinya untuk facial percuma Mary Kay, kulit wajahnya sangat kering. Terutama bahagian dagunya. Kulitnya bagai berkuping-kuping kerana terlalu kering.
Saya berikannya set botanikal untuk kulit kering. Kesannya begitu ketara. Selepas masker, bahagian yang asalnya kering tampak lebih lembap sedikit.
Atas nasihat saya, tanpa berlengah lagi, Fatin meminta agar saya berikannya formula terbaik untuk menyelesaikan masalah kulitnya. Petang itu juga saya hantarkan kesemua produk yang diperlukannya. Set botanikal untuk kulit kering dan juga intense moisturising cream bagi menghidratkan kulit wajahnya. Tiga hari kemudian, Fatin memberitahu saya kulitnya memang kelihatan lebih baik. Kekeringan sudahpun berkurangan.
Berita gembira kedua hari ini.
Jika anda juga punyai masalah kekeringan melampau seperti ini, anda boleh hubungi saya. Mungkin saya dapat membantu anda.
Terimakasih Fatin kerana memberi kepercayaan kepada kak has ya.
Moga selepas ini Fatin menjadi doktor tercantik di Bangi ya.
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya