Sunday, January 12, 2014

Leadership Conference di Andaman Resort, Pulau Langkawi

Wow!  Saya akan ke sini 16 Januari ini.  Selama 4 hari.  Untuk Mary Kay Leadership Conference, antara aktiviti paling terhebat di Mary Kay.
Di Andaman Resort Langkawi inilah semua Pengarah Jualan Bebas Mary Kay akan berkumpul untuk kursus selama 3 hari 2 malam.  Kami akan menimba ilmu sebanyak yang mungkin di sini.  Mendapatkan semangat dan motivasi daripada mentor-mentor terhebat di Mary Kay Malaysia.
Dan yang akan menjadi kenangan paling indah adalah apabila saya sendiri akan berucap di presidangan kali ini!  Saya sangat teruja.  Dan semestinya sedikit berdebar.  Berucap di salah satu majlis terbesar di Mary Kay merupakan salah satu impian saya.  Dan ianya akan menjadi kenyataan dalam beberapa hari sahaja.  Moga segalanya berjalan dengan lancar.

Kepada warga Langkawi,  sekiranya anda ingin menemui saya,  sila SMS ke 016-3610628.  Kita boleh bertemu pada 16 Januari ini ataupun pada 18 Januari nanti ya!



Indahnya pantai ini .. 


Dan inikah bilik yang akan saya diami nanti?  Semestinya ada kejutan dari pihak syarikat!  Kita nantikan pada 16 Januari ini ya .. 


Wow!  Cantiknya pemandangan suasana matahari terbenam ..

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya