Saya memang suka berkongsi.
Hampir semua yang saya tahu akan saya kongsi dengan sesiapa sahaja yang saya kenali. Termasuklah segala ilmu tentang penjagaan wajah.
Tujuan saya cuma satu.
Saya mahu kawan-kawan saya tahu apa yang mereka perlukan untuk kulit wajah mereka. Saya mahu mereka tahu setiap langkah penjagaan wajah yang sempurna.
Dan saya akan cuba membantu mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan kulit wajah mereka.
Kerap juga saya berkongsi ilmu yang saya ada ini dengan kawan-kawan. Hingga rupa-rupanya ada di antara kawan saya itu menyangka saya adalah seorang doktor kecantikan.
Kerap juga saya berkongsi ilmu yang saya ada ini dengan kawan-kawan. Hingga rupa-rupanya ada di antara kawan saya itu menyangka saya adalah seorang doktor kecantikan.
Hmm .. teringat waktu kecil dahulu saya pernah mengimpikan untuk menjadi seorang doktor.
Tapi ianya cuma tinggal impian.
Kini saya adalah seorang Perunding Kecantikan Mary Kay.
Dan jika ada yang menyangka saya seorang Doktor Kecantikan, bagi saya ianya suatu pengiktirafan yang sangat besar nilainya.
Ini adalah gambar saya bersama mentor-mentor hebat di Mary Kay Malaysia.
Ini pula gambar saya bersama 2 orang Star Consultant saya ketika mereka menghadiri kursus ESRS selama 2 hari di PJ Beauty Center
Gambar ini diambil ketika Pink Car Rally di Taman Tasik Titiwangsa sempena Ulangtahun ke-50 Mary Kay
Ini gambar kegemaran saya. Ketika Pam's Area SD Retreat di Lone Pine Resort
Gambar kenangan ketika melawat gudang Mary Kay Cosmetics di Dallas Texas pada tahun 2012
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya