Hari ini saya terima panggilan dari Su. Saya temui Su bulan lepas. Dia beriya-iya ingin bertemu dengan saya sebelum pulng ke Miri. Jadi, walaupun penat setelah pulang dari kampung, saya tidak hampakan Su. Kami bertemu di pejabat Mary Kay. Su kelihatan sangat pemalu orangnya. Orangnya kecil molek. Berkulit cerah. Wajahnya sudah mula menampakkan bintik-bintik jeragat. Kulit wajahnya nampak sangat nipis. Kesan dari produk kecantikannya sebelum ini. Dalam tidak lebih sejam, facial dan mekap selesai. Su sangat sukakan sentuhan saya. Walaupun dia baru sahaja menjalani facial berharga RM99 sehari sebelumnya, dia masih dapat merasakan perbezaan pada wajahnya selepas mencuci maskernya. Pori-pori kelihatan lebih halus. Blackhead berkurangan. Dan tompokan merah di wajahnya juga berkurangan.
Keesokan harinya, Su meminta saya menghantar semua produk yang diperlukannya. Saya bercadang untuk memberinya set paling asas. Tetapi, dia juga sangat sukakan mekap Mary Kay. Jadi, saya berikannya semua yang dicubanya ketika facial sehari sebelumnya.
Beberapa hari kemudian saya menghubunginya untuk bertanyakan perkembangan terbarunya. Jerawat mulai keluar. Dia tidak panik kerana yakin ianya cumalah proses pemulihan.
Hari ini dia menghubungi saya. Su semakin ceria tiap kali kami berhubung melalui telefon.
Berita gembira yang saya terima hari ini. Kulitnya makin cantik. Jerawat sudahpun berkurangan. Dan lebih seronok lagi, kakaknya juga sudah menunjukkan minat dengan produk ini.
Apa yang boleh saya ucapkan, Alhamdulillah.
Niat cuma untuk tidak menghampakan Su. Untuk mencantikkannya lagi dan memberikannya keyakinan diri.
Jika anda percayakan saya, berilah peluang kepada saya untuk mencantikkan wajah anda secara selamat dan mudah serta menjimatkan.
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya