Thursday, September 4, 2014

Wajah natural yang tetap cantik

Pagi tadi saya terima panggilan dari seorang pengguna setia Mary Kay, yang juga kini merupakan seorang teman baik saya.
Suka bercampur duka.

Kabar gembiranya adalah kerana Datin Radiah sangat-sangat berpuas hati dengan hasil CC Cream Mary Kay yang baru digunakannya tidak sampai seminggu itu.  Pujian demi pujian diterimanya. Siapa yang tak suka dipuji kan? Bukan kita meminta tetapi orang yang nak memberi. Dan juga dia sangat gembira dengan hasil Mary Kay Intense Moisturising Cream yang saya hadiahkan kepadanya untuk ingatannya kepada saya.  Itu adalah produk kesukaan saya.  Menghidratkan kulit wajah terutama apabila terpaksa berada di dalam bilik yang berhawa dingin. Ataupun bila-bila saya memerlukan wajah yang tampak segar untuk jangkamasa melebihi 8 jam.

Tetapi kabar sedihnya pula, Datin Radiah akan terbang ke Azerbaijan demi menemankan suaminya menjalankan tanggungjawab negara di sana pada hujung minggu ini. Tentunya kami akan teruskan persahabatan yang terjalin oleh Mary Kay ini.  Tetapi kami akan terpisah selama 2 atau 3 tahun.
Harapan saya semoga segala urusan Datin Radiah dan keluarganya di sana dipermudahkan. Dan semoga kami akan bertemu kembali.

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya