Monday, February 23, 2015

Spread The Love To East Coast

Istimewa buat wanita Kelantan ..
 
Pada 27 Februari ini, Mary Kay Malaysia akan mengadakan majlis penyampaian bantuan khas untuk perunding kecantikan yang terbabit dengan bencana banjir baru-baru ini.
Bersempena dengan itu, kami juga akan berkongsi peluang perniagaan di Mary Kay dengan wanita-wanita Kelantan.
Ini adalah bantuan jangka panjang yang mampu kami hulurkan pada anda semua.
 
Mungkinkah ini peluang yang anda cari selama ini?
Jika anda mahukan sebuah kerjaya dengan waktu yang fleksibel tetapi mampu menjana pendapatan  yang tinggi, atau jika anda sukakan sebuah kerjaya yang sentiasa memberikan anda penghargaan bagi setiap pencapaian, atau jika anda sukakan sebuah kerjaya yang mampu menambah keyakinan anda, kerjaya sebagai Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay mungkin jawapannya.
 
Datanglah ke majlis kami ini.
Dengarkan tentang sejarah dan pencapaian pengasas dan syarikat Mary Kay Inc.
Lihatlah kami, para perunding kecantikan Mary Kay, betapa akrabnya perhubungan sesama kami. Dan lihatlah peluang yang mampu anda dapat di Mary Kay ini.
Dan selepas itu, putuskan lah sendiri samada ianya sesuai dengan jiwa anda.
 
Peluang ini mungkin akan tiba lagi suatu hari nanti. Tetapi jangan lepaskan peluang yang ada sekarang. Lebih cepat anda membuat keputusan, lebih cepatlah anda mampu menikmati ganjarannya.
 
Perkongsian tentang peluang kerjaya di Mary Kay ini berlangsung dari jam 2 petang hingga 4 petang.
Tetapi jika anda mahu melihat produk penjagaan badan dan wajah yang ada di syarikat kami, dan jika mahu mencubanya, datanglah seawal jam 11 pagi.
 
Hubungi saya di 016 361 0628 jika anda berminat.
 

Thursday, February 5, 2015

Bali : Mary Kay Leadership Conference


Gambar kenangan semua Sales Director yang menghadiri Leadership Conference kali ini bersama VIP Mary Kay. Antaranya adalah GM Mary Kay Malaysia/Singapore Encik Nasution, President Mary Kay Asia Pacific Mr KK Chua, Vice President  Sales  Development & Sales Education Mr Dave Grant, mentor NSD Emeritus Ann  Newbury dan Elite NSD Grace Kao, Susan Freeman dan Jayne Chen
Kejayaan kami mencapai tahap Pengarah Jualan diraikan di Bali tahun ini ..
 
Bali .. satu destinasi pelancongan popular yang pernah juga singgah di hati saya.  Dan seperti biasa, impian saya tentunya inginkan percutian mewah. Tinggal di hotel bertaraf 5 bintang dengan layanan yang sangat istimewa. Dan dibawa melancong ke tempat-tempat menarik oleh pemandu pelancong dan makanan juga disediakan. Tak perlu fikir apa-apa. Semua disediakan.

Dan impian itu tercapai juga akhirnya. Di Mary Kay. Sempena ulangtahun ke-15 Mary Kay Malaysia, pihak syarikat telah membawa kami ke Nusadua Bali, Indonesia untuk Leadership Conference kami.

Percutian selama 4 hari 3 malam itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Belajar, makan malam bertemakan Under The Sea, melancong hingga ke Kintamani dan tentunya shopping di Kuta.  Kami tinggal di The Westin Nusadua. Sebuah resort  yang sangat cantik. Dan saya berpeluang menyaksikan sunrise dan sunset yang sangat-sangat indah.


Boarding time .. wajah-wajah happy untuk pergi melancong sambil belajar
 
Saat tiba di Ngurah Rai International Airport saya sudah terpegun. Melihatkan ukiran-ukiran menarik sekitar kawasan bandar udaranya.
Bergambar dahulu sebelum keluar dari airport
 Dari airport ke Nusadua,  tambang teksinya 150000 rupiah
 
Sebelum menaiki teksi menuju ke Nusadua Bali
Sebelum memasuki kawasan Nusadua,  kami melalui pemeriksaan keselamatan.  Tiap kali kenderaan masuk ke kawasan resort ini akan diperiksa terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang ancaman.  dan kami diberitahu,  masyarakat sekitarnya tidak dibernarkan memasuki kawasan tersebut.  Ianya khas untuk para pelancong sahaja.
Tiba di lobi hotel,  kami melalui pemeriksaan keselamatan sekali lagi.


Tiba di The Westin kami disambut oleh dua gadis manis ini
Pemandangan sekitar The Westin.  Sungguh indah.  Pantainya yang landau dan sungguh panjang.  Ketika saya bersiar-siar di tepi pantai pagi itu,  kelihatan batu karang di gigi air.  Rumpai laut juga timbul. 
Pemandangan di sepanjang pantai.  Banyak kerusi malas disediakan bagi menikmati pemandangan indah ini
Kali pertama melihat kolam renangnya saya sudah terpegun.  Sungguh luas.  Sungguh cantik.  Dikelilingi pokok-pokok kelapa dan taman bunga.
Antara tarikan sesebuah hotel atau resort adalah kolam renangnya. Jika saya katakan ini antara kolam renang tercantik  pernah saya lawati, percayalah kata-kata saya. Lebih cantik dari kolam renang di Andaman Langkawi Spa Resort, Shangri-la Tanjung Aru dan Lone Pine Resort Batu Feringhi. Kolam mandi di sini siap dihiasi dengan air terjun dan taman yang sangat indah
 
Luas kan?  Tak perlu berebut kawasan ...
 
Penghias kolam renang. Teratai putih dan merah jambu dalam kolam ikan koi yang berwarna-warni
 
Gambar faveret saya ni .. Kilauan matahari yang dapat saya rakam hanya dengan kamera Samsung Note. 
Hadiah .. hadiah .. dan hadiah lagi ..
 
Kejutan dari pihak hotel. Oleh-oleh berupa batik yang boleh dijadikan shawl ataupun pario. 
   Dan seperti biasa, hadiah penghargaan dari pihak syarikat Mary Kay Malaysia untuk semua Sales  Director yang menghadiri Leadership  Conference  kali ini. Set wangian baru Thinking of You bernilai lebih RM250. Wow! I love my Mary Kay!
Persidangan bermula ..
Hari kedua kami di Nusadua Bali
 
 Bersama rekruter dan Power Partner  saya

 



Pencapaian saya setakat enam bulan pertama di Seminar 2015.  Diraikan di Bali Indonesia.

VIP Mary Kay .. 
Gambar kenangan bersama GM kami yang sangat tegas tetapi sporting
 
Bersama Mr KK Chua. Yang selalu mengingatkan kami tentang falsafah di Mary Kay iaitu kehidupan yang seimbang : Pertama Tuhan, Kedua Keluarga dan Ketiga Kerjaya. Beliau juga selalu mengingatkan kami tentang pentingnya kedudukan suami dalam perhubungan suami isteri.
 
Istimewanya setiap persidangan pasti ada mentor hebat yang dibawakan kepada kami. Ini kali pertama saya bertemu dengan NSD Emeritus Ann Newbury yang pernah mendapat latihan terus dari Mary Kay Ash dan di sebelahnya tentunya Elite NSD Grace Kao yang sentiasa menjadi inspirasi saya.
Kami memang suka bergambar ..
 
Ini gambar kenangan bersama semua Sales Directors dari Pam Fortenberry-Slate Area, Zoe dan Encik Nas
Malam yang dinanti ..
Selesai training di siang hari,  yang penuh dengan ilmu, tips,  inspirasi dan motivasi .. kami sudah bersedia untuk parti ..
Pelbagai fesyen dapat dilihat .. masing-masing sangat sporting.
 
Makam malam bertemakan "Under the Sea". Saya seperti biasa tetap dengan pakaian sopan lah ..
NSD Emeritus Ann Newbury sudah berusia lebih 70 tahun .. tetapi semangat Mary Kay nya masih membara.
 
Bersama Anne Newbury dan Susan Freeman
Tema Under The Sea .. memang pening memikirkan pakaian yang sesuai untuk muslimah kan hahaha .. dan saya semestinya mahukan yang elegen sahaja .. jadi inilah dia yang mampu saya berikan .. pin-pim star fish di tudung dan rantai dolphin.  Ok lah tu kan .. tapi sekali tengok Nampak macam ikan Dory dalam filem Finding Nemo pun ada hahaha ..
 
Baju saya kali ini semuanya dari Seri Kapas. Rasa sangat cantik malam itu hahaha
 

Wow makanannya .. sungguh mewah .. dan cantik-cantik .. bukan dapat nak makan semua pun .. jamah sana sini sikit-sikit saja lah


Deretan hidangan malam itu. Sangat menarik kan?
Sungguh menyelerakan .. sayangnya saya tak biasa makan banyak. Cuma dapat rasa serba sedikit saja ..
 

Hari ketiga di Bali,  kami dibawa dengan bas pelancong hingga ke Kintamani. Sempat singgah shopping di Dewata.  Kemudian ke Ubud melihat padi bukit.  Kemudian terus ke Kintamani untuk menikmati makan tengahari sambil menikmati pemandangan indah ini.  Kemudian dibawa pula ke Bandar Kuta yang sangat sibuk untuk terus shopping. 

Gambar diambil dari dalam restoran tempat kami menjamu selera tengahari itu
 

Cantik bagaikan lukisan. Gunung Batur, gunung berapi yang masih aktif. Kali terakhir ia meletus adalah pada tahun 1974. Di sebelahnya adalah sebuah tasik yang sangat luas
  
Shopping oleh-oleh di Dewata. Sangat murah tetapi saya jadi rambang mata hingga akhirnya cuma sempat memilih gelang kayu  dan piring yang diperbuat dari mother of pearl untuk dijadikan oleh-oleh buat konsultan dan VIP customer saya
 

Pemandangan saat matahari terbenam di Pantai Kuta. 
 
Menyaksikan pemandangan saat matahari terbenam di Pantai Kuta. Sungguh cantik ...
Awan pun nampak cantik ..
   Ini pula pemandangan matahari sedang naik.  di Pantai Nusadua Bali