Salam Kemerdekaan yang ke-57!!
Malam tadi jiran saya mengadakan jamuan sempena kemerdekaan. Saya amat bertuah kerana menjadi tetamunya. Dapat makan-makan dan semestinya berkenalan dengan tuan rumah dan jiran selorong dengan rumah saya.
Semalam saya dapat berkenalan dengan Rick dan Lu Wernz. Warga Amerika yang telah menetap di sini selama 3 tahun. Lu berasal dari Filipina. Sangat ramah orangnya. Lu pandai berbahasa Melayu dan dia punya Pembantu Bahasa.
Banyak yang kami bualkan. Dari kisah pengajian saya di Washington hingga akhirnya ke kisah Mary Kay. Lu pernah ditawarkan produk Mary Kay oleh Pembantu Bahasanya. Tetapi dia menolak dengan alasan mahal. Tetapi ketika saya bercerita dengannya perihal Mary Kay dan saya, dia nampak sangat-sangat berminat. Mungkin mata saya kelihatan bersinar-sinar ketika bercerita? Atau dia nampak kulit saya bercahaya sehingga memikat hatinya? Hahaha .. apa pun yang dia nampak, saya rasa dia terpikat kerana keramahan dan keghairahan saya berkongsi kebaikan Mary Kay bersamanya.
Sekarang Lu pastinya menantikan panggilan saya untuk mencuna sendiri produk Mary Kay pada wajahnya.
Alhamdulillah. Mudahnya kerjaya ini kan?
Alhamdulillah. Mudahnya kerjaya ini kan?