Saturday, September 20, 2014

Seminar 2014

Mary Kay Seminar di Berjaya Times Square pada 12 dan 13 September.   Seramai 1400 orang konsultan Malaysia dan Singapura telah menghadiri Seminar kali ini.  Seramai 6 orang konsultan saya telah hadir kali ini.
Apa yang menariknya di Seminar?   Di sinilah kami dapat belajar, mendapatkan semangat dan inspirasi daripada pencapai hebat di Mary Kay Malaysia dan Singapura.
Dan semestinya di sinilah pencapaian terbaik dan tertinggi kami medapat pengiktirafan di atas pentas.
4 kali nama saya dipanggil untuk ke pentas untuk anugerah pencapai Triple Court,  Court of Personal Sales,  Court of Sharing dan Court of Achievement.
Dan saya juga ke pentas untuk pengiktirafan sebagai Mentor ESRS di Mary Kay Malaysia dan Year of Consistent Star Achiever.
Alhamdulillah .. saya bersyukur di atas peluang dan kepercayaan yang telah diberikan oleh wanita dan insan yang saya sayangi di keliling saya.


Sebelum event bermula, kami sempat makan mengalas perut dahulu.


Kali pertama menghadiri Seminar 4 tahun lalu,  saya kagum melihat Pengarah Jualan yang memakai lanyard yang berjela panjangnya.  Kini ianya adalah suatu perkara biasa dan wajib bagi saya pada setiap Seminar.  Lanyard yang panjang melambangkan pencapaian seseorang konsultan itu di Mary Kay.  


Kami semua adalah Pengarah Jualan dari Pam Fortenberry-Slate Area.  Semua cantik kan?  Tengoklah siapa SNSD nya kan ... Anda mahu menyertai wanita-wanita cantik jelita ini?  Jom sertai saya .. kita sama-sama ke puncak tertinggi di Mary Kay!


Saya adalah VIP guest untuk ke Royal Reception 2014.  Kerana saya adalah pencapai Triple Star.


Kali ini yang lebih istimewa,  kakak saya juga adalah tetamu VIP untuk Royal Reception


Dan kami adalah antara 19 orang Pengarah Jualan yang berjaya mencapai Triple Star Seminar 2014.  Kami berjaya untuk Personal Sales,  Personal Sharing dan juga Unit Achievement.


Kami dari Crystal Swan unit.  Semua cantik .. sungguh istimewa kerana 2 orang daripada mereka adalah kawan saya dari sekolah menengah lagi.  Juga sangat istimewa kerana 6 orang sanggup datang jauh dari Terengganu dan Pulau Pinang kerana ingin belajar dan meraikan kejayaan kami semua.  I love you ..


Barisan Top 20 Anugerah Court of Sharing.  Dan saya berada di tangga ke-5 untuk Mary Kay Malaysia/Singapura


Tangga ke-5.  Seminar 2015 impian saya adalah untuk mengulangi sejarah Seminar 2013.  Iaitu untuk menjadi Queen of Sharing.


Special Luncheon.  Hanya untuk Court Achievers dan juga Year of Consistent Star Achievers.  Sebelah saya itu adalah Lee Fan,  staff Mary Kay yang bertanggungjawab menyiapkan cek kami tiap bulan .. dia sangat sporting tau ..


Dalam dewan Seminar


Antara hadiah yang saya terima


Barisan Red Jacket University graduates .. cantik-cantik kan ..

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya