Sunday, February 17, 2013

Leadership Conference 2013

Mary Kay Leadership Conference di Sutera Harbour Resort,  Kota Kinabalu pada 18 Jan hingga 21 Jan.  Acara tahunan ini diadakan untuk semua Pengarah Jualan Bebas Mary Kay di mana kami semua berkumpul untuk mendapatkan ilmu melalui perkongsian mentor-mentor hebat di Mary Kay Malaysia dan Asia Pasifik.
Untuk tahun 2013 ini,  kami semua telah terbang ke Kota Kinabalu,  Sabah yang sangat terkenal dengan pulau-pulau dan pantainya yang indah,  dan puncak tertinggi di Malaysia,  makanan lautnya yang segar dan murah serta mutiaranya.


Pemandangan dari cafe hotel.  Memang cantik kan?


Antara barisan Sales Director yang hadir.


Ini adalah lanyard saya.  Setakat Januari 2013,  saya telah pun on-track untuk Court of Personal Sales dan Court of Unit Production.  Bermakna,  2 cincin sudah hampir menjadi milik saya pada Seminar 2013 ini.  InsyaaAllah,  saya akan mendapat 3 bentuk cincin berlian tahun ini.


Ini adalah antara hadiah yang kami terima kerana menghadiri Conference tahun ini.  Ilmu dapat,  hadiah pun dapat.


Gambar bersama General Manager Mary Kay Malaysia,  Encik Nasution.


Majlis makan malam bertemakan Tropical Night.  

Siapa yang fikir karier di Mary Kay ini sangat menarik dan berminat untuk menyertai kami?


No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya